Pages

Monday, 15 October 2012

PERKHIDMATAN BIMBINGAN


PERKHIDMATAN BIMBINGAN


Perkhidmatan Bimbingan
       Merupakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh
       Bukannya pengajaran tetapi ia mungkin dilakukan oleh guru
       Bukan berasingan dari pendidikan tetapi satu bahagian penting daripada keseluruhan program bimbingan
       Satu istilah yang lebih luas daripada kaunseling yang meliputi kaunseling sebagai salah satu daripada perkhidmatannya

Bimbingan Individu
       dapat dijalankan secara spontan atau pun dirancang .
       pada pelajar yang datang secara sukarela berjumpa dengan guru bimbingan kaunseling.
       mendapatkan maklumat, nasihat, panduan atau tunjuk ajar tentang perkara yang mereka tidak faham, keliru atau memerlukan maklumat tambahan.
       khidmat tidak mengambil masa lama, cukup sekadar lima hingga sepuluh minit bagi menjalankan sesi temu bual.
       sekiranya perlu, buat susulan seperti membuat perundingan dengan guru yang terbabit atau berjumpa dengan pelajar

Bimbingan Individu
       Contoh:
       Bimbingan akademik
       Bimbingan kerjaya
       Bimbingan personal
       Bimbingan sosial
       Bimbingan keluarga
       Bimbingan kemahiran

Bimbingan Kelompok Kecil
Menurut Myrick (Zuraidah, 2001),
       bilangan minimum ahli lebih daripada dua orang dan tidak melebihi daripada 15 orang.
       memberi maklumat, panduan dan nasihat.
memberi tunjuk ajar pada beberapa orang pelajar tentang kemahiran
       terpimpin, perbincangan atau menjalankan tugasan yang ditetapkan.
       tidak memerlukan penjelajahan yang mendalam tentang isu-isu yang berkaitan personel atau interpersonal.
       Contoh :Aktiviti bimbingan kelompok kecil seperti melatih pasukan PRS, ahli SLAD

Bimbingan kelompok kecil di kelas
       memberikan maklumat melalui nasihat, panduan, motivasi, tunjuk ajar dan sebagainya sesuai dengan tahap pelajar di kelas tersebut.
       masa yang diambil tidak lama, cukup sekadar 15  hingga 20 minit.
       membuat lawatan ke kelas atau bilik darjah
       Mengambil kelas ganti
       Memasuki kelas yang ketiadaan guru
       'terjumpa' beberapa orang pelajar yang sedang bersembang-sembang, bermain-main atau tidur lena di dalam kelas sebab ketiadaan guru yang masuk mengajar di kelas tersebut,

Bimbingan Individu
       Contoh:
       Bimbingan akademik/ Kemahiran belajar
       Bimbingan kerjaya
       Bimbingan sosial
       Bimbingan kemahiran

Bimbingan kelompok besar
Menurut Myrick (Zuraidah, 2001),
       biasanya mengandungi bilangan ahli melebihi 15 orang.
       mungkin sebuah kelas atau gabungan beberapa kelas. Bilangan ahli kelompok besar boleh mencapai sehingga 150 orang pelajar atau pun lebih.
       guru bimbingan atau guru kaunseling berperanan sebagai fasilitator iaitu memastikan kelompok dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai matlamat.
       guru bimbingan bolehlah meminta bantuan pembantu fasilitator.

Bimbingan kelompok besar
Menurut Myrick (Zuraidah, 2001),
Perlu memberikan perhatian kepada peralatan sokongan seperti
  1. Keluasan bilik/ tempat
  2. Persediaan bahan
  3. alat siaraya
  4. menggunakan wisel atau siren alat pelaung (hailer).
  5. Alat-alat pandang dengar
  6. Peralatan sokongan seperti komputer, cakera padat, projektor LCD dan layar atau skrin putih.

Aktiviti Bimbingan Kelompok Besar
  1. Pengurusan Diri
  2. Kemahiran Pengurusan Masa
  3. Kemahiran Mengingat
  4. Kemahiran Pengurusan Tekanan
  5. Pendidikan Keibubapaan
  6. Kemahiran Menyelesaikan Masalah
  7. Latihan Assertif
  8. Penyesuaian Diri
  9. Kemahiran Menghadapi Peperiksaan
  10. Kemahiran Interpersonal
  11. Kemudian Membuat Nota

Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan
  1. Mengembang inisiatif, tanggungjawab, arahan kendiri dan bimbingan kendiri penuntut.
  2. Mengelak , menjangka dan mencegah krisis daripada bermula dalam kehidupan pelajar.
  3. Menolong pelajar menyesuaikan diri dengan sekolah
  4. Menolong penuntut memperolehi celikakal dan teknik-teknik yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah pada masa hadapan
  5. Memberi maklumat yang tepat supaya ahli dapat membuat perancangan dan keputusan yang wajar
  6. Tumpuan lebih kepada penyebaran maklumat dalam meningkatkan pengetahuan pelajar
  7. Aktiviti sokongan kepada pengajaran guru di dalam kelas.

Bagaimana aktiviti dilaksanakan di sekolah.
  1. GB menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan dalam kelas gantian
  2. GB melaksana pendekatan sebaran perkhidmatan
  3. GB mempamerkan pendekatan hubungan baik dengan pelajar
  4. GB mengadakan perbincangan dengan guru-guru lain
  5. GB melaksana kaedah ‘call them in’
  6. GB membuat pendekatan ‘the developing a desire for counseling’
  7. GB membuat semakan rekod pelajar

No comments:

Post a Comment