Pages

Saturday, 2 August 2014

PERKHIDMATAN PENGUMPULAN DAN PENYEBARAN MAKLUMAT



Mengumpul dan menyebar maklumat
1.      Mengumpul, menyedia dan menyedar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan bulitin sekolah.
2.      Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang, latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
3.      Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat
4.      Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke   kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.
5.      Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat
6.      Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDs, bahaya merokok dan inhalen.

Mengumpul Data dan Maklumat Pelajar
•       Data dan maklumat pelajar adalah aset perkhidmatan
•       Dikumpulkan secara sistematik, disimpan dengan baik, dipelihara dan digunakan secara beretika.
•       Dikumpul melalui teknik ujian dan bukan ujian
•       Maklumat Teknik Ujian dan Teknik Bukan Ujian
Teknik Ujian
•       Penggunaan ujian psikologi yang piawai
•       Digunakan untuk mengukur personaliti, nilai atau minat individu
•       Digunakan untuk mengumpul maklumat data atau maklumat pelajar.
•       Contoh: Malek Mohamad Said, ms.162
Teknik Bukan Ujian
•       Adalah soalselidik, senarai semak, kad komulatif, temubual, pemerhatian, rekod anekdot, tinjauan, kajian dokumen, sosiometrik dan sosiogram (Mohd Salleh, 1993)
•       Kad rekod persekolahan ialah alat mengumpul data dan maklumat pelajar dengan menggunakan kad kumulatif (kad 001

Sumber Maklumat
•       Diri sendiri
•       Sekolah-sekolah disekitar
•       Pertandingan di kalangan pelajar sekolah
•       Pameran kerjaya
•       IPTS/ IPTA
•       Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan dll
•       Kedai buku

Jenis-jenis dan Kategori Sumber Maklumat
  1. Poster
  2. Risalah
  3. Pamplet
  4. Brosur
  5. Carta
  6. Streamer
  7. Kad-kad Perkhidmatan
  8. Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan

Strategi sebaran maklumat
Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah, iaitu:
1     Secara langsung atau bersemuka
  1. Ceramah
  2. Perhimpunan Mingguan
  3. Mesyuarat Guru
  4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
  5. Majlis Bimbingan Daerah
  6. Hubungan Personal dengan Ketua Kelas
  7. Guru Ganti
  8. Kelab Bimbingan
2    Secara tidak langsung atau tidak bersemuka
  1. Poster
  2. Risalah
  3. Pameran
  4. Majalah Sekolah
  5. Kad-kad Perkhidmatan
  6. Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan
  7. Radio Sekolah
  8. Web Sekolah
  9. Blog Guru Bimbingan

Strategi sebaran maklumat
Bilik Kaunseling Bermaklumat
•       Hasil kreativiti guru bimbingan dan kaunseling
•       Hasil kerja murid
•       Bahan secara percuma
•       Bahan IPT
•       Bahan dibeli melalui penerbitan

•       Langganan majalah.

No comments:

Post a Comment