JENIS-JENIS/ KOMPONEN PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Komponen Perkhidmatan
A. Inventori individu
B. Mengumpul dan menyebar maklumat
C. Bimbingan
D. Kaunseling
E. Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah
F. Konsultasi dan rujukan
G. Penyelaras resos
H. Konferens dengan ahli keluarga / penjaga
I. Penilaian
J. Sistem fail, rekod dan dokuentasi
rujukan : Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah (1993) KPM.
JENIS-JENIS/ KOMPONEN PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Inventori individu
1. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap pelajar
2. Bertanggungjawab mengumpul dan merekod butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar
3. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang rujuk untuk tujuan kaunseling
4. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar
5. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan
6. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.
Mengumpul dan menyebar maklumat
1. Mengumpul, menyedia dan menyedar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan bulitin sekolah.
2. Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang, latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
3. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat
4. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.
5. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat
6. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDs, bahaya merokok dan inhalen.
Bimbingan
· Shertzer dan Stone (1981),
· Bimbingan adalah satu proses yang membantu individu-individu memahami diri mereka dan dunia mereka.
· Implikasi definisi ini ialah individu-individu akan ditolong oleh pembimbing atau guru bimbingan untuk menyedari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka.
· Melalui cara ini individu akan dapat mengembangkan kemampuannya ke satu tahap yang maksimum serta mencapai kesejahteraan dalam hidupnya.
Kaunseling
· Corey (1977)
· Kaunseling ialah proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan mengenai dirinya serta pilihan-pilihan yang boleh dipilihnya agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.
Penempatan
1. Membantu pelajar memilih aktiviti ko kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
2. Penempatan pekerjaan
a) Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini dilaksanakan)
b) Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan dan Teknik dalam mengadakan system memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah menengah vokasional dan teknik)
c) Membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memasuki institut-institut pekerjaan.
Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah
1. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen.
2. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.
3. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.
Konsultasi dan rujukan
1. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkaita dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
2. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan sekolah
3. Membantu ibubapa atau penjaga pelajar dalam hal berkaitan dengan kebajikan pelajar
4. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah
5. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar
6. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagih dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
Penyelaras resos
1. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dan agensi lain.
2. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
3. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
4. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.
Konferens dengan ahli keluarga / penjaga
1. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutama dalam pelajaran
2. Menghubungi ibubapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan
3. Bekerjasama dengan ibubapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin dikalangan pelajar
4. Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca dari keluarga.
Penilaian
1. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar
2. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.
Sistem fail, rekod dan dokumentasi
1. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah
a) menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling,
b) mengadakan sistem fail,
c) menyimpan rekod,
d) perhubungan awam,
e) surat menyurat,
f) pengelolaan unit bimbingan,
g) pengendalian bahan bercetak,
h) penyediaan laporan aktiviti dan
i) tugas lain yang diarah oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.
rujukan : Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah (1993) KPM.
No comments:
Post a Comment