Pages

Saturday, 21 May 2011

TERAPI SENI

TERAPI SENI
DEFINISI
       Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni mengintegrasi bidang perkembangan manusia, seni visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi.


MATLAMAT
       Membolehkan kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka
       Membolehkan kanak-kanak menyuarakan perasaan atau emosi mereka yang terpendam
       Membolehkan kanak-kanak belajar menguasai  pengalaman yang telah atau sedang mereka lalui


JENIS-JENIS
       Melukis
       Mengecat menggunakan berus
       Mengecat menggunakan jari
       Kolaj
     "Construction or sculpture"

Many of the suggestions given for drawing, painting and collage can be adapted for construction work or sculpture. For example, the counsellor might say 'Make a tree to represent you'




These media fit into a group because they can be used in similar ways and, if desired, they can be used together.

Kathryn dan David Gerdard (2002)


Untuk membantu memudahkan aktiviti melukis ini, aktiviti 'warm up' boleh digunakan. Contoh aktiviti 'warm-up' ini ialah seperti 'Chasey' dan Mr Squiggle'.


rujukan tambahan: http://www.youtube.com/watch?v=Dej22djjBrw&feature=related


























Wednesday, 18 May 2011

Intervensi kaunseling kanak-kanak



sumber rujukan: Kathryn Geldard & David Geldard (2002). 

Tuesday, 17 May 2011

PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Dalam proses perkembangan Kaunseling Kelompok, terdapat beberapa fasa atau peringkat yang perlu berlaku dan perlu dilalui oleh kaunselor dan klien-kliennya untuk memastikan sesuatu Kaunseling Kelompok itu mencapai kejayaan serta keberkesanannya.


Fasa-fasa yang perlu berlaku dalam proses Kanseling Kelompok ialah fasa pengenalan atau permulaan, fasa konflik dan konfrontasi, fasa perkembangan dan bersepadu, fasa hasil dan akhir sekali ialah fasa penamatan.
Setiap fasa-fasa dalam proses perkembangan Kaunseling Kelompok ini mempunyai sifat-sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri dalam menentukan sesi Kanseling Kelompok itu mencapai matlamatnya.

FASA PENGENALAN DALAM PROSES KAUNSELING KELOMPOK
Fasa yang pertama ialah fasa pengenalan atau peringkat permulaan. Peringkat ini biasanya akan dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli kelompok. Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan masih diragui. Selain itu, ahli-ahli kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi  itu dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu (Zuraidah,1999).
Matlamat dan tujuan utama fasa pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok dan  membina asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini juga, ahli-ahli kelompok dengan kaunselornya boleh membina hubungan yang mesra, terbuka , bebas, ikhlas  serta jujur  di mana hubungan ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam menghadapi dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi (Malek,2007).

Tugas-tugas ahli pada peringkat permulaan
  1. Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti diri dengan komitmen kepada kelompok.
  2. Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli kelompok supaya mereka berasa lebih selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi kelompok berlangsung.
  3. Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok.


Peranan Pemimpin pada peringkat permulaan
  1. Memulakan proses  berkenal-kenalan antara satu sama lain.
  2. Menjadi model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan, penerimaan tanpa syarat, kejujuran, keterbukaan dan lain-lain.
  3. Pemimpin mesti membuat penstrukturan
  4. Pemimpin juga perlu membantu mengenal pasti matlamat kelompok
  5. Pemimpin perlu menjelaskan soal peranan dan batas-batas kemampuan serta etika setiap ahli daripada segi penglibatan dalam kelompok.
  6. Pemimpin juga perlu mengajar kemahiran komunikasi asas kepada ahli lain seperti kemahiran mendengar dan memberi respon.


FASA KONFLIK
Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas peringkat pertama iaitu selepas fasa pengenalan atau orientasi. Menurut  Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan kegagalan kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu.
Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi ‘bertopeng”, berasa gemuruh, ragu dan berasa tidak selamat. Akibatnya, timbullah tingkah-tingkah laku yang bertentangan seperti menarik diri, berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan rendah diri. Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara sinis.
Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.
  1. Konflik yang berpunca daripada dalaman diri ahli.
  2. Konflik yang wujud antara ahli kelompok.
  3. Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin kelompok.


Beberapa tanda-tanda peringkat konflik.
  1. ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta kaunselor di luar kelompok
  2. ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi rakan lain,
  3. ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong,
  4. ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak berfaedah,
  5. ahli kurang rela mengambil bahagian,
  6. ahli yang mula datang lewat dan tidak hadir, enggan bercakap dan sengaja mendiamkan diri serta ahli berasa kecewa kerana matlamatnya tidak diberi perhatian.


Peringkat ini merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi kaunselor tetapi dia harus sedar bahawa kehadirannya adalah penting bagi kelompok. Kaunselor perlu mantap menguruskan kelompok yang menghadapi konflik dengan cara yang sesuai dan berkesan. 

Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya
  1. Bersikap positif
  2. Mendengar dengan aktif
  3. Buat rumusan berkaitan perbezaan pendapat
  4. Nilai kesan konflik kepada anda dan kelompok
  5. Guna teknik yang sesuai



FASA BERSEPADU
Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa bersepadu yang merupakan peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan bersama. Ini disebabkan ahli-ahli dalam kelompok mula berasa selesa dan boleh berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka. Menurut Ida Hartina (2006), peringkat ini memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu sama lain dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama, saling percaya, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Ahli-ahli mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan berbincang akan menghasilkan banyak pendapat, idea dan pengetahuan yang sekaligus dapat membantu ahli sendiri.

Ciri-ciri fasa ini 
  1. kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan dan keselesaan di kalangan ahli-ahli. Menurut Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam komunikasi terbuka, menerokai masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan bekerjasama memberi pendapat yang jujur .
  2. Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006), berlaku interaksi yang lebih bebas dan berterus-terang.
  3. Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara yang ingin dibincangkan.
  4. Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan membuat pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok itu.
  5. Wujudnya empati, jujur, ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang.
  6. Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1999) ahli-ahli kelompok akan mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya pada peringkat ini, ahli mementingkan norma-norma kumpulan.
  7. Maklumbalas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan defensif atau kecil hati.


Kaunselor yang berfungsi sebagai pemimpin juga memainkan peranan
  1. membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang meningkatkan perpaduan dan produktiviti.
  2. bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat dikongsi di kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik sahaja.
  3. memodelkan sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli.
  4. mendorong, menggalak dan menyokong kesediaan ahli mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
  5. menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.



 FASA KEJAYAAN
Salah satu peringkat yang penting dalam kaunseling kelompok ini ialah peringkat keempat iaitu Fasa Kejayaan.  Menurut Tang Chee Yee (1989), Fasa kejayaan ini juga turut dikenali sebagai Fasa penyelesaian masalah. 

Peringkat ini memecahkan masalah dan semua mesti terlibat dan sama-sama merancang.  Ahli-ahli diberi peluang menyelidik masalahnya lebih dekat, berbincang tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkahlaku baharu. Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat sekali.  Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti.

Kaunselor dalam fasa ini haruslah pandai memainkan peranannya terutama dalam memastikan kejayaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya kaunselor dapat membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang telah dikenal pasti.



FASA PENAMATAN

Fasa Penamatan berlaku apabila keseluruhan sesi perjumpaan kelompok telah mengisi keperluan kelompok atau ahli.

Penamatan ini memang disedari oleh ahli kerana mereka telah diberitahu sejak awal lagi tentang bilangan sesi yang akan dijalankan.
Seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan. Kaunselor harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan bagi menamatkan hubungan dalam kaunselingnya.

Fungsi kaunselor pada fasa ini ialah
  1. Membuat rumusan perjalanan sesi kelompok.
  2. Membantu ahli menangani perasaan berkaitan penamatan atau feelings related.
  3. Membuka peluang kepada ahli bagi menyelesaikan unfinished business dalam kelompok.
  4. Menekankan semula kepentingan menjaga kerahsiaan sesi walaupun selepas sesi berakhir.
  5. Mengenal pasti ahli yang memerlukan sebarang sesi lanjutan.

Ketua kelompok yang sentiasa peka dengan perkembangan ahli-ahlinya akan menjadi orang pertama yang menyuarakan supaya kelompok itu ditamatkan pada masa yang sesuai dan ditetapkan selepas merasakan matlamat kelompok telah tercapai.
Ketua kelompok akan cuba mengingatkan ahli-ahli kelompok bahawa sesi telah hampir kepada penamatan.
Dengan itu, keseluruhan kelompok akan cuba pula untuk menyesuaikan dengan keadaan dan bersedia untuk berpisah.



Sumber rujukan:
Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin kaunseling kelompok. Kuala Lumpur. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn Bhd.
Malek Mohamat Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar (2002), Pengantar Bimbingan dan Kaunseling. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tang Chee Yee (1989). Bimbingan dan kaunseling-perkhidmatan, prosedur dan kemahiran.Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Zuraidah Abdul Rahman (1999), Pengenalan Kaunseling Kelompok. IBS Buku Sdn. Bhd. Selangor.




Jenis-jenis Kaunseling Kelompok

Kelompok Kaunseling
Menumpukan perhatian yang lebih terhadap individu daripada pokok permasalahan. (Mahler,1969).
Proses pemulihan dan mempercepatkan masalah individu itu  diputuskan atau di atasi bersama kelompok. Lebih sesuai bagi mereka yang mengalami kesukaran, atau rasa tidak puas hati ataupun mereka yang memiliki tingkahlaku ketewasan diri.

Kelompok Bimbingan
memberikan pertolongan kepada individu untuk mengenali, menemui dan menyelesaikan masalah-masalah serta membina kemahiran-kemahiran untuk membuat pilihan dan pertimbangan dalam tiap-tiap tahap perkembangan hidupnya.
Diertikan sebagai peringkat-peringkat perkembangan bimbingan atau program personalia yang dilaksanakan dalam kelompok individu dan tidak lagi antara seorang kaunselor dengan klien.

Kelompok terapi
Kelompok yang khusus tentang orang-orang sakit jiwa atau terganggu perasaan sehingga menjadi tidak normal ataupun kurang siuman akibat daripada tingkahlaku dan fikiran yang tidak rasional.
Banyak melibatkan rawatan-rawatan terhadap pesakit jiwa maka ketua-ketua kelompok adalah orang yang bertanggungjawab akan membentuk campurtangan yang lebih mendalam dan serius.(Liebergman, Yalom dan Miles 1973)

Kelompok-T (Latihan)
Diambil sempena daripada awal perkataan latihan (training) iaitu T.
Lebih berorientasikan tugas serta menumpukan perhatian kepada bagaimana kelompok itu berfungsi serta mendidik peserta-peserta supaya menjadi seorang ahli kelompok yang baik.

Kelompok pertemuan atau kepekaan
Lanjutan daripada Kelompok-T yang memusatkan pada isu peribadi dan sesama peribadi, pertumbuhan dan peribadi seorang individu –dikatakan lebih menekankan kepada dalaman diri bukan sahaja kepada kemajuan kelompok sebaliknya terhadap individu.
Memberikan kesejahteraan, individunya berfungsi dengan baik, berpeluang meneroka dan mengenali potensinya dalam bentuk keadaan diri dan hubungan sesama peribadi.

Kelompok Tegas Diri
Menolong ahli-ahli yang kurang tegas seperti berani menyatakan hal-hal yang tertentu, yang tidak berani menyuarakan perasaan tidak puas hati, kurang arif untuk bertindakbalas dan sentiasa membenarkan orang lain memperalatkannya.
Untuk individu-individu yang memerlukan latihan bagi menegaskan diri dan hak-hak mereka dengan cara yang tidak agresif.

Kelompok Kaunseling Kerjaya
menumpukan perhatian kepada aspek maklumat tentang pelbagai jenis kerjaya serta menerokai pelbagai bidang pekerjaan dari segi minat, kebolehan serta maklumat-maklumat mengenai satu-satu kerjaya dan bantuan untuk membuat keputusan terhadap kerjaya.


bahan sokongan: http://www.counseling.org/Resources/Library/ERIC%20Digests/94-02.pdf

Wednesday, 11 May 2011

TERAPI BIBLIO

Apa itu Terapi Biblio?
Bibliotherapy is the use of books in counselling to support client change.
KARIN KRAMER , 2006

Bibliotherapy generally refers to the use of literature to help people cope with emotional problems, mental illness, or changes in their lives (Pardeck, 1994), or to produce affective change and promote personality growth and development.
(Lenkowsky, 1987; Adderholdt-Elliott & Eller, 1989).

Matlamat terapi biblio
  1. Menggunakan buku untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak kepada kepercayaan dan tingkahlaku mereka.
  2. Menyelesaikan isu seperti ‘protective behavior’, ‘ strange danger’, secret and inappropriate touching’
  3. Meneroka pilihan mengenai tingkahlaku masa hadapan. Contohnya, buku boleh menggalakkan kanak-kanak mengatakan ‘Tidak’ kepada orang yang tidak dikenali.
  4. Menyemak sama ada kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk mengatakan ‘Tidak’ seterusnya membantu kanak-kanak membuat latihan berkata ‘Tidak’ dengan suara yang lantang.
  5. Mengajar dan belajar tingkahlaku yang sesuai.
  6.  Jika menggunakan buku untuk tujuan pengajaran, berikan buku kepada pelajar untuk dibawa pulang dan berkongsi dengan keluarga.

The Helping Process
The process goes through four basic stages:
  1. identification,
  2. selection,
  3. presentation, and
  4. follow-up.
(Pardeck, 1993):
The Helping Process
  1. Identify student needs - through observation, parent conferences, student writing assignments, and the review of school records.
  2. Match the student(s) with appropriate materials.  Find books which student needs have been identified.  Keep the following in mind:
a)      The book must be at the student's reading ability level,  must be at interest level appropriate to the maturity of the student,  theme should match the identified needs of the student, characters should be believable, The plot of the story should be realistic and involve creativity in problem solving.
  1. Decide on the setting and time for sessions, and how sessions will be introduced to the student.
  2. Design follow-up activities for the reading (e.g., discussion, paper writing, drawing, drama).
  3. Motivate the student with introductory activities.
  4. Engage in the reading, viewing, or listening phase.
  5. Take a break or allow a few minutes for the student to reflect on the material.
  6. Introduce the follow-up activities.
  7. Assist the, student in achieving closure through discussion and a listing of possible-solutions, or some other activity.

TERAPI MUZIK

TERAPI MUZIK DALAM KAUNSELING KANAK-KANAK
Music therapy is a health profession using music therapeutically to address physical, psychological, cognitive, spiritual health and social functioning.

MATLAMAT
       Pengurusan tingkah laku
       Meningkatkan penglahiran perasaan
       Mempertingkatkan harga diri
       Mempertingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
       Memperkembangkan emosi
       Memudahkan komunikasi interpersonal &  intrapersonal

TERAPI SENI

TERAPI SENI
DEFINISI
       Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni mengintegrasi bidang perkembangan manusia, seni visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi.

MATLAMAT
       Membolehkan kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka
       Membolehkan kanak-kanak menyuarakan perasaan atau emosi mereka yang terpendam
       Membolehkan kanak-kanak belajar menguasai  pengalaman yang telah atau sedang mereka lalui

JENIS-JENIS
       Melukis
       Mengecat menggunakan berus
       Mengecat menggunakan jari
       Kolaj
      Constrution


Construction or sculpture.
many of the suggestions given for drawing, painting and collage can be adapted for construction work or sculpture. For example, the counsellor might say 'Make a tree to represent you'


How to use drawing and painting:
some children find it difficult to get started when they are invited to draw or paint. This may be because of a number of reason.
To deal with a child's difficulty in getting started we can use warm-up exercises. Warm-up exercise often being used are known as 'Chasey' and 'Mr Squiggle' 
Sumber: Kathryn and David Geldard (2002) pg. 163.
Sumber tambahan: http://www.youtube.com/watch?v=Dej22djjBrw&feature=related

TERAPI BERMAIN

TERAPI MAIN
Play therapy is generally employed with children aged 3 through 11 and provides a way for them to express their experiences and feelings through a natural, self-guided, self-healing process. As children’s experiences and knowledge are often communicated through play, it becomes an important vehicle for them to know and accept themselves and others.

MATLAMAT
       Membina hubungan kaunseling dengan kanak-kanak yang degil atau pemalu
       Membantu kanak-kanak meneroka respon mereka terhadap larangan, had dan harapan orang lain
       Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari kekuatan dan kelemahan mereka
       Melatih kanak-kanak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sendiri

Terapi Bercerita

APA ITU TERAPI BERCERITA?
  1. Merupakan pemulihan emosi melalui bahan cerita yang bertema
  2. Tema ditentukan bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai
  3. Klien dapat meluahkan perasaan melalui watak-watak yang diceritakan

MATLAMAT APABILA MENGGUNAKAN CERITA
MATLAMAT UMUM
  1. Membantu kanak mengenalpasti tahap kebimbangan atau distress dengan mengenalpasti watak atau situasi dalam cerita tersebut.
  2. Membantu kanak-kanak mengenalpasti tema dan emosi yang berkaitan yang berlaku dalam hidup mereka. Contoh: kanak-kanak yang takut ditinggalkan keseorangan, dengan menyedari perasaan ini, kanak-kanak boleh menyediakan cara untuk menghadapi isu yang amat ditakutinya.
  3. Membantu kanak-kanak memikir atau meneroka alternatif bagi menyelesaiakan masalahnya. Matlamat boleh dicapai dengan menukar cerita supaya kanak-kanak mendapat hasil yang berbagai.
 MATLAMAT KHUSUS MENYEDIAKAN CERITA
  1. Membantu kanak-kanak melahirkan pandangan, harapan dan fantasi. Ini sangat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai pengalaman yang menyakitkan dan sering memberikan cerita yang tidak benar untuk mengelakkan kesakitan.
  2. Dengan menggunakan ‘story telling’ kaunselor akan membantu kanak-kanak menyedari bahawa cerita mereka adalah tidak benar tetapi hanya satu cerita yang memperlihatkan gambaran dirinya sendiri.
  3. membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar.
  4. membantu meningkatkan kreativiti klien menerusi cerita yang disampaikan secara kreatif dan spontan.
  5. pelajar dapat menyampaikan cerita secara berkesinambungan.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN CERITA.
  1. Bercerita adalah interaktif proses antara kanak-kanak dan kaunselor. Biasanya kanak-kanak tidak suka menulis semasa sesi kaunseling.
  2. Jadikan penceritaan mereka satu yang mudah, menghiburkan, dan sebagai pengalaman yang kreatif dan positif.
  3. Biasanya apabila kanak-kanak mula bercerita, kita mula menulis cerita tersebut dalam kertas mahjong.
  4. Kadang kala kita juga menggunakan pita rakaman.
  5. Kanak-kanak biasanya memerlukan ‘modelling’ daripada kaunselor sebelum mereka boleh menceritakan cerita  mereka dengan lancar.
  6. Kaunselor memulakan cerita kemudian disambung oleh seorang peserta lain dan semua peserta mengambil bahagian untuk bercerita. 
  7. Kaunselor fokus kepada seorang peserta yang difikirkan bermasalah berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
  8. Kaunselor membuat penerokaan terhadap peserta tersebut bagi mengenalpasti isu sebenar bagi tujuan merawat.
  9. Rakan-rakan lain mengambil bahagian dengan meneroka melalui pelbagai soalan.
Kathryn dan David Geldard (2002) telah menggabung 'books and stories' di dalam satu tajuk yang sama. Oleh itu dicadangkan pembaca membuat rujukan 'biblioterapi' dari sumber lain bagi meningkatkan kefahaman.

The Process of child therapy


Sumber: Kathryn & David Geldard (2002) pg 43.

Kemahiran Asas Kauseling

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
DORONGAN MINIMA
          Satu tindak balas spontan yang sedikit samada secara verbal atau non-verbal daripada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling (Abdul Ghani Sulaiman, 2003)

KONFRONTASI
          Menghujah seseorang dengan kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku.

KEMAHIRAN MENDENGAR
          Menurut  Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin (2003), mendengar secara aktif merupakan suatu kemahiran yang memerlukan kebolehan luar biasa.
          Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang aktif.

KEMAHIRAN MENYOAL
       satu cara yang digunakan oleh kaunselor untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan.
Terdapat 2 jenis bentuk kemahiran menyoal:
       Soalan tertutup
    • Soalan terbuka


KEMAHIRAN PARAFRASA
       Respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor dinyatakan semula dalam ayat yang pendek, padat dan mudah.

KEMAHIRAN KESENYAPAN
          Kesenyapan berlaku apabila penghentian sementara dalam perbualan . Berlaku di antara jangka masa perbualan kaunselor dan klien.

KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI
       menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh klien selepas dapat memahami maksud atau perasaan yang tersembunyi di mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya baik secara sengaja atau pun tidak sengaja.

KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN
          Kaunselor inginkan penjelasan kepada isu atau perkara yang kurang jelas dan memudahkan kaunselor memahami pemikiran dan perasaan klien

MENGINTEPRETASI TINGKAHLAKU BUKAN LISAN

KEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSI
       Kemahiran menyemak persepsi ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang dikatakan oleh klien.

KEMAHIRAN MERUMUS
          satu usaha kaunselor menonjolkan perkara-perkara penting atau terma-terma utama mengandungi isi dan perasaan klien semasa proses perundingan dibuat.
          merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien.
(Mizan & Halimatun, 1996)

KEMAHIRAN REFLEKSI
       Menurut Muhd Mansor dan Siti Nordinar (1996), membuat refleksi membolehkan kaunselor menggambarkan bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan oleh kliennya.
       refleksi perasaan
       refleksi pengalaman
       refleksi isi 

bacaan tambahan akan membantu anda mendapat pemahaman yang lebih mendalam. sumber rujukan lain 



Tahap-Tahap Dalam Kaunseling Individu

Terdapat pelbagai pandangan mengenai tahap-tahap dalam sesi kaunseling. Perbezaan tahap ini adalah bergantung kepada pendapat penulis atau pengkaji itu sendiri.

TAHAP-TAHAP KAUNSELING

PRASESI
Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan & Halimatun)
Persediaan merangkumi aspek:
                (a) situasi di mana khidmat kaunseling diberikan.
                (b) jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela.)
Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memastikan sesi kaunseling berjalan lancar.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah:

  1. Menyediakan borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat latarbelakang murid,borang temujanji, borang rujukan dan lain- lain.
  2. Maklumat latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin dibincang,rujukan kes dll.
  3. Menyemak  diskripsi tugas klien.
  4. Menyemak rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
  5. Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.

MEMBINA HUBUNGAN
Shertzer dan Stone (1968) –
menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi menolong.


Tujuan :

  1. menimbulkan kemesraan, keakraban, saling   mempercayai , membina keyakinan dan membentuk suasana selamat serta selesa antara kaunselor dan klien
  2. Membina persefahaman yang baik
  3. Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong
Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan
          Suasana terapeutik
          Ruang untuk berkomunikasi
          Penampilan diri
          Ekspresi muka
          Pertemuan mata
          Cara duduk dalam sesi kaunseling
          Pergerakan tangan dan kaki


Menurut Sipora (2003), sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah pembolehubah penting, persekitaran fizikal yang kondusif, dilengkapi perabot dan susunan yang selesa adalah asas menggalakkan perhubungan. Kemesraan kaunselor akan menunjukkan minatnya, perhatiannya, kerelaa dan kesediaannya terhadap persoalan klien.

Pada tahap ini juga penstukturan digunakan bagi membantu klien mengetahui jangkaan sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling dan memberitahu klien beberapa idea yang terlibat dalam metod dan tujuan kaunseling.



MENEROKA, ANALISIS  MASALAH

Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan, harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran coping yang digunakan
Penerokaan perlu bergerak daripada permukaan (surface) ke  tahap yang mendalam
Tujuan:
          supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul
          membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif
          Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan kelemahan diri


satu perkara penting dalam tahap ini ialah, begitu banyak maklumat mungkin diperolehi, kaunselor perlu membawa klien meneroka satu masalah yang dirasakan penting secara lebih mendalam.


MENGENAL PASTI MASALAH
Tahap klien bersama kaunselor mencapai kesepaduan mengenai masalah yang dihadapi oleh klien.
Klien menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi selama ini.

Sipora (2003) menyatakan dua kemahiran utama yang digunakan oleh kaunselor dalam mengenalpasti persoalan adalah kemahiran mendengar dan meneroka. 
Proses meneroka harus menekankan aspek kemahiran menyoal.


Pada tahap ini 2 tugasan mesti dilaksanakan iaitu:

  1. Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
  2. Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta apakah strategi yang hendak digunakan
Kepentingan tahap ini ialah ia merupakan satu persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Dengan persetujuan ini, maka mudah bagi menentukan satu matlamat yang boleh merungkai persoalan yang dinyatakan. Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan klien.

MEMBINCANG ALTERNATIF
Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif hanya dibincangkan setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas. Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu di ambil.
Jelas di sini bahawa dalam fasa membincangkan alternatif, memerlukan klien membuat keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih. Matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui bersama. Tahap ini akan menyediakan klien untuk merangka alternatif mengikut kemampuannya sendiri yang mana ia akan merasa selesa dalam mengurus masalah yang dialami.

MENGAMBIL TINDAKAN
Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif  tersebut.
Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk melaksanakan tindakan tersebut.
Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan kepada diri klien untuk dilaksanakan.

MENAMATKAN  SESI
Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. (Selepas klien dapat menentu dan memilih alternatif yang dirasakan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya)
Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak lagi memerlukan kaunseling.
Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap diri tidak lagi dapat membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor merujuk klien kepada pihak lain.
Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Penamatan dapat dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat menghadapi masalahnya berdasarkan tindakan yang telah dibincangkan.