Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok biasanya dijalankan dalam kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.
Tujuan atau matlamat kaunseling kelompok adalah untuk berkongsi luahan dan cara-cara untuk mengatasi apa yang diluahkan oleh ahli kelompok.
Mengikut Gibson dan Mitchell (1981) dalam Zuraidah, 2004, kaunseling kelompok mementingkan interaksi dan mempunyai fungsi dan matlamat tertentu. Kelompok yang tidak menitikberatkan interaksi ahli bukan kaunseling kelompok.
Delameter (1974) mengatakan, terdapat tiga sifat yang ketara dalam kaunseling kelompok iaitu interaksi, persepsi dan saling bergantung.
Interaksi ialah perjumpaan bertemu muka di antara beberapa individu. Persepsi adalah pandangan, kesimpulan dan pemikiran yang timbul hasil dari interaksi dengan orang lain. Saling bergantung bermaksud, dalam aspek membereskan tugas atau mencapai matlamat, ahli memerlukan pertolongan, sokongan dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Aspek saling bergantung ini menjadi asas kepada perkembangan kelompok kerana ahli-ahli mempunyai tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat kerana lebih mudah dicapai secara berkumpulan berbanding perseorangan.
PEMILIHAN AHLI KELOMPOK
Zajonc dan Sales (1966) mengutarakan bahawa ahli-ahli yang memperlihatkan kelainan cita-cita dan harapannya sering sahaja menolak syor dan cadangan-cadangan orang lain di peringkat awalnya. Tetapi apabila individu itu sudah agak lama dan biasa dalam kelompoknya, baharulah dia dapat bertolak ansur sedikit.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan ahli kelompok
- Minat yang sama
- Umur sebaya
- Permasalahan yang sama
- Latar belakang yang sama
- Bilangan ahli antara 8-12 orang
- Keserasian Sesama Ahli
- Jantina Dalam Kelompok
- Budaya yang sama
Rujukan:
- Mohamad Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohamad Tamin (1996). Kaunseling Kelompok, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
- Zuraidah Abdul Rahman (2004). Pengenalan Kaunseling Kelompok, IBS BUKU SDN. BHD.
trima kasih d atas pkgsian ini...
ReplyDelete