Pages

Friday, 17 August 2012

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

Jenis perkhidmatan adalah tidak sama seperti bidang tugas guru bimbingan dan kaunseling.
Dalam paparan ini, perkhidmatan akan dibincangkan satu persatu bagi memudahkan kefahaman. Susunan perkhidmatan yang dipaparkan bukanlah satu yang rigid.



Perkhidmatan Pengumpulan dan  Penyebaran Maklumat
Mengumpul Data dan Maklumat Pelajar
       Data dan maklumat pelajar adalah aset perkhidmatan
       Dikumpul secara sistematik, disimpan dengan baik, dipelihara dan digunakan secara beretika.
       Dikumpul melalui teknik ujian dan bukan ujian
       Maklumat Teknik Ujian dan Teknik Bukan Ujian

Teknik Ujian
       Penggunaan ujian psikologi yang piawai
       Digunakan untuk mengukur personaliti, nilai atau minat individu
       Digunakan untuk mengumpul maklumat data atau maklumat  pelajar
Teknik Bukan Ujian
       Adalah soalselidik, senarai semak, kad kumulatif, temubual, pemerhatian, rekod anekdot, tinjauan, kajian dokumen, sisiometrik dan sosiogram (Mohd Salleh, 1993)
       Kad rekod persekolahan ialah alat mengumpul data dan maklumat pelajar dengan menggunakan kad kumulatif. (Kad 001)

Sumber Maklumat
  1. Diri sendiri.
  2. Sekolah-sekolah di sekitar
  3. Pertandingan di kalangan pelajar sekolah
  4. Pameran kerjaya
  5. IPTS/IPTA
  6. Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan dll
  7. Kedai buku.

Jenis-jenis dan Kategori Sumber Maklumat
  1. Poster
  2. Risalah
  3. Pamplet
  4. Brosur
  5. Carta
  6. Streamer
  7. Kad-kad Perkhidmatan
  8. Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan

Sumber Poster
  1. Membuatnya sendiri.
       Usaha Guru Bimbingan, Bengkel Majlis Guru Bimbingan PPD, Bantuan ahli-ahli Kelab Bimbingan.
  1. Pertukaran dengan sekolah-sekolah di sekitar
       Dalam PPD, Sekolah kelompok.
  1. Melalui pertandingan di kalangan pelajar sekolah
       Pertandingan Poster, Buku Skrap, Penulisan
  1. Pameran kerjaya oleh IPTA/IPTS
       Brosure, Poster
  1. Memohon maklumat melalui IPTS/IPTA
       Menulis surat permohonan, Melalui emel web IPT
       Pameran Pendidikan Pengajian Tinggi
  1. Merujuk Jabatan Penerangan
       Poster Nilai Murni, Budaya Negara
7.                7.      Tempahan.

Strategi sebaran maklumat
Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah, iaitu:
1     Secara langsung atau bersemuka
  1. Ceramah
  2. Perhimpunan Mingguan
  3. Mesyuarat Guru
  4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  5. Majlis Bimbingan Daerah
  6. Hubungan Personal dengan Ketua Kelas
  7. Guru Ganti
  8. Kelab Bimbingan

2    Secara tidak langsung atau tidak bersemuka
  1. Poster
  2. Risalah
  3. Pameran
  4. Majalah Sekolah
  5. Kad-kad Perkhidmatan
  6. Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan
  7. Radio Sekolah
  8. Web Sekolah
  9. Blog Guru Bimbingan

Strategi sebaran maklumat
Bilik Kaunseling Bermaklumat
       Hasil kreativiti guru bimbingan dan kaunseling
       Hasil kerja murid
       Bahan secara percuma
       Bahan IPT
       Bahan dibeli melalui penerbitan
       Langganan majalah.

2 comments:

  1. as salam..follow blog sini..terima kasih atas nota yang diberi..sangat membantu ^_^..jemput dalam blog cikguPj plak..peace!!

    ReplyDelete
  2. Ada tak persatuan bagi guru kaunseling sekolah menengah?

    ReplyDelete