Penyediaan Laporan
Dokumentasi ialah bahan tampak atau media yang dapat dilihat, disemak
dan dijadikan panduan pada masa akan datang.
Walaupun program atau aktiviti adalah cemerlang, apabila pelaporan
tidak disediakan berbagai-bagai masalah lain akan timbul dan kadang-kala boleh
mewujudkan sangkaan yang kurang enak.
(Malek Mohd Said, 2007)
Penyediaan Laporan
- Disediakan lepas
aktiviti atau program dilaksanakan.
- Boleh disediakan
mengikut tempoh masa sama ada semasa, berkala ataupun tahunan.
- Boleh disediakan
dalam bentuk naratif berstruktur atau bentuk jadual.
- Pelaporan perlu
menyediakan gambar-gambar, jadual program, peraturan, surat berkaitan dan
sijil penyertaan.
Kepentingan
- menyediakan bahan
bukti program atau aktiviti yang ditetapkan terutama yang melibatkan dana
atau peruntukan.
- Menunjukkan
perancangan yang disediakan dilaksana seperti yang dirancang.
- Memperagakan
kewibawaan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diuruskan secara
profesional.
- Dapat menggambarkan
apa yang dilaksanakan oleh personal serta unitnya.
- membuat post mortem
setiap aktiviti yang dijalankan bagi membolehkan peningkatan keupayaan
perkhidmatan.
- Menjadi rujukan
personal, pentadbir, kaunselor sekolah-sekolah lain, PPD atau JPN
- Memudahkan proses
penyeliaan oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Tujuan
(Malek Mohd Said, 2007)
- menilai sejauhmana
visi, misi falsafah serta objektif perkhidmatan dapat dilaksana atau
dicapai
- dapat memberi
gambaran tentang apa dan berapa yang berjaya dihasilkan atau dilaksanakan
oleh guru bimbingan.
- Membantu personal
membuat penilaian semula atau pemeriksaan kendiri perancangan yang
digubal.
- membolehkan mereka
memperbaiki atau membuat pengubahsuaian perancangan bagi tahun berikutnya.
- Membantu personal
membuat serakan atau agihan dari segi priority.
- Membantu personal
dan pihak pengurusan sekolah menilai sejauhmanaperuntukan dan sumber
dimanfaat secara maksimum dan effisen
Jenis Laporan
Pelaporan naratif
–
dapat memberi gambaran tentang peristiwa atau
urutan aktiviti yang dijalankan
–
sesuai bagi melaporkan apa-apa peristiwa yang
berlaku sebelum, semasa dan selepas program
–
Kandungan laporan adalah bersifat menjelaskan
secara lengkap dan terperinci
–
Mempunyai perkara-perkara yang perlu dijelaskan
mengikut pelaporan perkhidmatan.
–
Contoh: Laporan Perkhemahan, Laporan Program
Motivasi
Pelaporan bentuk jadual
–
memberikan gambaran numerikal dari segi
penyertaan atau penglibatan.
–
memberikan jumlah atau kuantiti program atau
aktiviti yang dijalankan.
–
Bersifat rumusan kepada program yang dijalankan.
–
Contoh: Laporan mingguan, bulanan, tahunan.
Kaedah pelaporan
Semasa
•
Dilaksana selepas setiap aktiviti.
•
menyediakan maklumat aktiviti yang telah
dijalankan dengan lengkap.
•
terdiri daripada beberapa laporan berdasarkan
aktiviti yang dirancangkan.
•
Contoh: Kem, Motivasi
Berkala
•
Berdasarkan keperluan pihak-pihak tertentu.
•
Berdasarkan mingguan, bulanan atau penggal yang
merangkumi beberapa aktiviti di dalamnya.
•
Boleh disediakan secara naratif atau jadual
•
Contoh: Analisis mingguan
Tahunan
•
Disediakan sekali dalam setahun
•
Sebagai dokumen lengkap aktiviti Unit Bimbingan
dan Kaunseling bagi tahun tersebut.
•
Disediakan secara naratif atau jadual.
•
Borang yang disediakan oleh PPD atau JPN adalah
bersifat jadual
•
Contoh: Borang L4.
Panduan Susunatur
Pelaporan (Dokumentasi)
Bahagian 1
Kertas Cadangan
1.
Tajuk
2.
Matlamat
3.
Objektif
4.
Sasaran
5.
Tempat
6.
Penganjur
7.
Perbelanjaan
8.
Input
9.
Jawatankuasa
10.
Jadual
tentatif
11.
Penutup
Bahagian 2
Laporan Aktiviti/ Program
1.
Tarikh
2.
Masa
3.
Pelaksanaan
a.
Aktiviti
b.
Masa
c.
Pengisian
4.
Seterusnya
5.
Majlis
Penutup
Bahagian 3
Penilaian/ Ulasan/ Cadangan
1.
Tarikh
2.
Masa
3.
Pelaksanaan
a.
Aktiviti
b.
Masa
c.
Pengisian
4.
Seterusnya
5.
Majlis
Penutup
Bahagian 4
Lampiran
1.
Surat
berkaitan
2.
Jadual
Program
3.
Peranturan/
Undang-undang
4.
Senarai
peserta
5.
Modul
Aktiviti
6.
Soalselidik
Penilaian
7.
Sijil
Penyertaan
8.
Lain-lain
Laporan Bentuk Jadual
Biasanya data
numerikal
Diminta oleh pihak
sekolah, PPD, JPN, KPM
Antaranya:
- Laporan Perkhidmatan (L4)
- Aktiviti Bimbingan
- Intervensi Kaunseling dan Perundingan
- Aktiviti Kokurikulum
- Aktiviti mengikut bidang
- Dan lain-lain yang berkaitan darimasa ke
semasa
