Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling
Menjelaskan konsep keperluan
murid
Program dibuat selaras
dengan kehendak
- Murid
- Guru yang mengajar murid tersebut
- Sekolah yang mengurus keperluan murid
- Ibubapa yang menjalankan tanggungjawab
terhadap murid sekolah tersebut
Menjelaskan konsep keperluan
murid
- guru bimbingan haruslah pula mengambil
langkah untuk merancang perkhidmatan bimbingan mereka yang bersesuaian
dengan keperluan sekolah dan bersifat lebih proaktif.
- apabila seseorang guru dilantik menjadi
guru bimbingan, selalunya dia akan berfikir
- apa yang akan dilakukannya,
- bagaimana,
- untuk siapa,
- bila, dan
- yang paling utama sekali apa
langkah pertama yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat perkhidmatan
yang telah diamanahkan kepadanya.
Menjelaskan konsep keperluan
murid
What Is Needs Assessment?
- A needs assessment is the process of
collecting information about an expressed or implied organizational need
that could be met by conducting training.
- The need can be a desire to improve
current performance or to correct a deficiency.
Why Conduct a Needs
Assessment?
The purpose of a needs
assessment is to answer some familiar questions:
- why,
- who,
- how,
- what, and
- when.
Why Are Needs
Assessments Valuable to an Organization?
- Conducting a needs assessment protects the
assets of an organization.
- Assures that resources set aside to
address training issues are conserved and used only for that purpose.
- Can help determine whether training is the
appropriate solution to a performance deficiency.
- If increasing an employee’s knowledge and
skills will not help resolve a deficiency, then training is not
appropriate. Conducting training without assuring there is a training need
is a waste of time and resources.
Kajian keperluan
- Kajian keperluan perlu dijalankan
sekiranya personel ingin mendapatkan gambaran sebenar tentang
perkhidmatan, program atau aktiviti yang telah ataupun akan dijalankan
sesuai atau diperlukan oleh pelanggan (pelajar, guru ataupun ibu bapa).
- Kajian keperluan adalah kajian
akauntabiliti yang digunakan untuk mengenal pasti kekurangan atau ruang
kosong dalam perkhidmatan atau program.
- Kajian keperluan memerlukan sampel yang
menyeluruh iaitu terdiri daripada pelbagai lapisan warga sekolah yang
menjadi pengguna atau pelanggan.
- Hasil kajian dapat menentukan apakah
bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang perlu diteruskan ataupun
ditangguh atau apakah bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang
perlu ditambah berdasarkan pada keperluan pelanggan (pelajar).
Kajian tinjauan
- Kajian tinjauan dijalankan bagi
mendapatkan bilangan, kuantiti atau data yang melibatkan angka
(numerikal).
- Contoh kajian adalah untuk mendapatkan
angka sebenar ataupun peratusan pelajar yang berada di bawah paras
kemiskinan, datang ke sekolah tanpa sarapan pagi dan terpaksa bekerja pada
hujung minggu untuk menampung keperluan diri ataupun menambah pendapatan
keluarga.
- Kadang-kadang sampel kajian melibatkan
seluruh populasi sekolah terutama sekolah kurang murid (SKM) ataupun
sekolah yang terletak di kawasan yang mundur.
- Menjelaskan konsep keperluan murid
- Dalam usaha kita merancang program
bimbingan ini terdapat beberapa peringkat yang harus diambil perhatian
kerana setiap peringkat mempunyai kepentingan sendiri.
- Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti yang berikut:
- 1 Pengumpulan maklumat.
- 2 Penganalisisan maklumat dan penentuan keperluan.
- 3 Pembentukan objektif.
- 4 Pemilihan aktiviti.
- 5 Penilaian
1.
Pengumpulan Maklumat
a.
Maklumat
tentang pelajar, guru-guru,dan sekolah.
b.
Maklumat
tentang rancangan daripada Kementerian Pendidikan berhubung dengan perkhidmatan
ini dan dasar pelajaran keseluruhannya.
c.
Maklumat
tentang iklim, ekonomi, teknologi,dan perubahan sosial yang sedang berlaku
dalam negara, serta dapat meninjau masa depan agar rancangan yang dibuat tidak
ketinggalan zaman apabila dilaksanakan nanti.
Sumber Maklumat
Sumber Maklumat
Secara amnya,maklumat yang
diperlukan ini boleh didapati daripada sumber-sumber yang berikut:
- Kad peribadi pelajar 001 (M).
- Surat-surat pekeliling pentadbiran dan
polisi kerajaan yang berhubung dengan falsafah pendidikan dan
tanggungjawab perkhidmatan bimbingan dalam menolong melaksanakan polisi
yang telah ditetapkan serta matlamat pendidikan.
- Profil guru-guru, kelulusan, ciri-ciri
demografi, dan Iain-lain.
- Inventori kemudahan-kemudahan yang
terdapat di sekolah.
- Bahan-bahan bacaan dan rujukan.
- Pakar rujuk.
- Kejadian yang berlaku di kawasan sekitar.
Bagaimanakah
Maklumat Dikumpul?
- Pemerhatian
- Membuat Rujukan
- Membuat Tinjauan Keperluan
a)
Tinjauan
pendapat Pengetua sekolah
b)
Tinjauan
pendapat guru
c)
Tinjau
pendapat pakar-pakar perancang pendidikan
d)
Tinjauan
pendapat ibu bapa
e)
Tinjauan
pendapat pelajar
Penganalisisan
maklumat dan penentuan keperluan utama
Duajenis keperluan
yang dapat dikenal pasti ialah:
1 Keperluan yang disedari.
2
Keperluan
yang tak disedari.
Peranan guru bimbingan
ialah cuba memahami keperluan-keperluan ini dan membuat analisis untuk
mendapatkan keperluan utama yang diperlukan oleh penerima.
Dengan adanya
penentuan keperluan utama ini barulah objektif perkhidmatan dapat dibentuk.
Pembentukan
objektif
- Objektif ialah satu kenyataan perubahan
perlakuan yang perlu dicapai oleh penerima bagi mencapai sesuatu keperluan
atau bagi menyelesaikan satu-satu masalah.
- Setiap aktiviti yang dijalankan perlu
mempunyai objektif yang jelas dan kadangkala dinyatakan juga kemungkinan
hasil yang akan diperoleh.
- Objektif yang tepat dan jelas adalah
mustahak bagi menentukan arah kerja.
- Objektif juga boleh dijadikan panduan
untuk memilih aktiviti yang sesuai dan menolong dalam proses penilaian
program.
- Objektif perlulah ditulis tentang perkara
yang perlu dilakukan oleh penerima (pelajar).
- Objektif haruslah ditulis dengan jelas dan
senang difahami.
- Objektif harusjuga ditulis agar hasilnya
senang dikira,dilihat,dan dinilai.
- Objektif haruslah dipertimbangkan agar
objektif ini boleh dicapai.
- Objektif bimbingan ini juga haruslah
mempunyai unsur sejagat (universal) yang boleh digunakan di mana-mana sahaja
walaupun cara melaksanakannya mungkin berbeza, iaitu mengikut tempat dan
kelompok umum pelajar.
Memilih aktiviti
- Aktiviti ialah salah satu daripada proses
pembelajaran.
- Untuk berjaya dalam sesuatu pelajaran,
aktiviti haruslah dirancang dengan betul agar bersesuaian dengan pelajar
dan dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif.
- beberapa faktor yang harus difikirkan
semasa memilih aktiviti tersebut.
- Objektif- objektif yang telah
dibina merupakan panduan utama yang harus digunakan. Aktiviti ialah
pelakuan atau kaedah yang dipilih untuk memenuhi objektif.
- Latar belakang pelajar -
antara maklumat penting ialah umur, jantina, tingkatan/darjah, etnik,
prestasi akademik, status sosioekonomi,dan Iain-lain.
- Latar belakang sekolah dan
guru
Pelaksanaan
aktiviti
Merancang dan memilih
cara yang sesuai untuk memberi pengalaman yang perlu kepada pelajar. Kaedah
pelaksanaan ini dapat dibahagikan kepada dua
- Cara Bersemuka
- Secara individu
- Secara berkelompok
- Secara tidak bersemuka
Penilaian
Penilaian perlu untuk mendapatkan beberapa maklumat penting berhubung
dengan program yang dirancang dan dilaksanakan.
Antara faedahnya ialah:
- Dapat melihat
kesesuaian aktiviti yang dirancang dengan keperluan pelajar.
- Dapat membaiki
program yang telah dirancang agar lebih menepati objektif.
- Dapat merancang
program sambungan untuk mengukuhkan program pertama.
- Dapat membantu
guru-guru bimbingan menilai kemahiran mereka sendiri untuk membolehkan
mereka membaiki dan meningkatkan prestasi mereka.
- Dapat membantu
guru bimbingan merancang bagi mendapatkan pertolongan yang lebih khusus
untuk kepentingan kemajuan program.
- Dapat
menunjukkan tahap kemajuan yang dicapai.
Penilaian terhadap program bimbingan tidaklah mudah seperti menilai
pencapaian akademik yang dapat diukur melalui keputusan peperiksaan. Walaupun
begitu,tidaklah bermakna penilaian tidak dapat dibuat.
- Kesimpulannya, dalam membentuk
perkhidmatan bimbingan di sekolah, guru bimbingan haruslah menjalani satu
proses perancangan yang teliti.
- Ini termasuklah proses
a)
mengumpulkan
maklumat,
b)
menganalisis
maklumat tersebut, menentukan keperluan pelajar,
c)
membina
objektif hasil daripada maklumat yang dikumpul,
d)
memilih
aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif yang dibina, dan
e)
menilai
aktiviti yang telah dilaksanakan.
- Langkah ini ditunjukkan dalam Rajah 2.
Instrumen berkaitan
SENARAI SEMAK MASALAH
PELAJAR
- Guru Bimbingan dan Kaunseling
mengenalpasti masalah pelajar melalui analisis “Borang Senarai Semak
Masalah Pelajar”
- Satu data operasi mengikut senarai semak
masalah pelajar disediakan bagi menentukan kategori pemasalahan pelajar.
- Program dan aktiviti dirancang berdasarkan
senarai semak data operasi masalah pelajar.
- Senarai semak masalah pelajar dilaksanakan
pada awal persekolahan.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling serta PRS
boleh membina hubungan bagi mengenali dan membantu pelajar yang memerlukan
bantuan dan perhatian.
No comments:
Post a Comment