Pages

Friday, 17 August 2012

MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN

MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN


Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling  melalui:
  1. kajian keperluan,
  2. soal selidik
  3. temu bual
  4. Pemerhatian dan
  5. perbincangan dengan
            •       pelajar,
       guru-guru,
       kakitangan sekolah,
       ibu bapa dan
       bekas pelajar

Penggunaan Ujian Dalam Bimbingan
5 kategori , setiap 1 boleh diukur oleh 1 ujian atau satu 1 ujian.
  1. Ciri-ciri itu ialah
    1. ujian minat
    2. ujian nilai
    3. ujian personaliti
    4. ujian pencapaian
    5. ujian kecerdasan
    6. ujian kebolehan

Kelebihan dan Limitasi Penggunaan Teknik Ujian
Kelebihan
  1. ujian adalah perlu dalam sesuatu program bimbingan.
  2. mudah digunakan dan merupakan kaedah mengumpulkan maklumat yang menjimatkan.
  3. adalah objektif dan tidak dipengaruhi oleh pertimbangan atau pandangan peribadi penguji;
  4. sesuatu ujian akan menghasilkan maklumat yang sama tidak kira siapa yang mentadbirkan ujian itu.
  5. Ujian menyediakan cara yang penting untuk membandingkan individu kerana ujian menghasilkan keputusan kuantitatif.

Limitasi
  1. ujian memberikan maklumat tentang kebolehan, kepandaian, pencapaian dan Iain-lain, bukannya data yang lengkap.
  2. Ujian kecerdasan meramalkan sejauh mana seseorang itu boleh mencapai kejayaan dalam bidang akademik semata-mata.  Tiada kolerasi…..
  3. Ujian kebolehan memberikan petunjuk penting peluang kejayaan pelajar itu secara relatif . Tiada cukup penerangan tentang cara ….
  4. Inventori minat dan soal selidik personaliti dipengaruhi oleh faktor keinginan sosial
  5. Ujian memberikan maklumat yang relevan tetapi tidak memberikan penyelesaian kepada masalah itu.
  6. Ujian hanya mempunyai nilai diagnostik sahaja.

Ujian Minat
       Adalah kesukaan atau perasaan yang seseorang peroleh atau perkembangkan pada sesuatu perkara, sesuatu benda, sesuatu aktiviti, sesuatu idea, sesuatu binatang atau seseorang manusia.
       Mungkin berbentuk intrinsik atau ekstrinsik, bergantung pada sama ada reaksi seseorang kepada sesuatu perkara, benda, objek, aktiviti, idea, binatang atau orang
       Teori pengukuran minat agak mudah dengan mengandaikan bahawa seseorang yang berminat dalam sesuatu bidang akan mengetahui lebih banyak maklumat tentang bidang
       3 pendekatan yang biasa digunakan dalam pengukuran minat:
       dengan menanyai seseorang
       dengan memerhatikan
       dengan mendapatkan anggaran berasaskan jawapan
     Contoh
            Inventori pemilihan kerjaya Holland (VPI)
            Soal selidik minat kerjaya (SDS)
            Self-Directed Search (SDS)

Ujian Nilai
Ujian ini adalah alat pengukur yang dapat digunakan bagi mengukur pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negatif ataupun neutral berdasarkan keutaman masing-masing.
Contoh:
1.         Inventori nilai
2.         Soal selidik nilai pekerjaan
3.         Inventori suasana bekerja. 

Ujian Personaliti
       Ada sekurang-kurangnya tiga makna yang berbeza tentang apa yang dinamakan personaliti:
1.         gabungan kualiti fizikal dan mental, prinsip, aspirasi, cita-cita, aptitud, dan minat yang menggambarkan sifat seseorang;
2.         struktur dan pola keseluruhan tingkah laku individu;
3.         kesan sosial dan psikologi tingkah laku seseorang terhadap orang lain.
       Personaliti dianggarkan secara tidak langsung dengan memerhatikan bagaimana seseorang bertindak atau berkelakuan apabila berhadapan dengan situasi yang berbeza.
Contoh Ujian Personaliti
1.         Inventori Personaliti Sidek
2.         Inventori Personaliti Warna
3.         Inventori Gaya Bercinta
4.         Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

Data Pencapaian
       ialah markah yang diperoleh dalam mata-mata pelajaran sekolah, peperiksaan am, ujian pencapaian pendidikan yang distandardkan, pencapaian khusus yang ditunjukkan dalam kursus-kursus yang berorientasikan pemeriksaan kerjaya yang teliti, dan aktiviti luar bilik darjah (aktiviti kokurikulum).
       Markah yang diperoleh dalam Ujian Pencapaian yang telah distandardkan

Ujian Kecerdasan
     Kecerdasan ialah kebolehan melihat hubungan, kebolehan untuk belajar, kebolehan untuk menyelesaikan masalah, atau kebolehan untuk menyesuaikan kaedah dengan pencapaian sesuatu matlamat atau tujuan.
       Diukur secara dengan memberikan individu satu siri masalah yang penyelesaiannya dianggap memerlukan penggunaan kecerdasan.

Ujian Aptitud
       Aptitud ialah potensi untuk berkembang dalam sesuatu lapangan atau bidang. (bakat dan kecenderungan, kecerdasan ialah keupayaan mental)
       Aptitud diukur secara tidak langsung, sama seperti cara mengukur kecerdasan, iaitu diukur dengan memberi individu satu kumpulan soalan atau masalah untuk diselesaikan.
       Jawapan yang diberikan selanjutnya dimarkah dengan menggunakan kunci yang disediakan dan markah dibandingkan dengan norma untuk ujian itu.
       Aptitud individu diperoleh dari markah yang diperolehnya dalam ujian itu dibandingkan dengan orang yang dianggap telah berjaya dalam bidang itu.

MENGENALPASTI KEPERLUAN MURID DAN UJIAN PERSONALITI



MENGENALPASTI KEPERLUAN MURID DAN UJIAN PERSONALITI

Inventori Individu
       perkhidmatan yang melibatkan penyelidikan, pengkajian, pengumpulan, penyimpanan, dan pengendalian maklumat tentang individu dalam bentuk kekal dan kumulatif.
       Data tentang individu boleh diperoleh melalui berbagai-bagai cara, misalnya, melalui penggunaan ujian tara, skala pemeringkatan, inventori, laporan penglibatan dalam aktiviti kurikular dan kokurikular, laporan tentang pengalaman bekerja, pemeriksaan fizikal, laporan anekdot, lawatan ke rumah, pengisian borang oleh pelajar dan ibu bapa pelajar, dan temu bual.
       Data ini boleh direkodkan atau difailkan dalam satu borang yang direka bentuk khas untuk memberikan gambaran keseluruhan keperibadian pelajar itu sebagai seorang individu.

Inventori Individu
  1. Menyediakan fail-fail bimbingan .
  2. Mengumpulkan segala data yang ada hubung kaitnya dengan pelajar
  3. Mengumpulkan serta merekodkan segala butiran yang berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
  4. Menyelaras, menjaga, dan mengemaskinikan rekod pelajar.
  5. Memberikan maklumat yang objektif tentang pencapaian, kemajuan, dan prestasi pelajaran bagi setiap pelajar untuk tujuan pemulihan.
  6. Menjalankan kaji selidik yang difikirkan perlu dan berguna untuk perkembangan pelajar.

Inventori Individu
       Untuk memberikan bimbingan dan kaunseling yang berkesan
       dua set pemboleh ubah perlu diteliti iaitu
       fakta tentang individu yang sedang diberikan bimbingan atau kaunseling,
       fakta tentang masalah yang dihadapinya, sama ada peribadi, pelajaran, atau vokasional, atau kombinasi ketiga-tiganya.

Inventori Individu
       Rekod Komulatif
       Latar Belakang Keluarga dan Maklumat Peribadi
       Keadaan Kesihatan dan Kedudukan Fizikal
       Sejarah Persekolahan dan Rekod Pencapaiannya
       Kecenderungan, Kesukaan, Kebencian dan Rancangan Masa Depannya
       Aktiviti Sosial dan Rekreasi di Luar Sekolah
       Perkembangan Sosial dan Status Emosi

Inventori Individu
Kepentingan:
Malek Muhamat Said (2007),
perkhidmatan inventori dalam bimbingan dan kaunseling sangat mustahak dalam membantu pelajar bukan sahaja untuk mengenali dirinya, tetapi juga untuk menentukan arah tuju masa depan pelajar tersebut.

Inventori Individu
Kepentingan:
Malek Muhamat Said (2007),
  1. Sumber data dan maklumat pelajar yang lengkap
  2. Rujukan sekiranya diperlukan
  3. Maklumat awal untuk intervensi
  4. Mudah mengenalpasti pelajar bermasalah
  5. Mengenalpasti calon-calon
  6. Maklumat sokongan pihak sekolah

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

Jenis perkhidmatan adalah tidak sama seperti bidang tugas guru bimbingan dan kaunseling.
Dalam paparan ini, perkhidmatan akan dibincangkan satu persatu bagi memudahkan kefahaman. Susunan perkhidmatan yang dipaparkan bukanlah satu yang rigid.



Perkhidmatan Pengumpulan dan  Penyebaran Maklumat
Mengumpul Data dan Maklumat Pelajar
       Data dan maklumat pelajar adalah aset perkhidmatan
       Dikumpul secara sistematik, disimpan dengan baik, dipelihara dan digunakan secara beretika.
       Dikumpul melalui teknik ujian dan bukan ujian
       Maklumat Teknik Ujian dan Teknik Bukan Ujian

Teknik Ujian
       Penggunaan ujian psikologi yang piawai
       Digunakan untuk mengukur personaliti, nilai atau minat individu
       Digunakan untuk mengumpul maklumat data atau maklumat  pelajar
Teknik Bukan Ujian
       Adalah soalselidik, senarai semak, kad kumulatif, temubual, pemerhatian, rekod anekdot, tinjauan, kajian dokumen, sisiometrik dan sosiogram (Mohd Salleh, 1993)
       Kad rekod persekolahan ialah alat mengumpul data dan maklumat pelajar dengan menggunakan kad kumulatif. (Kad 001)

Sumber Maklumat
  1. Diri sendiri.
  2. Sekolah-sekolah di sekitar
  3. Pertandingan di kalangan pelajar sekolah
  4. Pameran kerjaya
  5. IPTS/IPTA
  6. Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan dll
  7. Kedai buku.

Jenis-jenis dan Kategori Sumber Maklumat
  1. Poster
  2. Risalah
  3. Pamplet
  4. Brosur
  5. Carta
  6. Streamer
  7. Kad-kad Perkhidmatan
  8. Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan

Sumber Poster
  1. Membuatnya sendiri.
       Usaha Guru Bimbingan, Bengkel Majlis Guru Bimbingan PPD, Bantuan ahli-ahli Kelab Bimbingan.
  1. Pertukaran dengan sekolah-sekolah di sekitar
       Dalam PPD, Sekolah kelompok.
  1. Melalui pertandingan di kalangan pelajar sekolah
       Pertandingan Poster, Buku Skrap, Penulisan
  1. Pameran kerjaya oleh IPTA/IPTS
       Brosure, Poster
  1. Memohon maklumat melalui IPTS/IPTA
       Menulis surat permohonan, Melalui emel web IPT
       Pameran Pendidikan Pengajian Tinggi
  1. Merujuk Jabatan Penerangan
       Poster Nilai Murni, Budaya Negara
7.                7.      Tempahan.

Strategi sebaran maklumat
Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah, iaitu:
1     Secara langsung atau bersemuka
  1. Ceramah
  2. Perhimpunan Mingguan
  3. Mesyuarat Guru
  4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  5. Majlis Bimbingan Daerah
  6. Hubungan Personal dengan Ketua Kelas
  7. Guru Ganti
  8. Kelab Bimbingan

2    Secara tidak langsung atau tidak bersemuka
  1. Poster
  2. Risalah
  3. Pameran
  4. Majalah Sekolah
  5. Kad-kad Perkhidmatan
  6. Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan
  7. Radio Sekolah
  8. Web Sekolah
  9. Blog Guru Bimbingan

Strategi sebaran maklumat
Bilik Kaunseling Bermaklumat
       Hasil kreativiti guru bimbingan dan kaunseling
       Hasil kerja murid
       Bahan secara percuma
       Bahan IPT
       Bahan dibeli melalui penerbitan
       Langganan majalah.