Pages

Friday, 26 October 2012

Penilaian.


Penilaian.

  1. Shertzar dan Stone (1992) penilaian merupakan satu usaha membuat pengadilan secara bersistem tentang keberkesanan secara relatif bagi pencapaian tujuan.
  2. Shertzar dan Stone (1992) terdapat banyak sebab kenapa bimbingan dinilai, tetapi yang paling penting adalah untuk memperbaiki keberkesanan setiap pembimbing dan setiap program bimbingan untuk menyumbang ke arah pencapaian tujuan tersebut.
Penilaian.
  1. Sejauhmanakah program mencapai objektifnya?
  2. Adakah program telah dilaksanakan seperti yang dirancangkan?
  3. Adakah program menarik?
  4. Sejauhmanakah kos berpadanan dengan keberkesanannya?
  5. Apakah kesan-kesan tidak jangka yang timbul
  6. Apakah kekuatan dan kelemahan program?

Penilaian.
  1. Penilaian adalah proses pengumpulan data dan maklumat daripada pelbagai aspek yang berkaitan dengan keberkesanan program perkhidmatan yang dijalankan.
  2. penilaian juga sering digunakan bagi mengesan sumber-sumber baru yang dapat digunakan bagi penambahbaikan atau meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.
  3. bagi menjalankan kajian berkaitan akauntibiliti dan penilaian ke atas setiap program atau aktiviti yang dijalankan, mengambil masa dan memerlukan komitmen yang tinggi.

Membuat Penilaian.
  1. Guru bimbingan perlu membuat pertimbangan bagi memilih mana-mana program atau aktiviti yang perlu diberikan keutamaan.
  2. Personal perlu mereka bentuk sendiri borang soalselidik atau senarai semak yang piawai bagi mengesan keberkesanan program, aktiviti atau intervensi yang mereka laksanakan.
 Malek Muhamat Said (2010)
Kepentingan Penilaian.
  1. masa depan bidang bimbingan bergantung kepada penyediaan data yang konkrit tentang kebaikan dan kelemahan.
  2. mana-mana perkhidmatan atau program yang berkesan lazimnya diteruskan
  3. aspek yang lemah atau kurang sesuai perlu dibuat penambahbaikan atau pengubahsuaian.
  4. Hasil penilaian dapat digunakan bagi menentukan sama ada perkhidmatan atau program yang baru adalah perlu, sesuai, bermanfaat dan mampu disediakan untuk pelanggan di sekolah.

Tujuan-tujuan Penilaian.
  1. Memperbaiki rekabentuk program
  2. Mengetahui tahap pencapaian objektif program
  3. Membaiki caragaya pelaksanaannya
  4. Mengetahui masalah
  5. Membantu organisasi untuk membuat keputusan tentang tindakan susulan.

Jenis-jenis Penilaian
Penilaian perkhidmatan
Burck dan Peterson (Gladding, 1996) menyatakan terdapat 5 langkah ketika membuat penilaian perkhidmatan.
  1. Menjalankan kajian keperluan
a)      mengenalpasti masalah ataupun kelemahan yang terdapat dalam perkhidmatan atau program yang dijalankan.
b)      mencari ruang ataupun situasi yang masih belum dapat dipenuhi dan seharusnya diisi dengan program atau khidmat yang dapat memberi manfaat pada pelanggan.
  1. Menyatakan matlamat dan objektif pelaksanaan perkhidmatan
a)      Setiap objektif adalah objektif yang diukur.
  1. Merancang dan merekabentuk program penilaian
  2. mengkaji semula bagi tujuan penambahbaikan atau pengubahsuaian program penilaian
  3. Menyediakan laporan hasil program penilaian.

Jenis-jenis Penilaian
Penilaian perkhidmatan adalah indikator akauntibiliti guru bimbingan
       Gambaran sejauhmana guru bimbingan dapat memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.
       Penilaian membantu
        membuat pemantauan
        mengumpul maklumat
        mengenalpasti masalah
        membuat penambahbaikan
        menilai prestasi dan pencapaian guru bimbingan

Penilaian program
        Dilaksanakan selepas sesuatu program dijalankan
        Sasaran kepada peserta yang terlibat sahaja.
        Data yang diperolehi dihubungkaitkan dengan objektif program tersebut
        Kelemahan dan kekuatan program akan difokuskan.
        Penilaian biasanya dilaksanakan secara tinjauan dan soalselidik
        Dapatan akan menentukan kesesuaian program dilaksanakan pada masa hadapan.

Penilaian personal
       Guru bimbingan perlu melakukan pemeriksaan dan membuat penilaian kendiri
       Aspek personal yang dinilai
        personaliti dan penampilan
        pengetahuan, kemahiran dan kompetensi berkaitan bidang tugas
        Kecekapan atau kemampuan mengurus dan melaksanakan perkhidmatan
        Kebolehan unik individu.

Kaedah Penilaian
Shertzer dan Stone (1992) menyarankan tiga kaedah bagi menilai keberkesanan perkhidmatan iaitu Kaedah Tinjauan, Kaedah Ujikaji dan kaedah Kajian Kes.
       Kaedah Soalselidik
       Kaedah inventori atau senarai semak
       Kaedah Penyelidikan
       Kaedah Temubual

Kaedah Tinjauan
       merupakan kaedah paling kerap
       memilih kriteria yang telah ditentukan kepada inventori
       memungut keterangan tentang khidmat yang disediakan
       membuat penilaian tentang setakat mana khidmat disediakan dalam kaitan dengan kriteria yang ditentukan.
       ia kurang memberikan bukti sama ada khidmat itu telah mendatangkan kesan yang pentng kepada pelajar.
       amat sesuai untuk data pungutan yang banyak dan liputan yang meluas.
       Kelemahan
       kekurangan keesahan dari segi ujikaji
       kesukaran membuat keputusan tentang hubungan yang menimbulkan kesan

Kaedah Ujikaji
       memerlukan tahap perancangan yang lebih teliti
       memerlukan kaedah saintifik yang melibatkan urutan yang ditetapkan terlebih dahulu
       penentuan matlamat dan cara untuk mencapainya
       perkembangan cara-cara untuk mengukur pencapaian matlamat ini
       pemilihan kumpulan kawalan dan ujikaji
       proses mengambil langkah-langkah bagi matlamat yang ditetapkan
       pengukuran tentang hasil ujikaji.
       Bentuk yang paling sesuai ialah dengan mengadakan kumpulan kawalan

Kaedah Kajian Kes
       direka untuk menilai perubahan yang berlaku pada individu hasil daripada memperkenalkan sesuatu variable seperti kaunseling
       Matlamat yang sesuai dengan individu disediakan, proses kaunseling dilaksanakan dan data dikutip.
       penilaian dibuat tentang perubahan hasil daripada tatacara yang dikenakan.
       menitikberatkan individu dan perkembangan kendiri
       Memerlukan masa yang lama.

Kaedah Soalselidik
       Penilaian boleh dibina dalam bentuk soalselidik
       Instrumen perlu disediakan secara menyeluruh
       menetapkan sasaran yang boleh memberikan maklumat atau data keberkesanan
       Data yang diperolehi akan dianalisa.
       Maklumat dipersembahkan dalam perbagai bentuk.

Kaedah inventori atau senarai semak
       lebih ringkas, mudah difahami, memenuhi keperluan dan matlamat penilaian
       senarai semak yang disediakan (ms 330) sesuai dijadikan sebagai panduan bagi melihat kompetensi guru bimbingan.
       senarai semak perlu mengambil kira kompetensi dan perkhidmatan yang diberikan.
       pelaksanaan boleh dibuat secara kendiri atau pihak ketiga
       Keseluruhan data akan dianalisa untuk menilai keberkesanan perkhidmatan

Kaedah Penyelidikan
Penyelidikan sangat penting kerana hanya dengan cara ini sahaja isu tentang kegunaan bimbingan secara keseluruhan dan tentang kebolehgunaan berbagai-bagai kaedah dan alat yang digunakan dalam program bimbingan dapat ditentukan.

Kaedah Temubual
  1. Kaedah paling mudah
  2. Perlu mempunyai kemahiran komunikasi
  3. Sediakan bahan atau struktur soalan yang perlu untuk disoal.
  4. Mendapat sumber maklumat daripada pelajar yang terlibat dengan aktiviti
  5. Dapatan yang diperolehi boleh dijadikan maklumat untuk melaksanakan penilaian perkhidmatan.

Kekangan untuk menjalankan kajian keberkesanan
       memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi
       masa, komitmen dan kos yang tinggi
       pihak pentadbir hanya merujuk dokumentasi yang disediakan
       tugasan biasa dan bukan bersifat risiko tinggi
       Etika kerahsiaan dan amanah menyebabkan maklumat yang diperolehi kurang tepat
       Tanggungjawab lain menyebabkan masa yang terhad.

No comments:

Post a Comment