Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui:
- kajian keperluan,
- soal selidik
- temu bual
- Pemerhatian dan
- perbincangan dengan
•
pelajar,
•
guru-guru,
•
kakitangan sekolah,
•
ibu bapa dan
•
bekas pelajar
Penggunaan Ujian Dalam Bimbingan
5 kategori , setiap 1 boleh diukur oleh 1 ujian atau satu 1 ujian.
- Ciri-ciri itu ialah
- ujian minat
- ujian
nilai
- ujian personaliti
- ujian pencapaian
- ujian kecerdasan
- ujian kebolehan
Kelebihan dan Limitasi
Penggunaan Teknik Ujian
Kelebihan
- ujian adalah perlu dalam sesuatu
program bimbingan.
- mudah digunakan dan merupakan kaedah
mengumpulkan maklumat yang menjimatkan.
- adalah objektif dan tidak dipengaruhi
oleh pertimbangan atau pandangan peribadi penguji;
- sesuatu ujian akan menghasilkan maklumat
yang sama tidak kira siapa yang mentadbirkan ujian itu.
- Ujian menyediakan cara yang penting
untuk membandingkan individu kerana ujian menghasilkan keputusan
kuantitatif.
Limitasi
- ujian memberikan maklumat tentang
kebolehan, kepandaian, pencapaian dan Iain-lain, bukannya data yang
lengkap.
- Ujian kecerdasan meramalkan sejauh mana
seseorang itu boleh mencapai kejayaan dalam bidang akademik
semata-mata. Tiada kolerasi…..
- Ujian kebolehan memberikan petunjuk
penting peluang kejayaan pelajar itu secara relatif . Tiada cukup
penerangan tentang cara ….
- Inventori minat dan soal selidik
personaliti dipengaruhi oleh faktor keinginan sosial
- Ujian memberikan maklumat yang relevan
tetapi tidak memberikan penyelesaian kepada masalah itu.
- Ujian hanya mempunyai nilai diagnostik
sahaja.
Ujian Minat
• Adalah kesukaan atau perasaan yang seseorang
peroleh atau perkembangkan pada sesuatu perkara, sesuatu benda, sesuatu
aktiviti, sesuatu idea, sesuatu binatang atau seseorang manusia.
• Mungkin berbentuk intrinsik atau ekstrinsik,
bergantung pada sama ada reaksi seseorang kepada sesuatu perkara, benda, objek,
aktiviti, idea, binatang atau orang
• Teori pengukuran minat agak mudah dengan
mengandaikan bahawa seseorang yang berminat dalam sesuatu bidang akan
mengetahui lebih banyak maklumat tentang bidang
• 3 pendekatan yang biasa digunakan dalam
pengukuran minat:
• dengan menanyai seseorang
• dengan memerhatikan
• dengan mendapatkan anggaran berasaskan
jawapan
• Contoh
•
Inventori pemilihan kerjaya Holland (VPI)
•
Soal selidik minat kerjaya (SDS)
•
Self-Directed
Search (SDS)
Ujian Nilai
Ujian ini adalah alat pengukur yang dapat digunakan bagi mengukur
pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negatif ataupun neutral berdasarkan
keutaman masing-masing.
Contoh:
1.
Inventori nilai
2.
Soal selidik nilai pekerjaan
3.
Inventori suasana bekerja.
Ujian Personaliti
• Ada sekurang-kurangnya tiga makna yang
berbeza tentang apa yang dinamakan personaliti:
1.
gabungan
kualiti fizikal dan mental, prinsip, aspirasi, cita-cita, aptitud, dan minat
yang menggambarkan sifat seseorang;
2.
struktur
dan pola keseluruhan tingkah laku individu;
3.
kesan
sosial dan psikologi tingkah laku seseorang terhadap orang lain.
• Personaliti dianggarkan secara tidak langsung
dengan memerhatikan bagaimana seseorang bertindak atau berkelakuan apabila
berhadapan dengan situasi yang berbeza.
Contoh Ujian Personaliti
1.
Inventori
Personaliti Sidek
2.
Inventori
Personaliti Warna
3.
Inventori
Gaya Bercinta
4.
Myers-Briggs
Type Indicator (MBTI)
Data Pencapaian
• ialah markah yang diperoleh dalam mata-mata
pelajaran sekolah, peperiksaan am, ujian pencapaian pendidikan yang
distandardkan, pencapaian khusus yang ditunjukkan dalam kursus-kursus yang
berorientasikan pemeriksaan kerjaya yang teliti, dan aktiviti luar bilik darjah
(aktiviti kokurikulum).
• Markah yang diperoleh dalam Ujian Pencapaian
yang telah distandardkan
Ujian Kecerdasan
• Kecerdasan ialah kebolehan melihat hubungan,
kebolehan untuk belajar, kebolehan untuk menyelesaikan masalah, atau kebolehan
untuk menyesuaikan kaedah dengan pencapaian sesuatu matlamat atau tujuan.
• Diukur secara dengan memberikan individu satu
siri masalah yang penyelesaiannya dianggap memerlukan penggunaan kecerdasan.
Ujian Aptitud
• Aptitud ialah potensi untuk berkembang dalam
sesuatu lapangan atau bidang. (bakat dan kecenderungan, kecerdasan ialah
keupayaan mental)
• Aptitud diukur secara tidak langsung, sama
seperti cara mengukur kecerdasan, iaitu diukur dengan memberi individu satu
kumpulan soalan atau masalah untuk diselesaikan.
• Jawapan yang diberikan selanjutnya dimarkah
dengan menggunakan kunci yang disediakan dan markah dibandingkan dengan norma
untuk ujian itu.
• Aptitud individu diperoleh dari markah yang
diperolehnya dalam ujian itu dibandingkan dengan orang yang dianggap telah
berjaya dalam bidang itu.
No comments:
Post a Comment