Pages

Friday, 26 October 2012

Penyediaan Laporan


Penyediaan Laporan

Dokumentasi ialah bahan tampak atau media yang dapat dilihat, disemak dan dijadikan panduan pada masa akan datang.
Walaupun program atau aktiviti adalah cemerlang, apabila pelaporan tidak disediakan berbagai-bagai masalah lain akan timbul dan kadang-kala boleh mewujudkan sangkaan yang kurang enak.
(Malek Mohd Said, 2007)
Penyediaan Laporan
  1. Disediakan lepas aktiviti atau program dilaksanakan.
  2. Boleh disediakan mengikut tempoh masa sama ada semasa, berkala ataupun tahunan.
  3. Boleh disediakan dalam bentuk naratif berstruktur atau bentuk jadual.
  4. Pelaporan perlu menyediakan gambar-gambar, jadual program, peraturan, surat berkaitan dan sijil penyertaan.

Kepentingan
  1. menyediakan bahan bukti program atau aktiviti yang ditetapkan terutama yang melibatkan dana atau peruntukan.
  2. Menunjukkan perancangan yang disediakan dilaksana seperti yang dirancang.
  3. Memperagakan kewibawaan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diuruskan secara profesional.
  4. Dapat menggambarkan apa yang dilaksanakan oleh personal serta unitnya.
  5. membuat post mortem setiap aktiviti yang dijalankan bagi membolehkan peningkatan keupayaan perkhidmatan.
  6. Menjadi rujukan personal, pentadbir, kaunselor sekolah-sekolah lain, PPD atau JPN
  7. Memudahkan proses penyeliaan oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Tujuan
(Malek Mohd Said, 2007)
  1. menilai sejauhmana visi, misi falsafah serta objektif perkhidmatan dapat dilaksana atau dicapai
  2. dapat memberi gambaran tentang apa dan berapa yang berjaya dihasilkan atau dilaksanakan oleh guru bimbingan.
  3. Membantu personal membuat penilaian semula atau pemeriksaan kendiri perancangan yang digubal.
  4. membolehkan mereka memperbaiki atau membuat pengubahsuaian perancangan bagi tahun berikutnya.
  5. Membantu personal membuat serakan atau agihan dari segi priority.
  6. Membantu personal dan pihak pengurusan sekolah menilai sejauhmanaperuntukan dan sumber dimanfaat secara maksimum dan effisen

Jenis Laporan
Pelaporan naratif
        dapat memberi gambaran tentang peristiwa atau urutan aktiviti yang dijalankan
        sesuai bagi melaporkan apa-apa peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas program
        Kandungan laporan adalah bersifat menjelaskan secara lengkap dan terperinci
        Mempunyai perkara-perkara yang perlu dijelaskan mengikut pelaporan perkhidmatan.
        Contoh: Laporan Perkhemahan, Laporan Program Motivasi

Pelaporan bentuk jadual
        memberikan gambaran numerikal dari segi penyertaan atau penglibatan.
        memberikan jumlah atau kuantiti program atau aktiviti yang dijalankan.
        Bersifat rumusan kepada program yang dijalankan.
        Contoh: Laporan mingguan, bulanan, tahunan.

Kaedah pelaporan
Semasa
       Dilaksana selepas setiap aktiviti.
       menyediakan maklumat aktiviti yang telah dijalankan dengan lengkap.
       terdiri daripada beberapa laporan berdasarkan aktiviti yang dirancangkan.
       Contoh: Kem, Motivasi

Berkala
       Berdasarkan keperluan pihak-pihak tertentu.
       Berdasarkan mingguan, bulanan atau penggal yang merangkumi beberapa aktiviti di dalamnya.
       Boleh disediakan secara naratif atau jadual
       Contoh: Analisis mingguan

Tahunan
       Disediakan sekali dalam setahun
       Sebagai dokumen lengkap aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun tersebut.
       Disediakan secara naratif atau jadual.
       Borang yang disediakan oleh PPD atau JPN adalah bersifat jadual
       Contoh: Borang L4.

Panduan Susunatur Pelaporan (Dokumentasi)
Bahagian 1
Kertas Cadangan
1.         Tajuk
2.         Matlamat
3.         Objektif
4.         Sasaran
5.         Tempat
6.         Penganjur
7.         Perbelanjaan
8.         Input
9.         Jawatankuasa
10.     Jadual tentatif
11.     Penutup

Bahagian 2
Laporan Aktiviti/ Program
1.         Tarikh
2.         Masa
3.         Pelaksanaan
a.         Aktiviti
b.         Masa
c.          Pengisian
4.         Seterusnya
5.         Majlis Penutup

Bahagian 3
Penilaian/ Ulasan/ Cadangan
1.         Tarikh
2.         Masa
3.         Pelaksanaan
a.         Aktiviti
b.         Masa
c.          Pengisian
4.         Seterusnya
5.         Majlis Penutup

Bahagian 4
Lampiran
1.         Surat berkaitan
2.         Jadual Program
3.         Peranturan/ Undang-undang
4.         Senarai peserta
5.         Modul Aktiviti
6.         Soalselidik Penilaian
7.         Sijil Penyertaan
8.         Lain-lain

Laporan Bentuk Jadual
Biasanya data numerikal
Diminta oleh pihak sekolah, PPD, JPN, KPM
Antaranya:
  1. Laporan Perkhidmatan (L4)
  2. Aktiviti Bimbingan
  3. Intervensi Kaunseling dan Perundingan
  4. Aktiviti Kokurikulum
  5. Aktiviti mengikut bidang
  6. Dan lain-lain yang berkaitan darimasa ke semasa

Penilaian.


Penilaian.

  1. Shertzar dan Stone (1992) penilaian merupakan satu usaha membuat pengadilan secara bersistem tentang keberkesanan secara relatif bagi pencapaian tujuan.
  2. Shertzar dan Stone (1992) terdapat banyak sebab kenapa bimbingan dinilai, tetapi yang paling penting adalah untuk memperbaiki keberkesanan setiap pembimbing dan setiap program bimbingan untuk menyumbang ke arah pencapaian tujuan tersebut.
Penilaian.
  1. Sejauhmanakah program mencapai objektifnya?
  2. Adakah program telah dilaksanakan seperti yang dirancangkan?
  3. Adakah program menarik?
  4. Sejauhmanakah kos berpadanan dengan keberkesanannya?
  5. Apakah kesan-kesan tidak jangka yang timbul
  6. Apakah kekuatan dan kelemahan program?

Penilaian.
  1. Penilaian adalah proses pengumpulan data dan maklumat daripada pelbagai aspek yang berkaitan dengan keberkesanan program perkhidmatan yang dijalankan.
  2. penilaian juga sering digunakan bagi mengesan sumber-sumber baru yang dapat digunakan bagi penambahbaikan atau meningkatkan keberkesanan perkhidmatan.
  3. bagi menjalankan kajian berkaitan akauntibiliti dan penilaian ke atas setiap program atau aktiviti yang dijalankan, mengambil masa dan memerlukan komitmen yang tinggi.

Membuat Penilaian.
  1. Guru bimbingan perlu membuat pertimbangan bagi memilih mana-mana program atau aktiviti yang perlu diberikan keutamaan.
  2. Personal perlu mereka bentuk sendiri borang soalselidik atau senarai semak yang piawai bagi mengesan keberkesanan program, aktiviti atau intervensi yang mereka laksanakan.
 Malek Muhamat Said (2010)
Kepentingan Penilaian.
  1. masa depan bidang bimbingan bergantung kepada penyediaan data yang konkrit tentang kebaikan dan kelemahan.
  2. mana-mana perkhidmatan atau program yang berkesan lazimnya diteruskan
  3. aspek yang lemah atau kurang sesuai perlu dibuat penambahbaikan atau pengubahsuaian.
  4. Hasil penilaian dapat digunakan bagi menentukan sama ada perkhidmatan atau program yang baru adalah perlu, sesuai, bermanfaat dan mampu disediakan untuk pelanggan di sekolah.

Tujuan-tujuan Penilaian.
  1. Memperbaiki rekabentuk program
  2. Mengetahui tahap pencapaian objektif program
  3. Membaiki caragaya pelaksanaannya
  4. Mengetahui masalah
  5. Membantu organisasi untuk membuat keputusan tentang tindakan susulan.

Jenis-jenis Penilaian
Penilaian perkhidmatan
Burck dan Peterson (Gladding, 1996) menyatakan terdapat 5 langkah ketika membuat penilaian perkhidmatan.
  1. Menjalankan kajian keperluan
a)      mengenalpasti masalah ataupun kelemahan yang terdapat dalam perkhidmatan atau program yang dijalankan.
b)      mencari ruang ataupun situasi yang masih belum dapat dipenuhi dan seharusnya diisi dengan program atau khidmat yang dapat memberi manfaat pada pelanggan.
  1. Menyatakan matlamat dan objektif pelaksanaan perkhidmatan
a)      Setiap objektif adalah objektif yang diukur.
  1. Merancang dan merekabentuk program penilaian
  2. mengkaji semula bagi tujuan penambahbaikan atau pengubahsuaian program penilaian
  3. Menyediakan laporan hasil program penilaian.

Jenis-jenis Penilaian
Penilaian perkhidmatan adalah indikator akauntibiliti guru bimbingan
       Gambaran sejauhmana guru bimbingan dapat memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.
       Penilaian membantu
        membuat pemantauan
        mengumpul maklumat
        mengenalpasti masalah
        membuat penambahbaikan
        menilai prestasi dan pencapaian guru bimbingan

Penilaian program
        Dilaksanakan selepas sesuatu program dijalankan
        Sasaran kepada peserta yang terlibat sahaja.
        Data yang diperolehi dihubungkaitkan dengan objektif program tersebut
        Kelemahan dan kekuatan program akan difokuskan.
        Penilaian biasanya dilaksanakan secara tinjauan dan soalselidik
        Dapatan akan menentukan kesesuaian program dilaksanakan pada masa hadapan.

Penilaian personal
       Guru bimbingan perlu melakukan pemeriksaan dan membuat penilaian kendiri
       Aspek personal yang dinilai
        personaliti dan penampilan
        pengetahuan, kemahiran dan kompetensi berkaitan bidang tugas
        Kecekapan atau kemampuan mengurus dan melaksanakan perkhidmatan
        Kebolehan unik individu.

Kaedah Penilaian
Shertzer dan Stone (1992) menyarankan tiga kaedah bagi menilai keberkesanan perkhidmatan iaitu Kaedah Tinjauan, Kaedah Ujikaji dan kaedah Kajian Kes.
       Kaedah Soalselidik
       Kaedah inventori atau senarai semak
       Kaedah Penyelidikan
       Kaedah Temubual

Kaedah Tinjauan
       merupakan kaedah paling kerap
       memilih kriteria yang telah ditentukan kepada inventori
       memungut keterangan tentang khidmat yang disediakan
       membuat penilaian tentang setakat mana khidmat disediakan dalam kaitan dengan kriteria yang ditentukan.
       ia kurang memberikan bukti sama ada khidmat itu telah mendatangkan kesan yang pentng kepada pelajar.
       amat sesuai untuk data pungutan yang banyak dan liputan yang meluas.
       Kelemahan
       kekurangan keesahan dari segi ujikaji
       kesukaran membuat keputusan tentang hubungan yang menimbulkan kesan

Kaedah Ujikaji
       memerlukan tahap perancangan yang lebih teliti
       memerlukan kaedah saintifik yang melibatkan urutan yang ditetapkan terlebih dahulu
       penentuan matlamat dan cara untuk mencapainya
       perkembangan cara-cara untuk mengukur pencapaian matlamat ini
       pemilihan kumpulan kawalan dan ujikaji
       proses mengambil langkah-langkah bagi matlamat yang ditetapkan
       pengukuran tentang hasil ujikaji.
       Bentuk yang paling sesuai ialah dengan mengadakan kumpulan kawalan

Kaedah Kajian Kes
       direka untuk menilai perubahan yang berlaku pada individu hasil daripada memperkenalkan sesuatu variable seperti kaunseling
       Matlamat yang sesuai dengan individu disediakan, proses kaunseling dilaksanakan dan data dikutip.
       penilaian dibuat tentang perubahan hasil daripada tatacara yang dikenakan.
       menitikberatkan individu dan perkembangan kendiri
       Memerlukan masa yang lama.

Kaedah Soalselidik
       Penilaian boleh dibina dalam bentuk soalselidik
       Instrumen perlu disediakan secara menyeluruh
       menetapkan sasaran yang boleh memberikan maklumat atau data keberkesanan
       Data yang diperolehi akan dianalisa.
       Maklumat dipersembahkan dalam perbagai bentuk.

Kaedah inventori atau senarai semak
       lebih ringkas, mudah difahami, memenuhi keperluan dan matlamat penilaian
       senarai semak yang disediakan (ms 330) sesuai dijadikan sebagai panduan bagi melihat kompetensi guru bimbingan.
       senarai semak perlu mengambil kira kompetensi dan perkhidmatan yang diberikan.
       pelaksanaan boleh dibuat secara kendiri atau pihak ketiga
       Keseluruhan data akan dianalisa untuk menilai keberkesanan perkhidmatan

Kaedah Penyelidikan
Penyelidikan sangat penting kerana hanya dengan cara ini sahaja isu tentang kegunaan bimbingan secara keseluruhan dan tentang kebolehgunaan berbagai-bagai kaedah dan alat yang digunakan dalam program bimbingan dapat ditentukan.

Kaedah Temubual
  1. Kaedah paling mudah
  2. Perlu mempunyai kemahiran komunikasi
  3. Sediakan bahan atau struktur soalan yang perlu untuk disoal.
  4. Mendapat sumber maklumat daripada pelajar yang terlibat dengan aktiviti
  5. Dapatan yang diperolehi boleh dijadikan maklumat untuk melaksanakan penilaian perkhidmatan.

Kekangan untuk menjalankan kajian keberkesanan
       memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi
       masa, komitmen dan kos yang tinggi
       pihak pentadbir hanya merujuk dokumentasi yang disediakan
       tugasan biasa dan bukan bersifat risiko tinggi
       Etika kerahsiaan dan amanah menyebabkan maklumat yang diperolehi kurang tepat
       Tanggungjawab lain menyebabkan masa yang terhad.

Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling


Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling

PERANCANGAN TAHUNAN

       Perancangan Tahunan disediakan adalah untuk membolehkan anda melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan bidang dan perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling  secara sistematik serta mengikut mengikut pemeringkatan yang sesuai.

Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling
Perancangan Tahunan
Rasional kita menyediakan Perancangan Tahunan adalah:
  1. Perancangan  Tahunan  merupakan  satu  panduan  kepada anda terhadap topik-topik yang akan disampaikan.
  2. Dapat  mengelakkan daripada berlakunya kesilapan fokus perkhidmatan kerana kandungan dirancang berdasarkan keperluan Kementerian Pelajaran.
  3. Proses   pelaksanaan  dapat   dipermudahkan   kerana   anda   boleh merancang, menyediakan alat dan tindakan awal.
  4. Susunan   aktiviti adalah   teratur   dan   mengikut   prinsip keperluan perkhidmatan.
  5. Dengan adanya Perancang Tahunan, aktiviti lepas dapat disemak, diubahsuai dan dikemaskini mengikut keperluan semasa.
  6. Perancangan Tahunan dapat membantu anda menyediakan kandungan dan memudahkan persediaan untuk membuat penilaian perkhidmatan.

Objektif/ Tujuan bagi Perancangan Tahunan adalah untuk:
  1. Membolehkan anda membuat perancangan aktiviti perkhidmatan dan pengurusan bagi satu tahun mengikut semester, mingguan dan harian.
  2. Membantu anda memilih, menyusun dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam sesuatu aktiviti bagi semester, mingguan dan harian.
  3. Membantu anda menentukan strategi pengurusan dan perkhidmatan terlebih dahulu dengan       mengambil kira keperluan  dan peruntukan masa.
  4. Membolehkan anda menyediakan bahan mengikut minat, kebolehan dan pengalaman sedia ada murid.
  5. Membolehkan anda melaksanakan program mengikut keutamaan dan pengurusan jadual.
  6. Membolehkan anda merancang aktiviti berdasarkan perancangan dari PPD, JPN dan KPM.

Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling
Perancangan Tahunan
  1. Bulan                              Perancangan meliputi tahunan , bulanan dan penggal pengajian
  2. Minggu/ Tentatif              Meliputi aspek minggu dalam setahun @ minggu dalam bulan
  3. Bidang                            Merujuk kepada bidang yang terdapat dalam dalam buku rekod
  4. Objektif                          Matlamat atau hasil yang ingin dicapai daripada aktiviti
  5. Aktiviti/Input                   Pelaksanaan dan kaedah yang ingin disampaikan
  6. Sasaran                          Kumpulan yang akan menyertai dan mendapat faedah
  7. Personalia                      Pihak yang akan mengurus perkhidmatan yang dicadangkan
  8. Catatan                          Sediakan catatan yang membantu dalam menilai aktiviti.
















Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling


Perancangan Program Bimbingan Dan Kaunseling

Menjelaskan konsep keperluan murid
Program dibuat selaras dengan kehendak
  1. Murid
  2. Guru yang mengajar murid tersebut
  3. Sekolah yang mengurus keperluan murid
  4. Ibubapa yang menjalankan tanggungjawab terhadap murid sekolah tersebut

Menjelaskan konsep keperluan murid
  1. guru bimbingan haruslah pula mengambil langkah untuk merancang perkhidmatan bimbingan mereka yang bersesuaian dengan keperluan sekolah dan bersifat lebih proaktif.
  2. apabila seseorang guru dilantik menjadi guru bimbingan, selalunya dia akan berfikir
    1. apa yang akan dilakukannya,
    2. bagaimana,
    3. untuk siapa,
    4. bila, dan
    5. yang paling utama sekali apa langkah pertama yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat perkhidmatan yang telah diamanahkan kepadanya.

Menjelaskan konsep keperluan murid
What Is Needs Assessment?
  1. A needs assessment is the process of collecting information about an expressed or implied organizational need that could be met by conducting training.
  2. The need can be a desire to improve current performance or to correct a deficiency.

Why Conduct a Needs Assessment?
The purpose of a needs assessment is to answer some familiar questions:
  1. why,
  2. who,
  3. how,
  4. what, and
  5. when.

Why Are Needs Assessments Valuable to an Organization?
  1. Conducting a needs assessment protects the assets of an organization.
  2. Assures that resources set aside to address training issues are conserved and used only for that purpose.
  3. Can help determine whether training is the appropriate solution to a performance deficiency.
  4. If increasing an employee’s knowledge and skills will not help resolve a deficiency, then training is not appropriate. Conducting training without assuring there is a training need is a waste of time and resources.

Kajian keperluan
  1. Kajian keperluan perlu dijalankan sekiranya personel ingin mendapatkan gambaran sebenar tentang perkhidmatan, program atau aktiviti yang telah ataupun akan dijalankan sesuai atau diperlukan oleh pelanggan (pelajar, guru ataupun ibu bapa).
  2. Kajian keperluan adalah kajian akauntabiliti yang digunakan untuk mengenal pasti kekurangan atau ruang kosong dalam perkhidmatan atau program.
  3. Kajian keperluan memerlukan sampel yang menyeluruh iaitu terdiri daripada pelbagai lapisan warga sekolah yang menjadi pengguna atau pelanggan.
  4. Hasil kajian dapat menentukan apakah bentuk per­khidmatan, program atau aktiviti yang perlu diteruskan ataupun ditangguh atau apakah bentuk perkhidmatan, program atau aktiviti yang perlu ditambah berdasarkan pada keperluan pelanggan (pelajar).

Kajian tinjauan
  1. Kajian tinjauan dijalankan bagi mendapatkan bilangan, kuantiti atau data yang melibatkan angka (numerikal).
  2. Contoh kajian adalah untuk men­dapatkan angka sebenar ataupun peratusan pelajar yang berada di bawah paras kemiskinan, datang ke sekolah tanpa sarapan pagi dan terpaksa bekerja pada hujung minggu untuk menampung keperluan diri ataupun menambah pendapatan keluarga.
  3. Kadang-kadang sampel kajian melibatkan seluruh populasi sekolah terutama sekolah kurang murid (SKM) ataupun sekolah yang terletak di kawasan yang mundur.
  4. Menjelaskan konsep keperluan murid
  5. Dalam usaha kita merancang program bimbingan ini terdapat beberapa peringkat yang harus diambil perhatian kerana setiap peringkat mempunyai kepentingan sendiri.
  6. Peringkat-peringkat tersebut adalah seperti yang berikut:

    • 1                     Pengumpulan maklumat.
    • 2                     Penganalisisan maklumat dan penentuan keperluan.
    • 3                     Pembentukan objektif.
    • 4                     Pemilihan aktiviti.
    • 5                     Penilaian

1.              Pengumpulan Maklumat
a.              Maklumat tentang pelajar, guru-guru,dan sekolah.
b.             Maklumat tentang rancangan daripada Kementerian Pendidikan berhubung dengan perkhidmatan ini dan dasar pelajaran keseluruhannya.
c.              Maklumat tentang iklim, ekonomi, teknologi,dan perubahan sosial yang sedang berlaku dalam negara, serta dapat meninjau masa depan agar rancangan yang dibuat tidak ketinggalan zaman apabila dilaksanakan nanti.

Sumber Maklumat
Secara amnya,maklumat yang diperlukan ini boleh didapati daripada sumber-sumber yang berikut:
  1. Kad peribadi pelajar 001 (M).
  2. Surat-surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan yang berhubung dengan falsafah pendidikan dan tanggungjawab perkhidmatan bimbingan dalam menolong melaksanakan polisi yang telah ditetapkan serta matlamat pendidikan.
  3. Profil guru-guru, kelulusan, ciri-ciri demografi, dan Iain-lain.
  4. Inventori kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah.
  5. Bahan-bahan bacaan dan rujukan.
  6. Pakar rujuk.
  7. Kejadian yang berlaku di kawasan sekitar.
Bagaimanakah Maklumat Dikumpul?
  1. Pemerhatian
  2. Membuat Rujukan
  3. Membuat Tinjauan Keperluan
a)      Tinjauan pendapat Pengetua sekolah
b)      Tinjauan pendapat guru
c)       Tinjau pendapat pakar-pakar perancang pendidikan
d)      Tinjauan pendapat ibu bapa
e)      Tinjauan pendapat pelajar

Penganalisisan maklumat dan penentuan keperluan utama
Duajenis keperluan yang dapat dikenal pasti ialah:
1     Keperluan yang disedari.
2         Keperluan yang tak disedari.
Peranan guru bimbingan ialah cuba memahami keperluan-keperluan ini dan membuat analisis untuk mendapatkan keperluan utama yang diperlukan oleh penerima.
Dengan adanya penentuan keperluan utama ini barulah objektif perkhidmatan dapat dibentuk.

Pembentukan objektif
  1. Objektif ialah satu kenyataan perubahan perlakuan yang perlu dicapai oleh penerima bagi mencapai sesuatu keperluan atau bagi menyelesaikan satu-satu masalah.
  2. Setiap aktiviti yang dijalankan perlu mempunyai objektif yang jelas dan kadangkala dinyatakan juga kemungkinan hasil yang akan diperoleh.
  3. Objektif yang tepat dan jelas adalah mustahak bagi menentukan arah kerja.
  4. Objektif juga boleh dijadikan panduan untuk memilih aktiviti yang sesuai dan menolong dalam proses penilaian program.

Berikut dinyatakan teknik membina objektif yang boleh dijadikan panduan, iaitu:
  1. Objektif perlulah ditulis tentang perkara yang perlu dilakukan oleh penerima (pelajar).
  2. Objektif haruslah ditulis dengan jelas dan senang difahami.
  3. Objektif harusjuga ditulis agar hasilnya senang dikira,dilihat,dan dinilai.
  4. Objektif haruslah dipertimbangkan agar objektif ini boleh dicapai.
  5. Objektif bimbingan ini juga haruslah mempunyai unsur sejagat (universal) yang boleh digunakan di mana-mana sahaja walaupun cara melaksanakannya mungkin berbeza, iaitu mengikut tempat dan kelompok umum pelajar.

Memilih aktiviti
  1. Aktiviti ialah salah satu daripada proses pembelajaran.
  2. Untuk berjaya dalam sesuatu pelajaran, aktiviti haruslah dirancang dengan betul agar bersesuaian dengan pelajar dan dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif.
  3. beberapa faktor yang harus difikirkan semasa memilih aktiviti tersebut.
    1. Objektif- objektif yang telah dibina merupakan panduan utama yang harus digunakan. Aktiviti ialah pelakuan atau kaedah yang dipilih untuk memenuhi objektif.
    2. Latar belakang pelajar - antara maklumat penting ialah umur, jantina, tingkatan/darjah, etnik, prestasi akademik, status sosioekonomi,dan Iain-lain.
    3. Latar belakang sekolah dan guru

Pelaksanaan aktiviti
Merancang dan memilih cara yang sesuai untuk memberi pengalaman yang perlu kepada pelajar. Kaedah pelaksanaan ini dapat dibahagikan kepada dua
  1. Cara Bersemuka
    1. Secara individu
    2. Secara berkelompok
  2. Secara tidak bersemuka

Penilaian
Penilaian perlu untuk mendapatkan beberapa maklumat penting berhubung dengan program yang dirancang dan dilaksanakan.
Antara faedahnya ialah:
  1. Dapat melihat kesesuaian aktiviti yang dirancang dengan keperluan pelajar.
  2. Dapat membaiki program yang telah dirancang agar lebih menepati objektif.
  3. Dapat merancang program sambungan untuk mengukuhkan program pertama.
  4. Dapat membantu guru-guru bimbingan menilai kemahiran mereka sendiri untuk membolehkan mereka membaiki dan meningkatkan prestasi mereka.
  5. Dapat membantu guru bimbingan merancang bagi mendapatkan pertolongan yang lebih khusus untuk kepentingan kemajuan program.
  6. Dapat menunjukkan tahap kemajuan yang dicapai.

Penilaian terhadap program bimbingan tidaklah mudah seperti menilai pencapaian akademik yang dapat diukur melalui keputusan peperiksaan. Walaupun begitu,tidaklah bermakna penilaian tidak dapat dibuat.
  1. Kesimpulannya, dalam membentuk perkhidmatan bimbingan di sekolah, guru bimbingan haruslah menjalani satu proses perancangan yang teliti.
  2. Ini termasuklah proses
a)      mengumpulkan maklumat,
b)      menganalisis maklumat tersebut, menentukan keperluan pelajar,
c)       membina objektif hasil daripada maklumat yang dikumpul,
d)      memilih aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif yang dibina, dan
e)      menilai aktiviti yang telah dilaksanakan.
  1. Langkah ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

Instrumen berkaitan
SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR
  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengenalpasti masalah pelajar melalui analisis “Borang Senarai Semak Masalah Pelajar”
  2. Satu data operasi mengikut senarai semak masalah pelajar disediakan bagi menentukan kategori pemasalahan pelajar.
  3. Program dan aktiviti dirancang berdasarkan senarai semak data operasi masalah pelajar.
  4. Senarai semak masalah pelajar dilaksanakan pada awal persekolahan.
  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling serta PRS boleh membina hubungan bagi mengenali dan membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan perhatian.