Pages

Saturday, 23 June 2012

Carta Organisasi Unit Bimbingan dan Kaunseling


Carta Organisasi Unit Bimbingan dan Kaunseling









Contoh Carta Sekolah Menengah


Jawatankuasa unit bimbingan dan kaunseling

PENGERUSI
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
(GPK HEM)

SETIAUSAHA
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

PENOLONG SETIAUSAHA
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

AHLI JAWATANKUASA
Penyelaras Tahun 1
Penyelaras Tahun 2
Penyelaras Tahun 3
Penyelaras Tahun 4
Penyelaras Tahun 5
Penyelaras Tahun 6



Apa itu Kertas Cadangan?
       Makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu.
       Dikemukakan untuk pertimbangan, keputusan lanjut, kelulusan pihak tertentu.
       Kertas Kerja: dibentangkan untuk perbahasan.
       Bersifat:
       Formal
       Objektif
       Berdasarkan sesuatu kajian, pemerhatian, renungan dll
       Disokong oleh fakta, perangkaan, grafik dll ikut keperluan
       Ditulis dalam gaya yang jelas dan padat
       Memberikan maklumat, hujah, gambaran jawapan, syor, cadangan/perakuan.

Kepentingan Penyediaan Kertas Cadangan
  1. Berdasarkan keperluan perkhidmatan
  2. Menjelaskan maklumat penubuhan/ JK/ Kewangan/ Aktiviti
  3. Membentang kepada pihak yang berkaitan untuk pertimbangan
  4. Mendapat kelulusan aktiviti yang ingin dijalankan.
  5. Pelaksanaan berdasarkan keperluan yang telah dijelaskan dalam kertas cadangan
  6. Menjadi garis panduan pelaksanaan aktiviti
  7. Membantu membuat penilaian berdasarkan matlamat yang ingin dicapai.

Kandungan Kertas Cadangan Penubuhan
  1. Tajuk
  2. Pengenalan
  3. Tujuan / Matlamat/ Objektif Kegiatan
  4. Sasaran
  5. Tempat
  6. Tempoh Masa
  7. Penyelenggara kegiatan
  8. Jadual kegiatan/ Gantt
  9. AJK Pelaksana
  10. Anggaran perbelanjaan; tajaan
  11. Penutup


Contoh Pelan Bilik Bimbingan dan Kaunseling


KAUNTER PENDAFTARAN
  • Kaunter terletak di tempat strategik untuk mengawal kegiatan-kegiatan di bilik perpustakaan, bilik menunggu dan bilik kaunseling. 
  • Tempat bertanya dan buat temujanji.


STOR
  • Terletak hampir dengan kaunter sebagai tempat simpanan barang dan alatan. Simpan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling. 
  • Simpan rekod-rekod lama sebelum dimusnahkan


RUANG MENUNGGU
  • Kedudukannya membolehkan klien mudah dipanggil untuk temuduga kaunseling.
  • Klien menunggu giliran untuk diberi kaunseling.
  • Papan kenyataan untuk menampal maklumat bimbingan dan kaunseling.
  • Untuk kakitangan bimbingan membuat kerja-kerja perkeranian dan menaip.
  • Simpan fail-fail, urusan surat-menyurat biasa, borang-borang berkait dengan program bimbingan dan kaunseling.
  • Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan.


BILIK RESOS
  • Bertentangan dengan kaunter untuk memudahkan pengawalan.
  • Rak-rak dan meja disusun untuk memudahkan pergerakan pengguna-pengguna.
  • Tempat mempamerkan maklumat dan alat bimbingan dan kaunseling.
  • Tempat membaca, membuat rujukan dan mengadakan perbincangan.
  • Tempat menjalankan bimbingan kelompok jika perlu.
  • Tempat menayangkan slaid, lutsinar, video, tv dan juga komputer.


BILIK KAUNSELING KELOMPOK
  • Bilik ini hendaklah dilengkapi dengan sebuah meja panjang dan kerusi secukupnya. Lantai elok dialas.
  • Bilik khusus untuk kaunseling kelompok.
  • Tempat membuat kerja-kerja kelompok seperti melukis poster atau carta.
  • Bilik bengkel atau perbincangan tertutup dengan ibu bapa.
  • Tempat mesyuarat Jawatankuasa Bimbingan Sekolah dan Jawatankuasa Kelab Bimbingan.


BILIK KAUNSELING INDIVIDU
  • Tempat untuk sesi kaunseling individu.
  • Bilik ini boleh didatangi dengan mudah oleh klien, dekat dengan kaunter, tempat menunggu dan stor.
  • Tempat duduk klien dan guru bimbingan hendaklah jangan menghadapi arah datangnya cahaya.
  • Tempat duduk klien dan guru bimbingan tidak hampir sangat dengan tingkap.
  • Kalau rak berpetak dan ada peti besi, eloklah diletakkan sejauh mungkin dari klien guru bimbingan.

  
BILIK PENGURUSAN
  • Tempat menyimpan rekod-rekod kaunseling individu.
  • Tempat membuat rakaman yang boleh menolong proses kaunseling.
  • Tempat latihan mengurangkan stress.
  • Tempat fail meja guru bimbingan dan kaunseling berkenaan.



Rujukan: 
Zulkifli Yusuf (1990), Panduan Khidmat Bimbingan : Untuk Guru dan Bakal Guru. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments:

Post a Comment