Pages

Friday, 4 July 2014

Keperluan Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling

A.      KAUNTER PENDAFTARAN
Kaunter terletak di tempat strategik untuk mengawal kegiatan-kegiatan di bilik perpustakaan, bilik menunggu dan bilik kaunseling. Tempat bertanya dan buat temujanji.


B.      STOR
Terletak hampir dengan kaunter sebagai tempat simpanan barang dan alatan. Simpan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling. Simpan rekod-rekod lama sebelum dimusnahkan.

BILIK RESOS
Bertentangan dengan kaunter untuk memudahkan pengawalan.
Rak-rak dan meja disusun untuk memudahkan pergerakan pengguna-pengguna.
Tempat mempamerkan maklumat dan alat bimbingan dan kaunseling.
Tempat membaca, membuat rujukan dan mengadakan perbincangan.
Tempat menjalankan bimbingan kelompok jika perlu.
Tempat menayangkan slaid, lutsinar, video, tv dan juga komputer.

BILIK KAUNSELING KELOMPOK
Bilik ini hendaklah dilengkapi dengan sebuah meja panjang dan kerusi secukupnya. Lantai elok dialas.
Bilik khusus untuk kaunseling kelompok.
Bilik bengkel atau perbincangan tertutup dengan ibu bapa.
Tempat membuat kerja-kerja kelompok seperti melukis poster atau carta.
Tempat mesyuarat Jawatankuasa Bimbingan Sekolah dan Jawatankuasa Kelab Bimbingan.

RUANG MENUNGGU
Kedudukannya membolehkan klien mudah dipanggil untuk temuduga kaunseling.
Klien menunggu giliran untuk diberi kaunseling.
Papan kenyataan untuk menampal maklumat bimbingan dan kaunseling.
Untuk kakitangan bimbingan membuat kerja-kerja perkeranian dan menaip.
Simpan fail-fail, urusan surat-menyurat biasa, borang-borang berkait dengan program
bimbingan dan kaunseling.
Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan.

BILIK KAUNSELING INDIVIDU
Bilik ini boleh didatangi dengan mudah oleh klien, dekat dengan kaunter, tempat menunggu dan stor.
Tempat duduk klien dan guru bimbingan hendaklah jangan menghadapi arah datangnya
cahaya.
Tempat duduk klien dan guru bimbingan tidak hampir sangat dengan tingkap.
Kalau rak berpetak dan ada peti besi, eloklah diletakkan sejauh mungkin dari klien guru
bimbingan.
Tempat untuk sesi kaunseling individu.
Tempat menyimpan rekod-rekod kaunseling individu.
Tempat membuat rakaman yang boleh menolong proses kaunseling.
Tempat latihan mengurangkan stress.
Tempat fail meja guru bimbingan dan kaunseling berkenaan.

Sumber :

Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan : Untuk Guru dan Bakal Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Borang-borang perkhidmatan
Borang-borang
BK01 : Biodata Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
BK02 : Laporan Pergerakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
BK03 : Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
BK04 : Borang Khidmat Kaunseling Individu
BK05 : Borang Khidmat Kaunseling Kelompok
BK06 : Borang Temujanji Sesi Kaunseling
BK07 : Borang Rujukan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
BK08 : Rujukan Murid oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
BK09 : Rekod Sesi Kaunseling Individu
BK10 : Rekod Sesi Kaunseling Kelompok
BK11 : Rekod Daftar Sesi Kaunseling Individu
BK12 : Rekod Daftar Sesi Kaunseling Kelompok
BK13 : (L4) Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
BK14 : Borang Maklumat Keahlian Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
BK15 : Penyata kewangan
BK16 : Borang kunjungan ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling
BK17 : Rekod Lawatan ke Rumah
BK18 : Rekod Konsultasi Keibubapaan
BK19 : Rekod Kelas Ganti
BK20 : Rekod Perkhidmatan Luar
BK24 : Aku Janji UPSR

Senarai Semak
SS01 : Senarai Semak Keperluan Program Keperluan Murid
SS02 : Senarai Semak Keperluan Program Perkembangan Staf
SS03 : Senarai Semak Keperluan Program Keibubapaan
SS04 : Senarai Semak Sosio-Ekonomi Murid
SS05 : Borang Soal Selidik Masalah Murid

Sumber:
Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (2009) Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment