Pages

Friday, 11 January 2013

Aliran Teori



Aliran Teori


Pendekatan profesional kepada sesuatu terapi atau ‘psychotherapuitic orientation’ adalah sesuatu sesuatu yang unik seperti terapisnya sendiri. Kebanyakan terapis belajar dan menerima latihan dalam pelbagai kaedah, keadaan ini akan membentuk  personaliti terapis, budaya serta persekitarannya seperti kaedah yang diperolehi melalui pembelajaran dan latihannya. Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya pelbagai pendekatan atau aliran teori yang diamalkan.
All psychotherapies are method of learning. All psychoterapies are intent to change people: to make them think differently (cognition), to make them fell differently (affection), to make act differently (behavior).  
                                                                                                            (Corsini, 1989)

Walaupun terdapat aliran-aliran baru sekarang ini, tetapi aliran baru ini hanyalah merupakan perkembangan aliran sedia ada atau pun pengambungan beberapa elemen daripada aliran sedia ada. Kebanyakan aliran baru dianggap bertindan tindih dengan maklumat aliran yang sedia ada. Terdapat 4 kategori utama yang boleh membantu kita memahami aliran psikoterapuituk seperti aliran Psychodinamik, Humanistik, Kognitif dan Behavioris.

Psychodinamik

Sigmund Freud telah dipilih sebagai pengasas  kepada psikoanalisis. Terdapat pelbagai variasi yang terlibat dalam aliran ini yang menjadikan aliran psikoanalisis dikenali sebagai psikodinamik. Istilah yang biasa digunakan dalam aliran ini ialah nerosis, konflik, alam sedar dan alam tidak sedar, mekanisma bela diri, id, ego, superego, ‘drive’ libido, transferen dan kaunter transferen. Pendekatan utama dalam aliran ini ialah seperti Psikoanalisis (Sigmund Freud), Psikoterapi Adler (Alfred Adler) dan  Psikoterapi analitikal (Carl Jung).
Aliran ini memberikan penekanan kepada membantu klien menghasilkan alam tidak sedar kepada alam sedar supaya celik akal yang dibina akan membantu mencorak keperluan dan tingkahlaku secara normal. Ini akan memudahkan individu mengawal konflik yang akan mengganggu dirinya.
Aliran ini berpendapat klien akan mendapat celik akan melalui pembelajaran secara pengalaman sendiri atau diajar melalui pembelajaran secara pasif. Contohnya melalui teknik ‘free association’ klien akan melalui pembelajaran secara pengalaman dimana dia akan bercakap dengan diri sendiri, membuat analisis diri sendiri melalui pembelajaran secara aktif. Satu kaedah lagi ialah pembelajaran secara pasif di mana klien diajar untuk mempelajari sesuatu pengalaman baru.

Humanistik

Merupakan aliran yang akan menyeimbangkan keseluruhan individu termasuk minda, fizikal dan unsur semangat dalaman individu tersebut. Ia mewakili satu kaedah terapuitik yang amat luas. Psikoterapis humanistik memberikan perhatian kepada pertemuan yang tulin, jujur dan kesamarataan dalam hubungan terapinya. Antara yang mempunyai perkaitan rapat dengan aliran humanistik ialah Carl Rogers (Client Centered Psychoteraphy), Fritz Perls (Gestalt Teraphy) dan Abraham Maslow. Salah satu teori yang mempunyai fahaman yang rapat dengan aliran humanistik ini ialah teori Eksistential.
Aliran ini memberikan penekanan kepada aspek afektif seperti emosi atau perasaan. Ahli terapi aliran ini percaya kaedah ini amat berkesan kepada klien dengan cara meningkatkan emosi individu melalui cara yang dipilih. Ini dilakukan kerana emotion hanya boleh diuruskan secara tidak langsung melalui kecerdasan atau fizikal.

Kognitif

Kognitif terapi secara khususnya menyatakan pemikiran manusia bertindak melampaui tindakan mereka. Terapis kognitif percaya pemikiran yang tidak logik akan menjurus kepada emosi dan tingkahlaku yang tidak sepatutnya. Oleh itu manusia perlu dibantu untuk menukarkan cara pemikiran mereka kerana ahli terapis aliran ini percaya manusia mempunyai kemampuan untuk menukar bagaimana mereka berperasaan dan apa yang mereka lakukan. Antara ahli yang dikaitkan dengan aliran ini ialah Albert Ellis (Rational Emotive Theraphy) dan Aaron Beck (Cognitive Theraphy)
Menurut aliran kognitif, pembelajaran manusia berlaku melalui dua cara iaitu secara langsung melalui pengalaman atau secara tidak langsung melalui simbol. Ahli terapi biasanya menggunakan cara secara langsung dimana manusia akan belajar melalui pengalaman. Walau bagaimanapun terdapat juga terapis yang akan menggunakan cara secara tidak langsung iaitu menyediakan klien mereka belajar secara pasif. Ini merupakan dua cara pembelajaran melalui psikoterapi; pembelajaran aktif melalui analisis kendiri dan pembelajaran pasif melalui bantuan pihak lain.

Behavioral

Aliran ini memberikan fokus kepada peranan proses pembelajaran yang membentuk tingkahlaku normal dan tidak normal. Ivan Pavlov telah memberikan sumbangan penting kepada aliran ini dengan memperkenalkan ‘classical conditioning’ atau pembelajaran bersepadu. Seorang lagi tokoh behavioris ialah E.L.Thorndike yang memperkenalkan ‘operant conditioning’ dimana pembelajaran dipadankan dengan peneguhan dan hukuman bagi membentuk tingkahlaku manusia.
Aliran ini berpendapat  pembelajaran juga boleh berlaku melalui tindakan. Aliran ini memberi penekanan kepada fizikal. Menurut aliran ini,
If we can affect the body, that is all that is needed: the body is real, all else is illusion. A contrary argument for body terapies is that the mind does exit, that conditions of the body affect the mind and if we work from the outside in, by changing the body we can change the mind.
(Corsini, 1989)


Perkembangan akhir mengenai aliran ini ialah penggambungan dengan aliran kognitif yang menjadikan aliran ini memberikan fokus bukan hanya kepada tingkahlaku tetapi juga kepada kognitif.  Aliran Kognitif Behaviorial adalah kaedah praktikal yang membantu individu mencapai matlamat dengan penggunaan teknik yang tertentu.



No comments:

Post a Comment