TEORI PSIKOANALISIS
- Teori ini diperkenalkan oleh Sigmund Freud iaitu seorang pengasas psikoterapi moden.
- Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia pada 6 Mei 1856.
- Pada tahun 1886 Freud memulakan klinik persendiriannya, memberi rawatan khusus kepada pesakit saraf sahaja.
- Psikoanalisis merupakan satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi.
- Freud cuba membentuk teknik-teknik untuk digunakan dalam rawatan neurosis.
- Freud cuba membentuk teknik-teknik untuk digunakan dalam rawatan neurosis.
- Freud sedikit demi sedikit telah mengubah minatnya daripada aspek fizikal saraf kepada penerokaan psikologikal kecelaruan saraf.
- Perubahan ini telah membolehkan beliau melakukan kajian sepenuh masa terhadap punca-punca psikologikal neurosis.
- Kaedah yang akhirnya dibentuk dalam teori ini ialah untuk menyelidik sebab-sebab tersembunyi tentang tingkahlaku manusia telah didahului oleh minatnya dalam penggunaan teknik-teknik hinopsis.
- Bermula dengan teori yang bersifat topografikal.
- Bermula dengan alam sedar, alam pra sedar, alam tidak sedar
- Kemudian beralih kepada teori struktural dengan memberi fokus kepada interaksi sistem dalaman individu.
- Sistem seperti id, ego dan superego

ALAM SEDAR
- Mengetahui dan memahami alam sekeliling
ALAM TIDAK SEDAR
- Freud percaya yang tidak semua aspek diri kita diketahui secara sedar
- Sebahagian besar jiwa manusia ini berada dalam satu ruang yang yang beliau namakan sebagai alam tidak sedar
- Tidak sedar tentang apa-apa yang berlaku.
ALAM PRA SEDAR
- Antara alam sedar dan alam tidak sedar.
- Kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak.
- Kalau memberi perhatian dan menyedari sesuatu tindakan adalah dianggap sedar
- Ia tidak ada dalam kesedaran dan tidak pula disedari langsung
- Apabila perhatian ditumpukan kepada sesuatu bahan di bahagian pra sedar maka ia secara automatik dimasukkan semula ke alam sedar
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
- Manusia adalah makhluk sosial.
- Manusia dilahirkan dengan naluri kebinatangan dan aggresif.
- Manusia dari awal lagi dilahirkan dengan sifat yang jahat.
- Keadaan ini mendorong manusia bertindak secara tidak rasional dan tidak logik.
- Manusia bertindak pada alam sedar, pra sedar dan alam tidak sedar
- Individu di arah oleh keperluan asas naluri dan biologi.
- Naluri ini tersimpan dalam satu sistem tenaga (libido)
- Tenaga ini ada 2 jenis:
- Tenaga hidup @ naluri hidup (Eros) yang merupakan tenaga seks dan motivasi.
- Tenaga mati @ naluri mati (Thanatos) yang merupakan dorongan aggresif. Contohnya seperti merosak diri.
- Tenaga ini menjadi rebutan antara id, ego dan superego
STRUKTUR PERSONALITI
- Terdiri daripada id, ego dan superego.
- Berinteraksi antara satu sama lain dan wujudnya tingkahlaku tertentu yang dikenali sebagai personaliti
o Id ialah sistem biologi
o Ego ialah sistem psikologi
o
Super ialah komponen sosial yang berkaitan dengan
nilai-nilai moral.
ID
- Sistem asal dalam diri individu.
- Wujud sejak lahir sebab itu ianya dikenali sebagai biologi.
- Bersifat tidak sedar.
- Bertindak membabi buta dan tiada sistem organisasi yang teratur
- Mendesak dan memaksa
- Tidak pernah matang
- Pentingkan keseronokan dan kepuasan.
- Contoh remaja yang bertindak tanpa berfikir
- Apabila id dipenuhi ia kembali menjadi tenang
- Jika tidak dipenuhi akan menyebabkan ketegangan
EGO
- Berasal dari id tetapi berbeza daripada id
- Bersifat realiti, waras rasional dan logik.
- Mempunyai fungsi kognitif dan inlektual.
- Mengawal, memilih dan menentukan persekitaran atau naluri mana yang ingin dipenuhi atau dipuaskan.
- Menjadi orang tengah antara desakan id dan superego berasaskan persekitaran
- Tugasnya memuaskan kehendak id bukan untuk menghampakan id.
SUPEREGO
- Juga berpunca dari id.
- Diterapkan penentuan-penentuan masyarakat oleh ibubapa atau pengasuh
- Komponen sosial dan moral
- Menentukan tingkahlaku baik/buruk @ betul/ salah
- Bersifat idealistic @ perfectionist (sempurna).
- Nilai-nilai tradisi serta ideal.
- Bertanggungjawab menyekat ego dari menurut kehendak id.
- Menjadi hakim dan menentukan ganjaran (bangga) dan denda (rasa bersalah / rendah diri)
- Berfungsi untuk:
o Menyekat desakan id
(menjauhi desakan yang dicemuh masyarakat)
o Memujuk ego (menukar reality
kepada moral)
o
Berusaha ke arah mencapai kesempurnaan
KERISAUAN
- Sekiranya ego gagal memenuhi kehendak id, ego akan didenda (rasa bersalah).
- Kalau dapat dipenuhi kehendak id (ketenangan)
- Kegagalan memenuhi kehendak id menyebabkan ego mengalami kerisauan
- 3 jenis kerisauan
1. Kerisauan reality ; Wujud kerana adanya 1
ancaman nyata (benar @ persekitaran)
2. Kerisauan moral ; Wujud dari hati nurani @
conscience. Merasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
nilai-nilai moral/ masyarakat
3. Kerisauan neurotic ; Rasa bimbang yang
keterlaluan sehingga tidak dapat dikawal
HELAH BELA DIRI
- Proses psikologi untuk
o Mengurangkan penderitaan ego
o Membantu ego mempertahan
diri dari desakan id
o Mempertahankan diri daripada
cemuhan superego.
REPRESI
- Terpenting dalam teori freud
- Asas kepada HBD lain dan seterusnya
- Represi ialah benteng yang menyingkirkan pemikiran.
- Peristiwa disingkir melalui pendaman.
- Sukar dihapuskan dan biasanya berkekalan dalam diri individu
PENYANGKALAN
- Penafian/ penolakan reality
- Berlaku pada alam sedar/ dan pra sedar
- Cth: Oh! No…
PEMBETULAN REAKSI
- Cara mempertahankan diri dari ancaman dengan memperlihatkan reaksi bertentangan
- Untuk mengawal emosi
- Cth: Benci tetapi kasih/ sedih tapi ketawa
PROJEKSI
- Membalikkan desakan dan keinginan oleh diri sendiri kepada orang lain.
- Cth: Bukan saya tapi dia yang suka marah-marah.
PENYALURAN
- Mengawal kerisauan dengan melepaskan desakan itu kepada sasaran lain yang lebih selamat.
- Cth: Rasa marah kepada rakan disalurkan kepada isteri.
RASIONALISASI
- Cara memberi alasan atau sebab gagal.
- Cth: tidak dapat keputusan baik kata soalan susah
SUBLIMASI
- Cara melepaskan tenaga @ agresi ke jalan diterima oleh masyarakat
- Cth: nak tumbuk orang tetapi pilih jalan tumbuk orang jahat
REGRESI
- Menyorot kembali ke peringkat perkembangan lebih awal
- Situasi mengamcam individu memperlihatkan tingkahlaku tak sesuai dengan umur.
- Cth: terlalu takut menangis seperti kanak-kanak.
PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI
Peringkat oral
· Bermula sejak lahir hingga 18 bulan, hanya ada id.
· Menyusu melalui ibunya (dia mendapat kepuasan ) untuk mendapat makanan dan keseronokan.
· Mulut dan bibir merupakan zon erotik.
- Oral incorporative
- Bagi mendapat penyusuan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
- Oral aggresif/ Oral Sadistic
- Apabila bayi mendapat gigi dia akan menjadi lebih aggresif – mengigit semasa menyusu
Peringkat Anal
· Mula awal tahun kedua hingga ketiga tahun
· Zon tumpuan ialah dubur
o Kanak-kanak dikawal cara
membuang air besar
§ Ketika tertentu
§ Cara tertentu
- Personaliti anal aggresif
- Kalau ibu bapa ketat mengawal dan melatih anak membuang air besar
- Personaliti anal retentive
- Terlalu memberi perhatian dalam melatih buang air besar, kanak-kanak akan tersalah anggap kepentingan aktiviti ini.
Peringkat Falik
· Peringkat ini berlaku setelah peringkat dubur.
· Daripada 3 hingga 5 tahun
· Kanak-kanak mula memberi perhatian kepada organ masing-masing.
Peringkat Latensi
· Bermula dari 6 tahun hingga baligh
· Tiada tumpuan kepada mana-mana zon
· Tiada lagi terbatas di rumah sahaja.
· Kecendrungan untuk bergaul
· Mula berkawan dengan rakan sejantina
· Ego telah berkembang dengan baik
Peringkat Ginetal/ Kejantinaan
· Bermula dari peringkat baligh hingga dewasa (12 tahun)
· Muncul semula khayalan dan fantasi yang pernah wujud pada peringkat falik dan latensi
· Bermula dari peringkat baligh hingga dewasa (12 tahun)
· Muncul semula khayalan dan fantasi yang pernah wujud pada peringkat falik dan latensi
Matlamat Psikoanalisa
2 matlamat utama
- Membentuk semula watak individu agar segala yang terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di alam sedar.
- Menguatkan ego, agar individu dapat berfungsi menurut prinsip reality tanpa dikongkong atau didorong oleh desakan-desakan id, atau pun superego.
Perhubungan antara kaunselor dan klien
- Perhubungan kaunselor dan klien harus dipentingkan
- Klien diminta menyatakan dalam perkataan apa-apa sahaja yang difikirkan, image @ perasaan pada masa itu tanpa sekatan @ halangan (telus)
- Kaunselor mendengar dan menilai dengan teliti perkara-perkara yang menimbulkan kebimbangan klien
- Kaunselor akan mencelah supaya klien dapat bergerak sebagai aktif reporter.
- Kalau dalam tafsir mimpi, klien diminta menyatakan perkaitan yang difikirkan dalam image yang muncul dalam mimpinya.
- Klien akan dibiarkan membuat pengluahan dari dynamic dalaman yang berada di alam tidak sedar
- Kaunselor akan membuat tafsiran dan menjelaskan beberapa konflik yang dialami oleh klien.
- Kaunselor akan membimbing klien untuk mendapat celik akal.
- Sebanyak 4 sesi seminggu dalam tempoh 45 minit.
Peranan Kaunselor
- Wujudkan hubungan dengan klien
- Menggalakkan klien memprojek apa jua perasaan yang berkaitan dengan masa lalu, mencelah sekali-sekala.
- Mendengar apa sahaja yang dinyatakan oleh klien
- Mendengar dengan teliti dan mentafsir apa jua yang dengar
- Sensitive pada sekatan-sekatan @ ‘resistance’ yang dialami klien (transference)
- Membantu klien mengatasi sekatan-sekatan (yang disupresi dan represi akan muncul)
- Mengajar klien memahami apa-apa yang berlaku didunianya (klien akan mendapat celik akal dan akan mengubah wataknya)
Teknik dan tatacara Psikoanalisis
1. Perkaitan Bebas
a.
Teknik utama (talking cure)
b.
Klien berbaring di atas kaus
c.
Klien cakap apa sahaja yang terlintas dalam fikiran
d.
Dengan mengikuti luahan klien, kaunselor dapat
memahami masalah klien
e.
Kaunselor akan menjelaskan perkara yang dikatakan
oleh klien agar klien mendapat celik akal.
2. Pentafsiran
a.
Merupakan alat untuk menganalisis mimpi, perkaitan
bebas, pemahaman, pemindahan dan menjelaskan kefahaman
b.
Dilakukan ketika sedar
c.
Mentafsir maklumat yang disampaikan oleh klien
(Peristiwa, pengulangan, sekatan)
d.
Pentafsiran dari senang ke susah/ mudah ke kompleks.
3. Tadbir Mimpi
a.
Dalam mimpi terdapat peristiwa-peristiwa yang pernah
muncul dalam alam sedar.
b.
Mimpi dapat melahirkan keinginan, keperluan, impian,
kebimbangan dsbnya
c.
Mimpi terdapat lambing atau symbol yang perlu di
tafsirkan terlebih dahulu.
d.
Kaunselor akan membut kesimpulan mengenai mimpi dan
menjelaskan kepada kliennya.
4. Analisa Penahanan
a.
Terdapat maklumat yang tidak dapat disampaikan kerana
ia juga mengalami kerisauan (penahanan)
b.
Penggunaan HBD boleh membantu kaunselor untuk
melepaskan diri klien daripada penahanan.
c.
Selagi penahanan ini tidak diselesaikan klien akan
terus mengalami kerisauan.
5. Analisa Pemindahan
a.
Pemindahan melibatkan memindahkan perasaan dan
pengalaman yang dirasainya semasa kecil.
b.
Kaunselor perlu bersikap neutral, objektif dan pasif
untuk memahami curahan isi hati klien.
c.
Kaunselor mentafsir dan menjelaskan untuk pemahaman
klien.
d.
Klien akan mendapat celik akal dan akan berkembang
dari segi emosi dan intelektual.
6. Analisa Pemindahan
a.
Pemindahan melibatkan memindahkan perasaan dan
pengalaman yang dirasainya semasa kecil.
b.
Kaunselor perlu bersikap neutral, objektif dan pasif
untuk memahami curahan isi hati klien.
c.
Kaunselor mentafsir dan menjelaskan untuk pemahaman
klien.
d.
Klien akan mendapat celik akal dan akan berkembang
dari segi emosi dan intelektual.
terima kasih atas perkongsian ilmu encik :)
ReplyDeleteTq
Delete