Pages

Monday, 8 October 2012

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA


GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA
·         Panggilan khusus untuk guru sekolah menengah dan sekolah rendah adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
·         Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan adalah gelaran yang diberikan kepada guru yang memberikan perkhidmatan secara sepenuh masa di dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sepenuh masa bermaksud Guru Bimbingan dan Kaunseling (sekolah rendah dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru matapelajaran biasa. Jadual waktu GBK perlulah dipenuhi dengan memberikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk murid sama ada di dalam bilik darjah ataupun di lain-lain tempat yang sesuai.
·         Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah menjalankan tugas mengikut jadual waktu persekolahan normal iaitu samaada sesi pagi atau petang.

Siapa itu Guru Bimbingan?
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Guru Panduan
Guru Bimbingan
Guru Kaunseling
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
Guru Kaunseling Sepenuh Masa
Pegawai Kaunseling Pelajar
Kaunselor Pelajar
Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa
Kaunselor Sekolah Sepenuh Masa

Rujuk surat-surat pemberitahuan berhubung dengan pelaksanaannya iaitu
  1. KP (BS/PSR) 8542/019/Jld 11 (9) Bertarikh 27 Mei 1998
  2. KP (BS-MEN/REN) 8510/06 bertarikh 19 Ogos 2002

Sepenuh  masa
Guru Bimbingan dan Kaunseling (sekolah rendah dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru matapelajaran dengan memberi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk murid sama ada di dalam bilik darjah ataupun lain-lain tempat yang sesuai
8 bidang tugas dan tanggungjawab utama
  1. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kelompok
  2. Kerjaya
  3. Akademik
  4. Psikososial dan Kesejahteraan Mental
  5. Keibubapaan
  6. Pembangunan Diri Murid
  7. Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok, HIV dan Aids
  8. Pengurusan dan Pentadbiran Kaunseling

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran GBKSM
  1. Kemahiran Belajar
  2. Pendidikan Panduan Kerjaya
  3. Pendidikan Psikososial dan Kesejahteraan Mental
  4. Pendidikan Kepimpinan Murid
  5. Pendidikan Pencegahan Dadah dan Rokok
  6. Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS

Waktu Bertugas
Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah menjalankan tugas mengikut jadual waktu persekolahan normal iaitu sama ada sesi pagi atau petang. Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah guru biasa sahaja tanpa keistimewaan ‘pegawai’ seperti cuti dan lain-lain elaun berkaitan. Guru Bimbingan dan Kaunseling bagaimana pun dibenarkan cuti sebagaimana guru lain pada waktu cuti persekolahan kecuali jika ada program murid. Pada tahap permulaan atau kritikal, Bahagian sekolah meminta budibicara Pengetua dan Guru Besar untuk mengatur jadual waktu anjal supaya GBKSM dapat memberikan perkhidmatan kepada seramai murid yang mungkin

No comments:

Post a Comment