Pages

Sunday, 10 February 2013

Teori Rasional Emotif Tingkahlaku

TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU
Teori Rasional Emotif Tingkahlaku atau REBT dibentuk oleh Albert Ellies (1962)
Juga dikenali sebagai teori ABC
Ellis mendapati teori psikoanalisa yang diamalkannya pada ketika itu tidak begitu berkesan dan memakan masa yang panjang.
Menekankan tentang wujudnya sistem nilai dan kepercayaan yang salah dan tidak rasional

Pandangan terhadap manusia
  1. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk berfikir secara rational dan secara tidak rasional.
  2. Manusia mempunyai kecendrungan semulajadi untuk memelihara dirinya, untuk mencapai kebahagiaan, untuk berfikir dan menyampaikan buah fikiran, untuk mengasihi dan berkomunikasi dengan orang lain untuk mencapai nirwana kendiri.
  3. Manusia sendiri yang menyebabkan dirinya terganggu dan gangguan yang dirasainya bukanlah disebabkan oleh faktor luaran.
  4. Manusia mewarisi tret-tret budaya dan biologi untuk memutarkan pemikirannya sehingga ia sendiri yang akan mengalami gangguan emosi
  5. Masalah manusia bukan akibat drpd peristiwa tetapi lebih kepada pandangan atau apa yang mereka fikirkan terhadap peristiwa itu.
  6. Kesan pemikiran yang tidak logik akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkah laku.

PUNCA KERISAUAN
  1. Manusia memang mempunyai potensi untuk berfikir, beremotif dan bertingkahlaku secara rasional dan tidak rasional. Apabila pemikiran, perasaan dan tingkahlaku tidak rasional mengganggu kefungsian normal, barulah individu itu digolongkan dalam golongan neurotic dan psikotik.
  2. Mempunyai idea-idea yang keterlaluan dan tidak rasional dengan dunia sebenar
  • Idea bahawa semestinya seseorang itu dikasihi dan diterima oleh setiap orang lain penting baginya dalam masyarakat.
  • Idea bahawa seseorang itu sepatutnya betul-betul cekap, serba boleh dan berjaya dalam setiap lapangan
  • Idea bahawa sesetengah orang itu jahat, busuk hati dan kejam, mereka patut sekali disalahkan dan dihukum kerena perbuatan mereka
           (ada lagi....)

Kesan kepercayaan tidak rasional
  1. Rasa teramat malu (awfulizing)
  2. Terlalu menuntut (demandingness)
  3. Mengherdik diri (self-devaluation)
  4. Merajuk
  5. Daya toleransi yang rendah
  6. Lemah semangat
  7. Mengalah dan menyalah 

MATLAMAT KAUNSELING

  • Minimizing the client’s center self defeating outlook acquiring a more realistic, tolerant philosophy of life.(Ellies, 1976)
  • The general goals of REBT are assist people in minimizing emotional disturbances, decreasing self-defeating self behaviors and becoming more self actualized so that they can lead a happier existence (Ellis & Bernard, 1985)
  • Major subgoals are to help individual think more clearly and rationally, feel more appropriately and act more effectively in achieving goals of living happily. (Shaf, 2004)
  • Become more able to accept themselves, they are more likely to unconditionally accept others. (Ellies, 2001b)
  •  Basic goal is to teach client how to change their dysfunctional emotions and behavior into healty one.(Ellies, 2005)



PROSES KAUNSELING
Asas penting kepada REBT  ialah penggunaan falsafah    A-B-C kepada permasalahan klien.
Biasanya falsafah ini digunakan di sesi yang awal.
Terapi akan menjelaskan secara eksplisit kegunaan ketiga-tiga aspek ini.

(activating event)
Adalah suatu peristiwa, fakta,
sikap atau tingkahlaku yang dialami seseorang.

(beliefs)
Adalah sistem kepercayaan
Terdapat 2 jenis kepercayaan iaitu rasional dan tidak rasional.

(consequences)
Merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian B akan peristiwa di A
(Disputing)
Merupakan kaedah-kaedah dan strategi-strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional.

E (effect)
Kesan daripada tindakan di D
Apabila klien telah menolak kepercayaan tidak rasional, mereka berada dilandasan ke arah perkembangan yang berkesan.

TATACARA KAUNSELING
1.      Suasana empathy perlu disediakan agar klien dapat merasai kaunselor sedang mendengar apa yang disampaikan.
2.      Terapi REBT biasanya menjelaskan tujuan terapi sebelum meneroka kepada masalah.
3.      Wujudkan suasana yang selesa kepada klien. (teraputik)
4.      Minta klien mencerita mengenai persoalan yang ingin dibincangkan.
5.      Selepas bertanya klien apa yang hendak dibincangkan, kaunselor seterusnya kenalpasti peristiwa yang berlaku ‘A’, sistem kepercayaan klien, kesan kepada emosi dan tingkahlaku.


PERANAN KAUNSELOR
1.      Peranan kaunselor dalam sesi ialah:
A.     Terapi rasional emotif ini sangat menekankan aspek kognitif,
B.     Terapi rasional emotif tidak begitu menekankan kepentingan perhubungan di antara kaunselor dan klien. Malah bagi Ellis perhubungan yang mesra seperti ini bukan sahaja tak penting malah tidak cukup untuk menjamin kejayaan proses kaunseling.
                                i.     Kaunselor amat bersikap mengarah di dalam pendekatannya,
                               ii.     Kaunselor amat aktif di dalam usahanya mencabar, menunjuk dan menyoal;
                              iii.     Membantu klien memahami kepercayaan tidak rasional
                              iv.     Klien memahami akibat idea irrational
                               v.     Mengajar klien idea dan alternatif baru
                              vi.     Beritahu kebaikan idea baru
C.     Tindakan tidak semestinya terbatas kepada sesi kaunseling sahaja tetapi kadang-kala klien perlu menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu

PERANAN KLIEN
  • Klien lebih merupakan pelajar.
  • Klien perlu membicara perkara-perkara masa kini yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku.
  • Di peringkat celik akal, klien perlu menyedari sistem kepercayaan yang mengganggu emosinya.
  • Klien harus menerima hakikat bahawa jika ia sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sistem kepercayaan yang tidak rasional, maka selama itulah ia akan menderita.
  • Klien perlu menggantikan set kepercayaan tidak rasional dengan sistem kepercayaan dan falsafah hidup yang rasional dan realistik.


TEKNIK REBT
Terapi ini mementingkan ikatan antara proses kognitif, emotif dan tingkahlaku.
Kebanyakan kaedah ini digunakan bagi menyokong teknik pada tahap ‘D’.
Kaedah-kaedah kognitif:
a)    Hujah tentang kepercayaan tak rasional. Klien harus buktikan kenapa dia harus merasa teruk jika sesuatu itu tidak berjaya.
b)    Klien sendiri disuruh mencabar system kepercayaan dengan bukti-bukti.
c)    Klien akan disuruh membaca bahan-bahan berkaitan dengan teori.
d)    Terdapat teknik yang melibatkan kognitif, emotif dan tingkahlaku tetapi pada sesuatu masa penekanan boleh diberikan kepada semua bidang atau hanya pada satu-satu bidang sahaja

Teknik dalam Proses Kaunseling RET
  1. Coping self statements.
  2. Cost-benefit analysis
  3. Psychoeducational methods
  4. Imagery
  5. Role Playing
  6. Shame attacking exercise
  7. Homework
  8. Penalti dan ganjaran
  9. Skill training
  10. Latihan dalam kelompok
  11. Menggunakan aspek jenaka(humor)