KONSULTASI DAN RUJUKAN
KONSULTASI
Apa itu konsultasi?
Consultation is the
collaboration of professional school counselors with parents, students,
teachers, administrators and other helping professionals, both within and
outside the school setting.
Missouri Comprehensive Guidance Program
Responsive Services:
Consultation Guide
Konsultasi atau
perundingan sebagai proses seorang perunding atau pihak yang dirunding
bekerjasama untuk membentuk satu cara membantu murid
Dinkmeyer (1968) dan Keat (1974)
Konsultasi melibatkan
perhubungan dan kerjasama perunding dan yang dirunding dalam membantu murid
Pihak yang dirunding
akan belajar cara-cara menyelesaikan masalah jika berlaku kes-kes yang sama di
masa-masa akan datang.
(Saedah A. Ghani, 1992
Perundingan merujuk
kamus ialah nasihat pakar yang diberikan oleh seseorang profesional.
D.B. Keat (1974)
- Sebagai satu proses yang di dalamnya
konsultan dan orang yang diberi perundingan bekerjasama untuk membentuk
cara membantu klien.
- Konsultan menggunakan pengetahuan mereka
untuk melengkapkan pengetahuan orang yang diberi perundingan.
Konsultasi adalah
salah satu daripada enam komponen bimbingan dan kaunseling di sekolah
(Shertzer dan Stone, 1991)
Komponen konsultasi
dianggap sebagai satu perkhidmatan yang boleh dijalankan oleh seorang kaunselor
sekolah untuk membantu murid di dalam usaha-usaha kaunselor yang berbentuk pencegahan,
perkembangan dan promosional
(American Personal and Guidance Association 1964,1974)
Kepentingan Konsultasi
- Membantu guru menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif dan produktif untuk belajar.
- Membantu guru-guru
membentuk dan memelihara hubungan komunikasi yang positif dengan waris
pelajar.
- Menyediakan hubungan yang berkesan dan
membantu antara guru, waris pelajar, komuniti setempat dan agensi berkaitan
- Menyediakan latihan,
kursus dan bengkel yang membantu peningkatan pengetahuan dan kemahiran
guru
- Melaksanakan sesi
kenferen dengan ibubapa/ waris pelajar
- Menyediakan maklumat
dan perbincangan mengenai perkembangan pelajar
- Menyediakan bantuan
sebagai persediaan menghadapi krisis.
Khidmat Konsultasi
- Kakitangan Sekolah
- Ibubapa
- Masyarakat
- Bekas Pelajar
- Pelajar
Proses Konsultasi
3 peserta
- Perunding – sebagai seorang yang pakar
- Konsulti – memerlukan pertolongan
- Klien – mengeluarkan isu
Ciri-ciri Perundingan
- Dua orang yang dianggap profesional
terlibat dalam perundingan
- Hubungan sama rata tanpa hieraki
melibatkan pertukaran idea
- Perunding seorang yang berpengetahuan
mendalam
- Perunding memberi penjelasan kepada
konsultasi
- Tanggungjawab pengurusan & pentadbiran
adalah hak konsulti
- Konsulti tidak terikat dengan saranan
perunding
- Proses perundingan biasanya tidak panjang
Kemahiran Perundingan
- Berkebolehan secara berkesan menyampaikan
kemudahan khidmat perundingan
- Kefahaman menggunakan satu sistem analisis
- Memberi latihan kepada konsulti tentang
kemahiran melayan klien
- Faham proses psikosisial dan pendidikan
- Membantu konsultasi mengenai masalah
dihadapi
- Membantu konsulti mengubal strategi
menyelesai masalah
- Membantu konsulti melaksana strategi
menyelesai masalah
- Patuh kepada etika dan peraturan
PERKHIDMATAN RUJUKAN
AKTA KAUNSELOR 1998
PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999
merujukkan klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor
berdaftar itu mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar
bidang kepakaran kaunselor berdaftar itu.
Sebab Membuat Rujukan
•
Rujuk
klien kepada kaunselor yang sesuai atau kepada agensi lain
Bila?
•
Pelajar
mengemukakan situasi masalah yang difikirkan di luar keupayaan kaunselor
menolongnya
•
Personaliti
klien bertembung dengan kaunselor
•
Pelajar
merupakan seorang sahabat/saudara/ahli keluarga
•
Pelajar
enggan menerangkan masalah atas beberapa sebab yang tidak diketahui
•
Selepas
beberapa pertemuan, didapati hubungan tidak dirasakan berkesan
•
Klien
telah melanggar peraturan sekolah/ undang-undang negara.
AGENSI RUJUKAN
- Polis Di Raja Malaysia
- Agensi Dadah Kebangsaan
- Jabatan Kesihatan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Pengangkutan Jalanraya
- Jabatan Pelajaran/ Pejabat Pendidikan
Daerah
No comments:
Post a Comment