Pages

Tuesday, 10 May 2011

Teori Pemusatan Perorangan

PERSON CENTERED
PEMUSATAN PERORANGAN
CARL ROGERS

Carl Rogers dilahirkan pada 8 hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois dan meninggal dunia pada tahun 1987.
Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi.
Rogers mula belajar di Universiti Wisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York.
Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.
Dikenali sebagai teori konsep kendiri/ teori fenomenologi (kemanusiaan)
Kemudian memperkenalkan teori pusatan PERORANGAN
Mencabar teori yang mengandaikan kaunselor semua tahu.
Mencabar teknik dan tatacara berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnos, pentafsiran oleh kaunselor.
Menurut Rogers,
Manusia adalah baik, boleh dipercayai dan berupaya memahami diri sendiri
Jika manusia dilibatkan dalam perhubungan kaunseling, manusia boleh mencapai penentuan kendiri

Rogers juga telah cuba menjelaskan dengan lebih khusus bahawa di dalam teorinya harus juga di fahami tiga unsur (Konsep Utama) penting iaitu:
1.            Fenomenologi
Satu konsep yang dipertahankan oleh Rogers ialah pandangan fenomenologinya.
Menurut Rogers,
Seseorang individu mempersepsikan dunia mengikut pandangan uniknya tersendiri, dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenologinya. Seseorang individu bertindak balas kepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya.
Jika dilambangkan, ia akan disedari oleh organisma dan jika tidak dilambangkan, ia tidak akan disedari oleh organisma.

2.        Organisma
Organisma adalah pusat segala pengalaman.
Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh individu dalam kesedaran bagi sesuatu masa.
Organisma ini boleh melambangkan pengalaman-pengalamannya, atau pun menyangkal pengalaman-pengalaman tertentu dan terus tidak melambangkannya atau mengabaikannya terus.

3.         Kendiri
Mewakili ciri-ciri aku dan persepsi terhadap hubungan diantara aku dengan orang lain dan pelbagai aspek kehidupan, bersama dengan nilai-nilai yang tersemat dengan persepsi ini.



PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
  1. Manusia pada asasnya baik/ positif, kerana sifat semulajadi yang ada dalam dirinya memang baik.
  2. Manusia mempunyai kemampuan untuk berkembang baik dari segi emosi mahupun intelek.
  3. Manusia berupaya mendapat celik akal mengenai masalahnya, berupaya dan bersedia untuk berubah.
  4. Manusia memerlukan perhubungan dan interaksi dengan orang lain
  5. Tingkahlaku dan penyesuaian diri terhadap keadaan persekitaran adalah bergantung kepada persepsi kepada diri dan persekitaran.
  6. Manusia mempunyai maruah dan harga diri.
  7. Manusia mempunyai kuasa menentukan haluan hidup, bebas mengejar keinginan tanpa menggugat hak orang lain.
  8. Manusia bergerak untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
  9. Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai oleh klien.


PUNCA KERISAUAN
1.          Tidak kongruen di antara konsep kendiri dengan pengalaman (ideal self dan ideal self).
2.          Gangguan tentang syarat nilai.
3.          Kekecewaan untuk mendapatkan penghargaan kendiri (self regard).
4.          Kadangkala penilaian positif dan negative tidak sealiran dengan desakan yang wujud secara tidak disedari.

MATLAMAT  KAUNSELING
1.                Matlamat kaunseling bukan sekadar menyelesaikan masalah tetapi lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan sepadu bagi diri individu.
2.                Tujuan kaunseling ialah untuk membantu klien dalam proses perkembangannya agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masa kini dan masa depan
3.        Klien:
a.           kesediaan menerima dan merasai realiti sebenar, klien bersedia menerima dirinya sendiri.
b.           klien akan dipandu dan di arah oleh perasaan dan pemikiran sendiri.
c.           ia harus bersifat inner directed.
d.           membina kepuasan berdasarkan perkembangan sendiri.
e.     klien harus bersedia untuk berkembang. Dari sini ia akan bersedia membuat ketetapan baru untuk dirinya.


PERANAN KAUNSELOR
  1. Berfungsi sebagai fasilitator
  2. Mewujudkan suasana sesuai dan selesa supaya klien merasa bebas
  3. Membantu klien supaya tidak bersifat ‘membela diri’ @ defensif pada tingkahlakunya.
  4. Memperlihatkan dirinya dengan klien adalah sama taraf dan bersama berusaha.
  5. Kaunselor tidak mendiagnos masalah klien

KEADAAN-KEADAAN BAGI MENGHASILKAN PERUBAHAN PERSONALITI
Rogers, 1967, 6 keadaan yang perlu dan mencukupi bagi menghasilkan perubahan personaliti
1.      2 orang berhubung secara psikologi
2.      Klien dalam keadaan tidak kongruen
3.      Kaunselor dalam keadaan kongruen
4.      Kaunselor menerima klien tanpa syarat
5.      Kaunselor dapat merasai apa yang dirasai, dipersepsi dan dialami oleh klien dan berusaha menyampaikan perasaannya, persepsinya kepada klien
6.      Klien hendaklah dapat merasai, mempersepsi dan mengalami yang kaunselor memang sedia menerima tanpa syarat.

3 SIFAT PENTING KAUNSELOR BAGI MENJAMIN WUJUDNYA PERHUBUNGAN MENOLONG
1.    Kejujuran, keikhlasan dan ketulinan
2.    Menerima tanpa syarat
3.    Empati 



PROSES KAUNSELING
  1. Kaunselor bermula dengan menghormati klien, membenarkan mereka meneruskan apa-apa yang mungkin disampaikan secara yang selesa.
  2. Pertemuan pertama kaunselor akan cuba memahami dunia baru klien.
  1. Menerima klien sama ada secara perbincangan, perasaan negative dan positif  atau kesenyapan
  1. Jika klien bertanya, kaunselor akan cuba merespon kepada perasaan yang dinyatakan.
  2. Kaunselor perlu menyediakan diri dengan klien sama ada dalam keadaan keliru dan selesa
  1. Kaunselor perlu menghormati kemampuan klien tetapi membantu membimbing klien dalam keadaan yang tidak mengancam klien
  1. Pujian diberi sepanjang perbincangan
  2. Dalam banyak isu, klien dianggap sebagai pakar.
9.    Daripada penerokaan klien akan bertemu dengan celik akalnya sendiri

TEKNIK DAN TATACARA KAUNSELING PUSATAN KLIEN
        Tiada teknik atau tatacara yang khusus
        Perkembangan yang dapat memperlihat sifat-sifat ketulusikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat dan keupayaan empati dengan tepat boleh menolong klien
        Terdapat penggunaan
1.      kemahiran refleksi,
2.      parafrasa,
3.      penafsiran,
4.      semakan persepsi,
5.      kesenyapan,
6.      dorongan minima




































No comments:

Post a Comment