Pages

Friday, 4 July 2014

Peranan Jawatankuasa


PENGERUSI
(GURU BESAR)
Menurut Zulkifli (1990) dalam program bimbingan dan kaunseling sekolah, pengetua mempunyai dua fungsi yang utama iaitu:
  1. Fungsi dalam organisasi bimbingan dan kaunseling
a)    Mengatur rancangan sekolahnya sehingga tersedia waktu pelaksanaan berbagai-bagai aktiviti bimbingan dan kaunseling. Bagaimana aktiviti ini dihubungkan dengan aktiviti kelas hendaklah ditunjukkan kepada guru-guru.
b)    Guru bimbingan hendaklah diberi waktu yang cukup untuk menjalankan kegiatannya.
  1. Fungsi dalam pentadbiran bimbingan dan kaunseling
a)    Menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan seperti borang-borang soalselidik, alat perabot dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh guru bimbingan dari masa ke semasa.

Peranan Jawatankuasa
PENGERUSI
(GURU BESAR)
       Pengetua bertanggungjawab memberikan kepimpinan yang ‘berkesan’; menyediakan kakitangan, peruntukan, kewangan dan kemudahan, menyokong guru-guru mewujudkan program bimbingan dan menggalakkan penuntut menggunakannya, dengan memberi maklumat kepada masyarakat melalui Persatuan Ibu Bapa dab Guru-guru
       Menjelaskan program bimbingan kepada guru-guru lain, kakitangan sekolah, masyarakat dan penuntut sekolah.
SETIAUSAHA
       (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
       Guru yang terlatih dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling
       Melaksanakan tugas berdasarkan Tugas dan Tanggungjawab yang disenaraikan.

PENOLONG SETIAUSAHA
(GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
  1. Membantu dalam mengendalikan inventori individu dan rekod
  2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat
  3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok
  4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling
  5. Membantu dalam perkhidmatan penempatan
  6. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen
  7. Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan
  8. Membantu dalam perkhidmatan menyelaras resos
  9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
 Peranan Jawatankuasa

  1. Membantu mengenalpasti pelajar yang berisiko untuk intervensi
  2. Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar
  3. Membantu memberi bimbingan tunjukajar
  4. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan, pendidikan pencegahan dadah dan maklumat semasa
  5. Membantu melaksana program dan aktiviti bimbingan pelajar seperti PRS, SLAD, Kem Jaya Diri dan Motivasi
  6. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan

Peranan Jawatankuasa
AHLI JAWATANKUASA
(PENYELARAS TAHUN 1)
(PENYELARAS TAHUN 2)
 (PENYELARAS TAHUN 3)
(PENYELARAS TAHUN 4)
(PENYELARAS TAHUN 5)
(PENYELARAS TAHUN 6)
       Pembantu guru bimbingan ialah guru terlatih yang telah menerima pendedahan kaunseling (Kementerian Pendidikan, 1984)
       Bantuan mereka adalah penting dalam melaksanakan program bimbingan dan kaunseling sekolah.
       Membantu mengenalpasti pelajar yang berisiko untuk intervensi
       Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar
       Membantu memberi bimbingan tunjukajar
       Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan, pendidikan pencegahan dadah dan maklumat semasa
       Membantu melaksana program dan aktiviti bimbingan pelajar seperti PRS, SLAD, Kem Jaya Diri dan Motivasi
       Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan

AHLI JAWATANKUASA
       Membantu mengendalikan inventori individu dan rekod
       Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat
       Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok
       Membantu dalam program perkhidmatan penempatan
       Membantu program mencegah salahguna dadah
       Membantu dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan
       Membantu dalam perkhidmatan penyelaras resos
       Membantu dalam perkhidmatan penilaian
       Menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan
                                                                                              (Zulkifli, 1990)


Sumber :

Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan : Untuk Guru dan Bakal Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka