Pages

Sunday, 16 January 2011

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


1.         Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk.
2.         Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaan.
3.         Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
4.         Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan
5.         Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.
6.         Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekarang dalam jangkamasa yang panjang.
7.         Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari  kelemahannya memberi focus kepada kekuatannya. Dalam  bimbingan dan kaunseling focus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui  aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.
8.         Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.  Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibubapa dan pelajar patut  bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.
9.         Bimbingan dan kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami  pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi  bimbingan dan kaunseling dengan berkesan.
10.     Setiap individu berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut: orientasi deria,  gerak balas (response), corak pemikiran
11.     bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal pelajar. Ini bermakna pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.
12.     bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. mematuhi etika adalah           untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar (rujuk Kod Etika Perkama Lampiran A)

No comments:

Post a Comment