Pages

Saturday, 15 January 2011

Sekolah Perlukan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

       Setiap manusia pasti melalui proses membuat pilihan dan penyesuaian.
       Setiap kali proses, ia perlu dibuat secara betul dan tepat.
       Setiap pemilihan ataupun penyesuaian memberikan impak kepada kehidupan individu itu pada masa akan datang.
       Manusia dilahirkan dalam keadaan tidak berdaya.
       Memerlukan orang lain membantu dan memimpin diri mereka meluncur ke hadapan

Suradi (2001) menyenaraikan beberapa sebab kenapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diperlukan oleh pelajar di sekolah.
  1. Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang.
  2. Membolehkan pelajar membuat pilihan yang sesuai pada semua peringkat persekolahan mereka.
  3. Menolong pelajar membuat pilihan kerjaya dan membuat persediaan sebelum memasuki kerjaya yang dipilih.
  4. Menolong pelajar dalam perkembangan kerjayanya.
  5. Menolong pelajar membuat penyesuaian terbaik sama ada di sekolah dan juga di luar sekolah.
  6. Menambah usaha yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah.
  7. Meminimumkan salah penerapan di antara pendidikan dan penggunaan tenaga manusia dan membantu mencapai penggunaan tenaga manusia yang paling berkesan.
  8. Mengenal pasti dan memotivasikan pelajar daripada lapisan masyarakat yang kurang bernasib baik.
  9. Menolong mengurangkan ataupun mengawal pembaziran dan kelembapan dalam sistem pendidikan.
  10. Mengenal pasti dan menolong pelajar yang memerlukan pertolongan
  11. Memastikan masa di luar bilik darjah digunakan dengan berfaedah.
  12. Menambahkan daya tarikan sekolah.
  13. Menjadikan pendidikan sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas lebih berjaya.
  14. Mengatasi masalah kemerosotan disiplin pelajar.

Menurut Muhd. Mansur dan Siti Nordinar (1993), selagi manusia mempunyai kehendak dan kepentingan, selagi itu mereka menghadapi masalah ataupun gendala.
       Bagi melicinkan perjalanan hidup pelajar supaya tidak tersekat, mereka perlu terus menghadapi dan mengatasi segala masalah yang timbul.
       Di sinilah perkhidmatan bimbingan dan intervensi kaunseling perlu disediakan kerana ia dapat membantu pelajar memahami bentuk keperluan dan kehendak diri mereka.
       Di samping itu, pelajar dapat memahami kehendak masyarakat dan berupaya memahami tanggungjawab dan seterusnya dapat bertindak balas dengan sewajarnya pada kehendak institusi sosial itu sendiri.

Konsep Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
       Pelaksanaan sesuatu program memerlukan pengurusan yang teratur dan sistematik. Kehendak proses ini adalah keupayaan kaunselor mengubah konsep yang abstrak dalam mindanya menjadi satu tindakan realistik dalam alam pekerjaan sebenar. Seterusnya tindakan yang realistik itu boleh diterima sebagai peraturan dan dasar bagi menghasilkan sesuatu produk dengan peningkatan mutu nilainya.
(Othman Mohamed, 2009)


Konsep Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
       Dalam model psiko-pendidikan, kaunselor bertanggungjawab melaksana aktiviti yang bercorak pertumbuhan mental yang merangkumi segala aspek psiko-sosial alam sekolah.
       Oleh yang demikian, kaunselor perlu berupaya membentuk konsep, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti perkembangan bagi kepentingan masyarakat sekolah.
(Othman Mohamed, 2009)

  • Program Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang pertama di Malaysia adalah program yang diperkenalkan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
  • Sementara perkhidmatan kaunseling pelajar yang pertama diperkenalkan di institusi pengajian tinggi adalah di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Program yang dijalankan di institusi yang disebutkan berasaskan model dari Amerika Syarikat.
  • Perkhidmatan tersebut telah ditubuhkan pada 1972, dan dikenali sebagai Counselling Service Unit.
  • Bagaimanapun, kemudian unit tersebut ditukar kepada Unit Bimbingan Pelajar.
  • Tetapi hari ini dikenali pula sebagai Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK).
  •  Menurut laporan tersebut, matlamat utama unit itu ditubuhkan adalah untuk membimbing dan mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar ke arah kematangan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
  • Jawatan kaunselor mula dilantik pada 1980 bagi setiap MRSM, dan mereka menjalankan tugas dengan bantuan beberapa orang guru.
  • Kerja-kerja yang memerlukan kemahiran khas dilaksanakan oleh kaunselor.
  • Bidang lain seperti kerjaya, komunikasi, pembimbing rakan sebaya (PRS) atau program motivasi diuruskan oleh guru-guru yang menerima latihan.


Terdapat enam jenis perkhidmatan utama yang diberikan oleh UPK. Perkhidmatan tersebut seperti berikut:
  1. Bimbingan Perkembangan Personaliti.
  2. Bimbingan Perkembangan Kerjaya.
  3. Bimbingan Perkembangan Pembelajaran.
  4. Bimbingan Penyesuaian Diri.
  5. Bimbingan Tingkah Laku.
  6. Perkhidmatan Kaunseling.

Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (1996) telah menggariskan sebanyak 11 komponen perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di sekolah.




Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (2009) telah menggariskan sebanyak 8 komponen bidang dan tugas guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah dan rendah.




Penubuhan Jawatankuasa : Keperluan  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
  1. KENALPASTI KEPERLUAN
  2. PERBINCANGAN DENGAN PENTADBIR
  3. SEDIAKAN KERTAS CADANGAN
  4. MEMBENTANG KERTAS CADANGAN
  5. MESYUARAT DAN LANTIKAN JK
  6. SEDIAKAN BILIK BIMBINGAN
  7. SEBARAN MAKLUMAT
  8. MELAKSANAKAN AKTIVITI
  9. MENYEDIAKAN LAPORAN

 Analisis Keperluan Pelajar
Kebiasaannya, penilaian keperluan memberi maklumat untuk digunakan bagi merancang program pendidikan yang kos efektif dan berkesan serta berjaya
(Kaufman  & Herman, 1991  )

Kaedah Penilaian Keperluan Pelajar:
  1. Keperluan perkhidmatan
  2. Inventori  Keperluan Bimbingan – Suradi Salim (1994)
  3. Temubual
  4. Tinjauan
  5. Soalselidik
  6. Pemerhatian
  7. Perbincangan

Contoh Alat untuk Kajian Keperluan
  1. Soalselidik ‘Mooney Check List’
  2. Rekod Disiplin
  3. Rekod Prestasi
  4. Jadual kedatangan pelajar
  5. Maklumat Kemahiran Sosial
  6. Daya Kepimpinan Pelajar
  7. Tahap Motivasi Pelajar

Fungsi Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
  1. Merancang aktiviti yang tersusun dan tepat kepada sasaran
  2. Memupuk semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan semua aktiviti
  3. Memastikan keterlibatan dan sokongan pihak pengurusan
  4. Memastikan penggunaan semua sumber dengan maksimum
  5. Mendapatkan kerjasama dan sokongan PIBG, agensi-sgensi kerajaan dan swasta dan badan-badan sukarela
  6. Membina dan melaksanakan kawalselia, penilaian dan rekod yang sistematik
  7. Menjalankan latihan dalaman kepada semua staf supaya memahami konsep bimbingan dan kaunseling

Apa itu Kertas Cadangan?
       Makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu.
       Dikemukakan untuk pertimbangan, keputusan lanjut, kelulusan pihak tertentu.
       Kertas Kerja: dibentangkan untuk perbahasan.
       Bersifat:
       Formal
       Objektif
       Berdasarkan sesuatu kajian, pemerhatian, renungan dll
       Disokong oleh fakta, perangkaan, grafik dll ikut keperluan
       Ditulis dalam gaya yang jelas dan padat
       Memberikan maklumat, hujah, gambaran jawapan, syor, cadangan/perakuan.

Kepentingan Penyediaan Kertas Cadangan

  1. Berdasarkan keperluan perkhidmatan
  2. Menjelaskan maklumat penubuhan/ JK/ Kewangan/ Aktiviti
  3. Membentang kepada pihak yang berkaitan untuk pertimbangan
  4. Mendapat kelulusan aktiviti yang ingin dijalankan.
  5. Pelaksanaan berdasarkan keperluan yang telah dijelaskan dalam kertas cadangan
  6. Menjadi garis panduan pelaksanaan aktiviti
  7. Membantu membuat penilaian berdasarkan matlamat yang ingin dicapai.

No comments:

Post a Comment