Pages

Monday, 21 January 2013

Teori Behavioris

TEORI TINGKAHLAKU
Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan tingkahlaku.
Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien menguasai kemahiran-kemahiran atau tingkahlaku baru.
Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang yang dapat diperhatikan.
Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang oleh masyarakat.

TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL
Ivan Pavlov
Pelaziman klasik bermula dengan beberapa amali. Ianya telah dimulakan oleh Ivan Pavlov yang dilahirkan di Rusia pada (1849) dan meninggal pada (1938).
Dalam pemerhatian semasa beliau mengkaji penghazaman, Pavlor telah mendapati bahawa seekor anjing seringkali mengeluarkan air liurnya apabila makanan tiba.
Bahkan air liurnya mengalir sejak anjing itu mendengar tapak kaki orang yang membawa makanan.
Fenomena ini dinamakan oleh Pavlov sebagai ‘psychic seccretion’, kemudian digantikan dengan ‘condition reflex’ atau pelaziman klasik.

John Watson
John Watson Watson (1878-1958) ialah seorang ahli psikologi Amerika.
Watson menjumpai satu teknik untuk mengkaji hubungan antara tingkahlaku organisma dengan perancangan sekitar.
Pada tahun 1919, Watson mengemukakan prinsip behaviorisme, iaitu mementingkan faktor yang dapat dilihat dan menumpukan kepada tingkahlaku, mengambil sikap yang faktor persekitaran sebagai terlibat dalam pembelajaran dan memahami peranan penting dalam tingkahlaku manusia.
Satu ujikaji yang dijalankan oleh Watson dan Reyner (1920) ialah ke atas kanak-kanak Albert diberi bermain dengan tikus putih (ini ialah gerakbalas tak lazim).

B.F. Skinner
Skinner telah melakukan kajian untuk mengilustrasikan konsep ini dengan berkesan.
Kajian Skinner dilakukan ke atas tikus yang diletakkan di dalam kotak.
Hasil kajian ini mendapati organisme yang menghadapi keadaan yang aversif tentunya ingin mengelak diri dari kesakitan.
Para penyelidik mendapati lebih lama proses pelaziman ini dilakukan, lebih cekap tikus dapat melepaskan diri dari terkena arus elektrik.
Organisma akan dapat belajar untuk mengelak kesakitan daripada mempelajari sesuatu dari peneguhan positif.


PRINSIP ASAS TERAPI TINGKAHLAKU
  1. Berlandaskan kaedah saintifik
  2. Mengurus masalah semasa klien.
  3. Klien perlu mengambil bahagian secara aktif
  4. Mengajar klien kemahiran dan cara mengurus diri di hadapan kaunselor dengan matlamat dapat melaksanakannya di luar.
  5. Fokus secara terus kepada ‘overt’ dan ‘covert’, mengenalpasti masalah dan menilai perubahan
  6. Penekanan kepada kaedah kawalan diri
  7. Intervensi rawatan secara terus kepada masalah yang spesifik
  8. Pelaksanaan berdasarkan kolaboratif antara kaunselor dan klien
  9. Menekankan aplikasi yang praktikal 

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah :
  1. tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya,
  2. mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia
  3. bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata
  4. mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkahlaku mereka
  5. boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri
(Amir Awang, 1986)

KONSEP-KONSEP UTAMA
Peneguhan
  • Peneguhan merupakan aspek penting dalam pembentukan tingkahlaku:Peneguhan positifPeneguhan negatif
Diskriminasi
•        Merupakan keadaan sebalik generalisasi iaitu kebolehan organisme mengesan serta membezakan rangsangan-ransangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang pelajari.

Pengekalan
•        Konsisten dalam membuat sesuatu yang diingini tanpa bantuan orang lain

Penghapusan
•        Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkahlaku yang tidak dikehendaki.

Hukuman
•        Dilakukan untuk mengubah tingkahlaku seseorang tetapi mempunyai kesan sebaik kesan yang ditinggalkan oleh proses peneguhan negative.


BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH
Tingkahlaku maladaptive dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk meluangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa.
Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptive, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar.
Tingkahlaku maladaptive yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkahlaku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan berikutnya.
Tingkahlaku ini akan menjadi bebanan pada dirinya pada masa-masa akan datang
Individu ini mungkin ingin mengubah tingkahlakunya yang maladaptive, tetapi oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak rangsangan yang tidak selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk melupuskan tingkahlaku  itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.


MATLAMAT KAUNSELING
Matlamat utama terapi tingkahlaku boleh dijelaskan sebagai:
1.        Meningkatkan pilihan dalam menghadapi kehidupan yang lebih selesa
2.        Menyediakan keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk menghapuskan tingkahlaku yang maladaptive (salah suai).
3.        Mengajar klien untuk menguasai tingkahlaku baru yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku yang salah suai.
4.        Pada asasnya kaunselor tingkahlaku ingin membantu klien untuk membuat penyesuaian yang baik iaitu juga matlamat yang diingini oleh klien.
5.        Matlamat perlu dapat dijelaskan secara tingkahlaku.
6.        Membuat modifikasi kepada tingkahlaku yang positif.
7.        Membantu klien mempelajari respons yang produktif serta membentuk dan mencapai matlamat yang jelas dan konkrit.

Peranan Kaunselor
Peranan utama ialah
1.      Kaunselor mempunyai kedudukan sebagai pakar, sebagai guru yang aktif, kerana ia mempunyai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran saintifik yang boleh digunakan bagi mengubati masalah kliennya.
2.      Menjadi model dan contoh untuk diteladani kliennya.
3.      Kaunselor hendaklah mahir dengan semua atau pun dengan kebanyakan daripada teknik-teknik yang digunakan di dalam terapi yang berbagai.
4.      Kaunselor juga harus mempunyai orientasi yang baik ke arah penyelidikan dan statistik agar dapat melaksanakan penilaian dengan objektif.
5.      Membuat penilaian terhadap kemajuan klien sepanjang intervensi
6.      Menyediakan tindakan susulan selepas sesi
7.      Cari lagi…

Peranan Klien
  1. Klien perlu memahami permasalahan yang dihadapi
  2. Menekankan penglibatan aktif klien dalam sesi kaunseling
  3. Bersedia untuk berubah kepada tingkahlaku baru
  4. Mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan
  5. Menetapkan matlamat yang boleh diukur

Proses Kaunseling
  1. Kaunselor perlu membina hubungan yang positif dengan klien
  2. Kaunselor memberikan motivasi kepada klein semasa sesi
  3. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.
  4. Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkahlaku dirinya.
  5. Kaunselor akan cuba melupus bermacam-macam tingkahlaku yang maladaptif
  6. Klien diajar mempelajari tingkahlaku adaptif yang akan berterusan sebagaimana dirancang
  7. Kaunselor perlu menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku
Perancangan persekitaran
  1. Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan beberapa tingkahlaku.
  2. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut.
  3. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi.
  4. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.

Relaxation Training
  1. Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental.
  2. Selepas klien belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari.
  3. Latihan ini memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam
  4. Klien akan diberikan arahan untuk menenangkan diri mereka
  5. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi.
  6. Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada  perasaan dan imej.
  7. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan kerisauan.
Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma, headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder

                                                                           (Cormier & Nurius, 2003)

Systematic Desensitization
  1. Teknik penghapusan deria secara bersistem bermatlamatkan untuk melemahkan hubungan di antara rangsangan-rangsangan tertentu di dalam persekitaran, misalnya dengan gerakbalas risau dan takut klien.
  2. Ini dilakukan dengan mendedahkan klien kepada rangsangan-rangsangan yang menimbulkan rasa takut di dalam keadaan di mana rasa takut itu disekat daripaada muncul melalui tindakan releksasi dan tingkahlaku asertif.
  3. The technique will be employed to reduce the client’s anxiety by counter conditioning through relaxation”.

Latihan Assertif
  1. Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan.
  2. Iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi.
  3. Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor.
  4. Kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerakbalas tegas diri.
  5. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling.

Contingency Contracts
  1. Memahami beberapa tingkahlaku yang dilakukan, diubah atau dihentikan serta ganjaran kejayaan dan keadaan di mana ganjaran yang akan diterima.
  2. Sesuai untuk kanak-kanak kerana orang dewasa akan lebih berhati-hati.

Implosion dan Flooding
  1. Diperkenalkan pada tahun 1960an oleh Thomas Stampfl.
  2. Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu.
  3. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

LATIHAN ASSERTIF
Latihan ini sesuai untuk
  1. Sukar melepaskan perasaan marah
  2. Sukar mengatakan ‘TIDAK’
  3. Merendah diri dan membiarkan diri dimanipulasi orang lain
  4. Bias kepada sosial
Latihan untuk meningkatkan kendiri untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi tertentu.
Juga mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak sendiri.

TOKEN EKONOMI
•        Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk tingkahlaku yang sesuai.
•        Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai peneguhan kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.
Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?
Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan.
Minta bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu memahami konsep dan matlamat ekonomi token.
Memilih tingkahlaku yang mudah mendapat peneguhan
Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku : pengagihan, adil, konsisten


Saturday, 12 January 2013

PSIKOANALISIS


TEORI PSIKOANALISIS
  • Teori ini diperkenalkan oleh Sigmund Freud iaitu seorang pengasas psikoterapi moden. 
  • Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia pada 6 Mei 1856.
  • Pada tahun 1886 Freud memulakan klinik persendiriannya, memberi rawatan khusus kepada pesakit saraf sahaja.
  • Psikoanalisis merupakan satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi.
  • Freud cuba membentuk teknik-teknik  untuk digunakan dalam rawatan neurosis.
  • Freud cuba membentuk teknik-teknik  untuk digunakan dalam rawatan neurosis.
  • Freud sedikit demi sedikit telah mengubah minatnya daripada aspek fizikal saraf kepada penerokaan psikologikal kecelaruan saraf.
  • Perubahan ini telah membolehkan beliau melakukan kajian sepenuh masa terhadap punca-punca psikologikal neurosis.
  • Kaedah yang akhirnya dibentuk dalam teori ini ialah untuk menyelidik sebab-sebab tersembunyi tentang tingkahlaku manusia telah didahului oleh minatnya dalam penggunaan teknik-teknik hinopsis.
  • Bermula dengan teori yang bersifat topografikal.
  • Bermula dengan alam sedar, alam pra sedar, alam tidak sedar
  • Kemudian beralih kepada teori struktural dengan memberi fokus kepada interaksi sistem dalaman individu.
  • Sistem seperti id, ego dan superego


ALAM SEDAR
  • Mengetahui dan memahami alam sekeliling

ALAM TIDAK SEDAR
  • Freud percaya yang tidak semua aspek diri kita diketahui secara sedar
  • Sebahagian besar jiwa manusia ini berada dalam satu ruang yang yang beliau namakan sebagai alam tidak sedar
  • Tidak sedar tentang apa-apa yang berlaku.

ALAM PRA SEDAR
  • Antara alam sedar dan alam tidak sedar.
  • Kadang-kadang sedar, kadang-kadang tidak.
  • Kalau memberi perhatian dan menyedari sesuatu tindakan adalah dianggap sedar
  • Ia tidak ada dalam kesedaran dan tidak pula disedari langsung
  • Apabila perhatian ditumpukan kepada sesuatu bahan di bahagian pra sedar maka ia secara automatik dimasukkan semula ke alam sedar


PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
  • Manusia adalah makhluk sosial.
  • Manusia dilahirkan dengan naluri kebinatangan dan aggresif.
  • Manusia dari awal lagi dilahirkan dengan sifat yang jahat.
  • Keadaan ini mendorong manusia bertindak secara tidak rasional dan tidak logik.
  • Manusia bertindak pada alam sedar, pra sedar dan alam tidak sedar


  • Individu di arah oleh keperluan asas naluri dan biologi.
  • Naluri ini tersimpan dalam satu sistem tenaga (libido)
  • Tenaga ini ada 2 jenis:
  • Tenaga hidup @ naluri hidup (Eros) yang merupakan tenaga seks dan motivasi.
  • Tenaga mati @ naluri mati (Thanatos) yang merupakan dorongan aggresif. Contohnya             seperti merosak diri.
  • Tenaga ini menjadi rebutan antara id, ego dan superego


STRUKTUR PERSONALITI
  • Terdiri daripada id, ego dan superego.
  • Berinteraksi antara satu sama lain dan wujudnya tingkahlaku tertentu yang dikenali sebagai personaliti

o   Id ialah sistem biologi
o   Ego ialah sistem psikologi
o   Super ialah komponen sosial yang berkaitan dengan nilai-nilai moral.

ID
  • Sistem asal dalam diri individu.
  • Wujud sejak lahir sebab itu ianya dikenali sebagai biologi.
  • Bersifat tidak sedar.
  • Bertindak membabi buta dan tiada sistem organisasi yang teratur
  • Mendesak dan memaksa
  • Tidak pernah matang
  • Pentingkan keseronokan dan kepuasan.
  • Contoh remaja yang bertindak tanpa berfikir
  • Apabila id dipenuhi ia kembali menjadi tenang
  • Jika tidak dipenuhi akan menyebabkan ketegangan


EGO
  • Berasal dari id tetapi berbeza daripada id
  • Bersifat realiti, waras rasional dan logik.
  • Mempunyai fungsi kognitif dan inlektual.
  • Mengawal, memilih dan menentukan persekitaran atau naluri mana yang ingin dipenuhi atau dipuaskan.
  • Menjadi orang tengah antara desakan id dan superego berasaskan persekitaran
  • Tugasnya memuaskan kehendak id bukan untuk menghampakan id.


SUPEREGO
  •  Juga berpunca dari id.
  • Diterapkan penentuan-penentuan masyarakat oleh ibubapa atau pengasuh
  • Komponen sosial dan moral
  • Menentukan tingkahlaku baik/buruk @ betul/ salah
  • Bersifat idealistic @ perfectionist (sempurna).
  • Nilai-nilai tradisi serta ideal.
  • Bertanggungjawab menyekat ego dari menurut kehendak id.
  • Menjadi hakim dan menentukan ganjaran (bangga) dan denda (rasa bersalah / rendah diri)
  • Berfungsi untuk:

o   Menyekat desakan id (menjauhi desakan yang dicemuh masyarakat)
o   Memujuk ego (menukar reality kepada moral)
o   Berusaha ke arah mencapai kesempurnaan

KERISAUAN
  • Sekiranya ego gagal memenuhi kehendak id, ego akan didenda (rasa bersalah).
  • Kalau dapat dipenuhi kehendak id (ketenangan)
  • Kegagalan memenuhi kehendak id menyebabkan ego mengalami kerisauan
  • 3 jenis kerisauan

1.  Kerisauan reality ; Wujud kerana adanya 1 ancaman nyata (benar @ persekitaran)
2.  Kerisauan moral ; Wujud dari hati nurani @ conscience. Merasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai moral/ masyarakat
3.  Kerisauan neurotic ; Rasa bimbang yang keterlaluan sehingga tidak dapat dikawal

HELAH BELA DIRI
  • Proses psikologi untuk

o   Mengurangkan penderitaan ego
o   Membantu ego mempertahan diri dari desakan id
o   Mempertahankan diri daripada cemuhan superego.

REPRESI
  • Terpenting dalam teori freud
  • Asas kepada HBD lain dan seterusnya
  • Represi ialah benteng yang menyingkirkan pemikiran.
  • Peristiwa disingkir melalui pendaman.
  • Sukar dihapuskan dan biasanya berkekalan dalam diri individu


PENYANGKALAN
  • Penafian/ penolakan reality
  • Berlaku pada alam sedar/ dan pra sedar
  • Cth: Oh! No…


PEMBETULAN REAKSI
  • Cara mempertahankan diri dari ancaman dengan memperlihatkan reaksi bertentangan
  • Untuk mengawal emosi
  • Cth: Benci tetapi kasih/ sedih tapi ketawa


PROJEKSI
  • Membalikkan desakan dan keinginan oleh diri sendiri kepada orang lain.
  • Cth: Bukan saya tapi dia yang suka marah-marah.


PENYALURAN
  • Mengawal kerisauan dengan melepaskan desakan itu kepada sasaran lain yang lebih selamat.
  • Cth: Rasa marah kepada rakan disalurkan kepada isteri.


RASIONALISASI
  • Cara memberi alasan atau sebab gagal.
  • Cth: tidak dapat keputusan baik kata soalan susah 

SUBLIMASI
  • Cara melepaskan tenaga @ agresi ke jalan diterima oleh masyarakat
  • Cth: nak tumbuk orang tetapi pilih jalan tumbuk orang jahat


REGRESI
  • Menyorot kembali ke peringkat perkembangan lebih awal
  • Situasi mengamcam individu memperlihatkan tingkahlaku tak sesuai dengan umur.
  • Cth: terlalu takut menangis seperti kanak-kanak.


PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI
Peringkat oral

·         Bermula sejak lahir hingga 18 bulan, hanya ada id.
·         Menyusu melalui ibunya (dia mendapat kepuasan ) untuk mendapat makanan dan keseronokan.
·         Mulut dan bibir merupakan zon erotik.
  • Oral incorporative
  • Bagi mendapat penyusuan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Oral aggresif/ Oral Sadistic
  • Apabila bayi mendapat gigi dia akan menjadi lebih aggresif – mengigit semasa menyusu


Peringkat Anal

·        Mula awal tahun kedua hingga ketiga tahun
·         Zon tumpuan ialah dubur
o   Kanak-kanak dikawal cara membuang air besar
§  Ketika tertentu
§  Cara tertentu
  • Personaliti anal aggresif
  • Kalau ibu bapa ketat mengawal dan melatih anak membuang air besar
  • Personaliti anal retentive
  • Terlalu memberi perhatian dalam melatih buang air besar, kanak-kanak akan tersalah anggap kepentingan aktiviti ini.


Peringkat Falik

·         Peringkat ini berlaku setelah peringkat dubur.
·         Daripada 3 hingga 5 tahun
·         Kanak-kanak mula memberi perhatian kepada organ masing-masing.

Peringkat Latensi

·         Bermula dari 6 tahun hingga baligh
·         Tiada tumpuan kepada mana-mana zon
·         Tiada lagi terbatas di rumah sahaja.
·         Kecendrungan untuk bergaul
·         Mula berkawan dengan rakan sejantina
·         Ego telah berkembang dengan baik

Peringkat Ginetal/ Kejantinaan
·         Bermula dari peringkat baligh hingga dewasa (12 tahun)
·         Muncul semula khayalan dan fantasi yang pernah wujud pada peringkat falik dan latensi

Matlamat Psikoanalisa
2 matlamat utama

  1. Membentuk semula watak individu agar segala yang terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di alam sedar.
  2. Menguatkan ego, agar individu dapat berfungsi menurut prinsip reality tanpa dikongkong atau didorong oleh desakan-desakan id, atau pun superego.


Perhubungan antara kaunselor dan klien
  • Perhubungan kaunselor dan klien harus dipentingkan
  • Klien diminta menyatakan dalam perkataan apa-apa sahaja yang difikirkan, image @ perasaan pada masa itu tanpa sekatan @ halangan (telus)
  • Kaunselor mendengar dan menilai dengan teliti perkara-perkara yang menimbulkan kebimbangan klien
  • Kaunselor akan mencelah supaya klien dapat bergerak sebagai aktif reporter.
  • Kalau dalam tafsir mimpi, klien diminta menyatakan perkaitan yang difikirkan dalam image yang muncul dalam mimpinya.
  • Klien akan dibiarkan membuat pengluahan dari dynamic dalaman yang berada di alam tidak sedar
  • Kaunselor akan membuat tafsiran dan menjelaskan beberapa konflik yang dialami oleh klien.
  • Kaunselor akan membimbing klien untuk mendapat celik akal.
  • Sebanyak 4 sesi seminggu dalam tempoh 45 minit.


Peranan Kaunselor
  • Wujudkan hubungan dengan klien
  • Menggalakkan klien memprojek apa jua perasaan yang berkaitan dengan masa lalu, mencelah sekali-sekala.
  • Mendengar apa sahaja yang dinyatakan oleh klien
  • Mendengar dengan teliti dan mentafsir apa jua yang dengar
  • Sensitive pada sekatan-sekatan @ ‘resistance’ yang dialami klien (transference)
  • Membantu klien mengatasi sekatan-sekatan (yang disupresi dan represi akan muncul)
  • Mengajar klien memahami apa-apa yang berlaku didunianya (klien akan mendapat celik akal dan akan mengubah wataknya)


Teknik dan tatacara Psikoanalisis

1.    Perkaitan Bebas
a.    Teknik utama (talking cure)
b.    Klien berbaring di atas kaus
c.    Klien cakap apa sahaja yang terlintas dalam fikiran
d.    Dengan mengikuti luahan klien, kaunselor dapat memahami masalah klien
e.    Kaunselor akan menjelaskan perkara yang dikatakan oleh klien agar klien mendapat celik akal.


2.    Pentafsiran
a.    Merupakan alat untuk menganalisis mimpi, perkaitan bebas, pemahaman, pemindahan dan menjelaskan kefahaman
b.    Dilakukan ketika sedar
c.    Mentafsir maklumat yang disampaikan oleh klien (Peristiwa, pengulangan, sekatan)
d.    Pentafsiran dari senang ke susah/ mudah ke kompleks.


3.    Tadbir Mimpi
a.    Dalam mimpi terdapat peristiwa-peristiwa yang pernah muncul dalam alam sedar.
b.    Mimpi dapat melahirkan keinginan, keperluan, impian, kebimbangan dsbnya
c.    Mimpi terdapat lambing atau symbol yang perlu di tafsirkan terlebih dahulu.
d.    Kaunselor akan membut kesimpulan mengenai mimpi dan menjelaskan kepada kliennya.


4.    Analisa Penahanan
a.    Terdapat maklumat yang tidak dapat disampaikan kerana ia juga mengalami kerisauan (penahanan)
b.    Penggunaan HBD boleh membantu kaunselor untuk melepaskan diri klien daripada penahanan.
c.    Selagi penahanan ini tidak diselesaikan klien akan terus mengalami kerisauan.


5.    Analisa Pemindahan
a.    Pemindahan melibatkan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dirasainya semasa kecil.
b.    Kaunselor perlu bersikap neutral, objektif dan pasif untuk memahami curahan isi hati klien.
c.    Kaunselor mentafsir dan menjelaskan untuk pemahaman klien.
d.    Klien akan mendapat celik akal dan akan berkembang dari segi emosi dan intelektual.


6.    Analisa Pemindahan
a.    Pemindahan melibatkan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dirasainya semasa kecil.
b.    Kaunselor perlu bersikap neutral, objektif dan pasif untuk memahami curahan isi hati klien.
c.    Kaunselor mentafsir dan menjelaskan untuk pemahaman klien.
d.    Klien akan mendapat celik akal dan akan berkembang dari segi emosi dan intelektual.