Pages

Sunday, 16 January 2011

Mengumpul Maklumat Murid

Mengumpul Maklumat Murid
Guru bimbingan yang cekap selalu berusaha untuk mendapat gambaran yang jelas tentang klien. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah
a.      maklumat am klien,
b.      kesihatan,
c.       pencapaian,
d.      bakat,
e.      penyesuaian peribadi,
f.        minat,
g.      rancangan pada masa hadapan dan
h.      latar belakang keluarga.

Aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah suasana di rumah, keadaan fizikal, perhubungan sosial, bidang intelektual dan pertumbuhan emosi
(Aquino dan Alviar, 1980).


Bagaimana maklumat dikumpul
Mizan (2003) menyatakan 3 cara utama iaitu dengan
  1. Pemerhatian
  2. Membuat rujukan
  3. Membuat tinjauan kehendak sama ada secara temubual atau secara soalselidik

1.   Melalui Pemerhatian"
Pemerhatian merupakan satu teknik untuk mengamati apa yang sedang berlaku secara langsung atau tidak langsung.
Guru akan lebih memahami penuntut melalui pemerhatiannya ke atas penuntut.
Supaya pemerhatian itu berguna, guru atau guru bimbingan perlulah belajar apa dan bagaimana untuk memerhati (Aquino dan Alviar, 1980).
Dia juga perlu mengelakkan dirinya daripada memberi perhatian lebih terhadap satu-satu tingkah laku.

Menurut Abu Ahmad (1975), terdapat tiga jenis pemerhatian iaitu:
a.         Pemerhatian penyertaan
b.         Pemerhatian tidak penyertaan
c.         Penyertaan kuasi — pemerhati seolah-olah melibatkan dirinya dalam kegiatan orang yang diperhatikan, tetapi dia berpura-pura sahaja mengambil bahagian yang aktif.

2. Rujukan
Melalui Rekod Himpunan
rekod himpunan 001 (M) 77 mengandungi banyak maklumat yang berguna jika kad ini diisi dengan betul dan kemaskini.
Kad ini mengandungi beberapa perkara mengenai penuntut.
Perkara 1        Mengandungi butir-butir mengenai penuntut seperti nama, tarikh lahir, tempat lahir, agama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan jarak rumah dari sekolah.
Perkara 2        Butir-butir mengenai keluarga seperti nama, kad pengenalan dan pekerjaan ibu bapa atau penjaga, bilangan anak dan kedudukan penuntut dalam ahli keluarga.
Perkara 3        Rekod kedatangan ke sekolah dan gerak kerja ko­kurikulum. Maklumat    lain yang boleh didapati ialah tarikh masuk sekolah, nama sekolah terdahulu, kedatangan tahunan, jawatan di sekolah, minat dan cita-cita.
Perkara 4        Keputusan ujian atau peperiksaan sekolah.
Perkara 5        Keputusan peperiksaan awam seperti nama peperiksaan, tarikh diambil dan keputusannya.
Perkara 6        Biasiswa, hadiah kewangan dan hadiah-hadiah akademik dan kokurikulum yang lain.

3. Membuat Tinjauan
a)      Tinjauan pendapat guru besar sekolah
b)      Tinjauan pendapat guru
c)      Tinjauan pendapat pakar-pakar perancang pendidikan
d)      Tinjauan pendapat ibubapa
e)      Tinjauan pendapat pelajar

4.    Melalui Soal Selidik
            Soal selidik mengandungi satu borang yang mengandungi pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh responden.
            Jenis pertanyaan atau soalan bergantunglah kepada tujuan soal selidik itu dijalankan.
           
            Soal selidik ini mungkin mengandungi pertanyaan yang tertutup, pertanyaan atau soalan terbuka atau campuran kedua-duanya.
            Dalam soalan tertutup, responden memilih jawapan yang sudah disediakan.
            Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk jawapan.

5.         Laporan Guru-guru
            Guru-guru boleh memberi laporan tidak rasmi mengenai penuntut-penuntut berdasarkan pemerhatian mereka.          
            Mereka boleh memerhati-kan tingkah laku penuntut di dalam dan di luar bilik darjah.
            Laporan ini boleh dibincangkan oleh jawatankuasa bimbingan sekolah.     
            Satu borang yang boleh melaporkan insiden kritikal penuntut boleh diedarkan kepada guru-guru. Ini bertujuan untuk menyenangkan mereka membuat laporan.

6.         Temuduga dengan Penuntut dan Ibu Bapa atau Penjaga
            Ini adalah satu teknik pengumpulan data yang dapat dengan mengadakan komunikasi dengan sumber data.
            Komunikasi ini dilakukan melalui dialog secara lisan.
            Temuduga boleh dilakukan secara inseden-tal iaitu apabila ia diperlukan atau secara berencana iaitu dilakukan pada waktu-waktu yang telah dipersetujui (Djumhur dan Surya, 1975).
            Temuduga ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat iaitu merupakan peringkat penama dalam temuduga kaunseling.
            Pada peringkat ini, guru bimbingan mungkin ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan sejarah masa lalu klien, apa yang disukainya, apa yang tidak disukainya, sikapnya atau cita-citanya.

7.         Melalui Autobiografi
            Autobiografi atau riwayat hidup dan catatan harian juga merupakan satu teknik yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penuntut atau klien.
            Penuntut boleh disuruh mencatat berbagai-bagai kejadian tentang dirinya yang telah dialami, sedang dialami atau yang dia fikir akan dialaminya.
            Penuntut boleh diminta untuk membuat karangan mengenai tajuk-tajuk seperti keadaan keluargaku, orang yang paling aku sukai atau hobiku.
            Guru bimbingan mestilah tahu membuat interpretasi maksud yang tersirat. Maklumat yang didapati adalah subjektif. Ketepatan dan kesempurnaannya bergantung kepada kebolehan individu untuk menyatakan perasaan dan pengalaman dengan orang lain (Aquino dan Alviar, 1980).

8.         Melalui Ujian-ujian Piawai
            Ujian bukan sahaja merupakan satu cara guru atau guru bimbingan untuk mengukur kebolehan penuntut, tetapi ia juga merupakan satu cara penuntut untuk memahami dirinya.
            Ujian sebagai satu metod penyelidikan telah mula digunakan oleh Binet pada tahun 1904 di Perancis (Abu Ahmadi, 1975).
            Sekarang ini terdapat banyak jenis ujian.
            Berdasar kepada ramainya subjek yang dikaji, ujian boleh dibahagikan kepada dua iaitu individu dan kelompok.
           
            Bentuk-bentuk ujian juga berjenis-jenis seperti berbentuk mainan, berbentuk soal jawab, berbentuk aneka pilihan, ada yang memerlukan pemeringkatan, dan ada yang meminta reaksi sahaja.     
            Berdasarkan tugas yang dijalan-kan oleh penguji, ujian boleh dibahagikan kepada ujian lisan dan ujian bukan lisan.

9.   Kaedah Sosiometri
            Sosiometri menunjukkan ukuran berteman.
            Melalui sosiometri dapat diperhatikan hubungan sosial seseorang. Sosiometri ialah kaedah untuk mendapatkan pola-pola perhubungan di kalangan satu-satu kumpulan, manakala sosiogram pula ialah penyusunan pola-pola hubungan dalam bentuk gambarajah.
            Baik atau tidaknya hubungan sosial seseorang dengan individu yang lain dapat dilihat daripada segi kekerapannya bergaul, rapat atau tidaknya pergaulan dan adakah dia popular atau tidak.
            Kaedah ini sesuai untuk menyelidiki kumpulan yang kecil.
            Untuk mendapat bahan dalam sosiometri, soal selidik boleh digunakan.

9.         Laporan daripada Pihak Tertentu
            Pengumpulan maklumat penuntut juga boleh dilakukan oleh guru bimbingan melalui laporan daripada pihak yang tertentu.
            Laporan-laporan tersebut boleh digolongkan menurut fungsi-fungsinya yang tertentu seperti pendaftaran dan pengelasan penuntut, rekod kedatangan, surat-surat kebenaran, laporan kepada ibu bapa, rekod kesihatan dan latihan fizikal.
            Kad-kad khusus dan kad komulatif, laporan-laporan kepada kementerian, surat-surat kepada waris dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment