Pages

Monday, 15 October 2012

Kategori Masalah Murid


Kategori Masalah Murid

Kajian-kajian oleh (Rohana Zubir 1974, Musa Daia 1977, Nik Aziz Nik Pa dan Chiam Heng Keng 1982, Jamaliah Ahmad 1987) menunjukkan ada banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa di sekolah dan juga di luar sekolah. Antara masalah yang dihadapi ialah
       kesihatan,
       keluarga,
       penggunaan masa lapang,
       personaliti,
       pelajaran,
       kerjaya,
       agama dan kepercayaan,
       seks,
       emosi,
       sosial, dan
       berbagai-bagai masalah lagi.

Kategori Masalah Murid

  •          Peribadi
  •          Keluarga
  •          Sosial
  •          Akademik
  •          Kerjaya

Keluarga
       masalah hubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan sebaya dan guru dan masalah pergaulan.
       Keadaan di rumah menimbulkan perasaan kecewa terhadap diri mereka sendiri.
       ibu bapa meleteri atau memarahi anak-anak mereka di rumah sehingga menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan untuk pelajar mengulang kaji pelajaran mereka.
       tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa mereka dalam pelajaran atau bidang lain.
       perasaan cemburu di kalangan adik-beradik,
       penganiayaan dan pengongkongan oleh ibu bapa yang mengganggu keseimbangan mental pelajar.

Peribadi
       diganggu oleh masalah tidak mempunyai kawan, kegagalan, perasaan rendah diri dan sebagainya.
       pelajar yang berasa was-was tentang sifat kejantinaan mereka, sama ada mereka normal seperti orang lain atau tidak.
       perasaan ingin tahu berlebihan tentang seks hingga melakukan perkara yang tidak normal
       suasana yang tidak menyenangkan untuk pelajar mengulang kaji pelajaran mereka.
       perasaan cemburu di kalangan adik-beradik, perasaan bahawa dirinya tidak disukai, tidak diperlukan dan tidak dihargai

Kerjaya
       pelajar didapati mengalami kesukaran dalam menyelesaikan masalah membuat pilihan kerjaya
       pelajar tidak mempunyai matlamat kerjaya dan tidak mempunyai sebarang idea tentang cita-cita mereka.
       mengembangkan satu gambaran yang menyeluruh, padu dan sesuai untuk diri mereka dan peranan mereka dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah.
       Bimbingan vokasional sangat-sangat diperlukan oleh pelajar agar mereka menceburi bidang kerjaya yang sesuai dengan minat, bakat dan kebolehan dan memastikan mereka membuat persediaan.

Akademik
       membuat pilihan tentang program kurikulum dan kokurikulum
       perlu memiliki kemahiran belajar yang berkesan untuk memperoleh kejayaan.
       perlu menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, guru-guru dan ibu bapa.
       perlu bekerjasama dan berkongsi kemudahan dengan daripada berbagai-bagai bangsa, keturunan, kaum, dan yang mempunyai latar belakang sosial dan ekonomi yang berbeza.
       terpaksa tinggal di asrama
       menghadapi masalah untuk membiayai pelajaran mereka.
       harus mempunyai kemahiran untuk menggunakan masa lapang dengan berfaedah.

Sosial
       menyesuaikan diri dengan bergaul, bekerja dan bermain bersama rakan sebaya yang mempunyai latar belakang yang berlainan ini.
       masalah dalam tingkah laku sosial dan perhubungan sosial, untuk memulakan persahabatan baru dan untuk memimpin kumpulan mereka.
       sikap sesetengah muda-mudi, seperti sikap tidak bertanggungjawab, sikap kurang ajar, sikap antisosial, tidak tahu menghormati orang tua, tidak berbudi bahasa, tidak berdisiplin dan tidak pandai berkelakuan baik dalam majlis. 

No comments:

Post a Comment