Pages

Sunday, 16 January 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING
  1. Mereka selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan erat dan mesra dengan penuntut.
  2. Berperanan penting dalam kegiatan bimbingan yang sebenarnya dalam kelas.
  3. Mempunyai lebih banyak peluang untuk mempelajari penuntut, mengawasi tingkah laku dan kegiatannya.
  4. Guru-guru sepatutnya berusaha mengarah minat dan semangat penuntut untuk belajar, menambah keyakinan diri penuntut yang malu dan sensitif, dan juga menolong penuntut mengatasi masalahnya.
  5. Guru mempunyai kemampuan dan peluang yang banyak untuk memahami penuntut sebagai seorang individu dan sebagai seorang ahli kelompok.


PERANAN GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING
Beberapa perkara yang boleh dilaksanakan oleh guru biasa.
  1. Di dalam aktiviti bilik darjah yang formal.
  2. Di dalam aktiviti kokurikulum yang sangat dititikberatkan sekarang ini.
  3. Di dalam aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
  4. Semasa temubual dengan penuntut.
(Sharifah, 1986)

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING
Semasa di dalam bilik darjah, guru boleh menambah keberkesanan aktiviti bimbingan di sekolah jika dia mengamal dan mengawasi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini.
  1. Cubalah memahami dan mengawasi setiap penuntut.
  2. Berempati dengan penuntut.
  3. Berperasaan mesra terhadap setiap penuntut.
  4. Menerima kedatangan setiap penuntut tanpa syarat
  5. Cubalah wujudkan bilik darjah yang mesra dan terbuka.
  6. Berilah peluang kepada penuntut untuk menjadi dirinya sendiri.
  7. Cubalah mengetahui setiap peluang yang ada untuk memberi bimbingan kepada penuntut dalam aktiviti kokurikulum.
  8. Galakkan perkembangan sikap positif di kalangan penuntut.
  9. Bantulah setiap penuntut meningkatkan kemahirannya belajar.

No comments:

Post a Comment