Kaunseling Individu
- Kaunseling individu adalah sangat popular dan terkenal.
- Dalam kaunseling ini temubual hanya di antara guru bimbingan dengan seorang klien sahaja.
- Keberkesanan kaunseling bentuk ini bergantung kepada guru bimbingan dan klien sendiri dalam mengemukakan sikap mereka semasa berkaunseling
- Blackham (1977) mengatakan kaunseling individu ialah hubungan tolong-menolong yang unik iaitu klien akan diberikan peluang-peluang belajar, menghayati, berfikir dan merubahnya mengikut apa yang difikirkan bermanfaat bagi dirinya.
Definisi Kaunseling 1 ( Arbucle )
• Perhubungan dan proses yang berkembang di antara individu atau beberapa individu yang tidak berfungsi sepenuhnya atau tidak mencapai potensi-potensi dan yang menghadapi masalah-masalah yang dirasakan tidak dapat diselesaikan sendiri dan seorang profesional yang terlatih yang menyediakan perhubungan yang diperlukan di mana individu itu boleh mengubah cara-cara yang akan membawa kepada perkembangan potensi-potensi dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah-masalahnya sendiri.
Definisi Kaunseling 2 ( APA )
• Untuk membantu individu dalam menangani cabaran penerokaan kendiri , di mana dan bagaimana , ke arah perkembangan Potensi diri secara maksimum
Committee of Definition Division of Caunseling Psychology American Psychological Association
FAKTOR DALAM DEFINISI KAUNSELING
• Kehadiran dua orang /kumpulan klien dan kaunselor
• Kaunselor sebagai pendengar yang berkesan
• Proses mengarah kepada tindakan klien
• Klien dipercayai dapat atasi masalah
• Lazimnya berlaku perubahan pada diri klien
• Mengharapkan penyelesaian masalah
Kaunseling Kelompok
- Apabila seseorang guru bimbingan mendapati terdapat ramai pelajar di sekolahnya mempunyai masalah yang hampir sama, maka ada baiknya jika kesemua penuntut ini dipanggil dalam bentuk kumpulan. Isi kan-dungan kaunseling kelompok meliputi keperluan dan minat bersama kebanyakan ahli kelompok.
- Mengikut Cazda (1978), kaunseling kelompok ini baik dicadangkan kepada mereka yang bermasalah secara berterusan atau sekejap sahaja jika maklumat-maklumat yang diperolehinya gagal mengatasi masalahnya.
Gibson dan Mitchell (1981) mendefinisikan kaunseling kelompok itu sebagai satu proses dalam membantu klien bagi menyesuaikan diri mereka dengan hal-hal seharian, tentang perkembangan dan memperbaiki perkembangan itu.Sama ada pembaikan terhadap tingkahlaku, hubungan peribadi, mengambil perhatian tentang kejantinaan, nilai-nilai, sikap dan juga pemilihan kerjayanya, di samping membina kemahiran-kemahiran dalam hal-hal berkaitan.