KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
DORONGAN MINIMA
• Satu tindak balas spontan yang sedikit samada secara verbal atau non-verbal daripada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling (Abdul Ghani Sulaiman, 2003)
KONFRONTASI
• Menghujah seseorang dengan kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku.
KEMAHIRAN MENDENGAR
• Menurut Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin (2003), mendengar secara aktif merupakan suatu kemahiran yang memerlukan kebolehan luar biasa.
• Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang aktif.
KEMAHIRAN MENYOAL
• satu cara yang digunakan oleh kaunselor untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan.
Terdapat 2 jenis bentuk kemahiran menyoal:
• Soalan tertutup
- Soalan terbuka
KEMAHIRAN PARAFRASA
• Respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor dinyatakan semula dalam ayat yang pendek, padat dan mudah.
KEMAHIRAN KESENYAPAN
• Kesenyapan berlaku apabila penghentian sementara dalam perbualan . Berlaku di antara jangka masa perbualan kaunselor dan klien.
KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI
• menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh klien selepas dapat memahami maksud atau perasaan yang tersembunyi di mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya baik secara sengaja atau pun tidak sengaja.
KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN
• Kaunselor inginkan penjelasan kepada isu atau perkara yang kurang jelas dan memudahkan kaunselor memahami pemikiran dan perasaan klien
MENGINTEPRETASI TINGKAHLAKU BUKAN LISAN
KEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSI
• Kemahiran menyemak persepsi ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang dikatakan oleh klien.
KEMAHIRAN MERUMUS
• satu usaha kaunselor menonjolkan perkara-perkara penting atau terma-terma utama mengandungi isi dan perasaan klien semasa proses perundingan dibuat.
• merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien.
(Mizan & Halimatun, 1996)
KEMAHIRAN REFLEKSI
• Menurut Muhd Mansor dan Siti Nordinar (1996), membuat refleksi membolehkan kaunselor menggambarkan bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan oleh kliennya.
• refleksi perasaan
• refleksi pengalaman
• refleksi isi
bacaan tambahan akan membantu anda mendapat pemahaman yang lebih mendalam. sumber rujukan lain
No comments:
Post a Comment