Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling
PERANCANGAN TAHUNAN
•
Perancangan Tahunan disediakan adalah untuk
membolehkan anda melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan bidang dan
perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling
secara sistematik serta mengikut mengikut pemeringkatan yang sesuai.
Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling
Perancangan Tahunan
Rasional kita menyediakan Perancangan Tahunan adalah:
- Perancangan Tahunan
merupakan satu panduan
kepada anda terhadap topik-topik yang akan disampaikan.
- Dapat mengelakkan daripada berlakunya
kesilapan fokus perkhidmatan kerana kandungan dirancang berdasarkan
keperluan Kementerian Pelajaran.
- Proses pelaksanaan dapat
dipermudahkan kerana anda
boleh merancang, menyediakan alat dan tindakan awal.
- Susunan aktiviti adalah teratur dan
mengikut prinsip keperluan
perkhidmatan.
- Dengan adanya
Perancang Tahunan, aktiviti lepas dapat disemak, diubahsuai dan
dikemaskini mengikut keperluan semasa.
- Perancangan Tahunan
dapat membantu anda menyediakan kandungan dan memudahkan persediaan untuk
membuat penilaian perkhidmatan.
Objektif/ Tujuan bagi Perancangan Tahunan adalah untuk:
- Membolehkan anda
membuat perancangan aktiviti perkhidmatan dan pengurusan bagi satu tahun mengikut
semester, mingguan dan harian.
- Membantu anda memilih, menyusun dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam sesuatu aktiviti bagi
semester, mingguan dan harian.
- Membantu anda
menentukan strategi pengurusan dan perkhidmatan terlebih dahulu dengan mengambil kira keperluan dan peruntukan masa.
- Membolehkan anda menyediakan bahan mengikut minat, kebolehan dan
pengalaman sedia ada murid.
- Membolehkan anda melaksanakan program mengikut keutamaan dan pengurusan
jadual.
- Membolehkan anda merancang aktiviti berdasarkan perancangan dari PPD, JPN dan KPM.
Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling
Perancangan Tahunan
- Bulan Perancangan meliputi tahunan , bulanan dan penggal pengajian
- Minggu/ Tentatif Meliputi aspek minggu dalam setahun @ minggu dalam bulan
- Bidang Merujuk kepada bidang yang terdapat dalam dalam buku rekod
- Objektif Matlamat atau hasil yang ingin dicapai daripada aktiviti
- Aktiviti/Input Pelaksanaan dan kaedah yang ingin disampaikan
- Sasaran Kumpulan yang akan menyertai dan mendapat faedah
- Personalia Pihak yang akan mengurus perkhidmatan yang dicadangkan
- Catatan Sediakan catatan yang membantu dalam menilai aktiviti.

No comments:
Post a Comment