Pages

Wednesday, 11 May 2011

Terapi Bercerita

APA ITU TERAPI BERCERITA?
  1. Merupakan pemulihan emosi melalui bahan cerita yang bertema
  2. Tema ditentukan bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai
  3. Klien dapat meluahkan perasaan melalui watak-watak yang diceritakan

MATLAMAT APABILA MENGGUNAKAN CERITA
MATLAMAT UMUM
  1. Membantu kanak mengenalpasti tahap kebimbangan atau distress dengan mengenalpasti watak atau situasi dalam cerita tersebut.
  2. Membantu kanak-kanak mengenalpasti tema dan emosi yang berkaitan yang berlaku dalam hidup mereka. Contoh: kanak-kanak yang takut ditinggalkan keseorangan, dengan menyedari perasaan ini, kanak-kanak boleh menyediakan cara untuk menghadapi isu yang amat ditakutinya.
  3. Membantu kanak-kanak memikir atau meneroka alternatif bagi menyelesaiakan masalahnya. Matlamat boleh dicapai dengan menukar cerita supaya kanak-kanak mendapat hasil yang berbagai.
 MATLAMAT KHUSUS MENYEDIAKAN CERITA
  1. Membantu kanak-kanak melahirkan pandangan, harapan dan fantasi. Ini sangat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai pengalaman yang menyakitkan dan sering memberikan cerita yang tidak benar untuk mengelakkan kesakitan.
  2. Dengan menggunakan ‘story telling’ kaunselor akan membantu kanak-kanak menyedari bahawa cerita mereka adalah tidak benar tetapi hanya satu cerita yang memperlihatkan gambaran dirinya sendiri.
  3. membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar.
  4. membantu meningkatkan kreativiti klien menerusi cerita yang disampaikan secara kreatif dan spontan.
  5. pelajar dapat menyampaikan cerita secara berkesinambungan.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN CERITA.
  1. Bercerita adalah interaktif proses antara kanak-kanak dan kaunselor. Biasanya kanak-kanak tidak suka menulis semasa sesi kaunseling.
  2. Jadikan penceritaan mereka satu yang mudah, menghiburkan, dan sebagai pengalaman yang kreatif dan positif.
  3. Biasanya apabila kanak-kanak mula bercerita, kita mula menulis cerita tersebut dalam kertas mahjong.
  4. Kadang kala kita juga menggunakan pita rakaman.
  5. Kanak-kanak biasanya memerlukan ‘modelling’ daripada kaunselor sebelum mereka boleh menceritakan cerita  mereka dengan lancar.
  6. Kaunselor memulakan cerita kemudian disambung oleh seorang peserta lain dan semua peserta mengambil bahagian untuk bercerita. 
  7. Kaunselor fokus kepada seorang peserta yang difikirkan bermasalah berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
  8. Kaunselor membuat penerokaan terhadap peserta tersebut bagi mengenalpasti isu sebenar bagi tujuan merawat.
  9. Rakan-rakan lain mengambil bahagian dengan meneroka melalui pelbagai soalan.
Kathryn dan David Geldard (2002) telah menggabung 'books and stories' di dalam satu tajuk yang sama. Oleh itu dicadangkan pembaca membuat rujukan 'biblioterapi' dari sumber lain bagi meningkatkan kefahaman.

No comments:

Post a Comment